May 30, 2013

Bismillah

Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan sudahi ia dengan Alhamdulillah . Tetibe rase nak update tgah tgah malam ni . tgah sembang dengan angah tpi bahan untuk liqo' esok tak habis baca lg :(

go mucid !

macam macam angah pesan dekat adik yg dia sayang ni . dia faham budak dok oversea ni mcm mne . lain sikit dgn study undersea . ehh

mood merindui family , adek adek yg aku tak pernah nmpak dah semenjak last mereka hanta aku dekat airport dulu . abah yg first time aku nmpak melalui tango semenjak bulan sept 2012 hgg 2 mggu lepas . tu pon sbb nak bincang pasal balik . mak yg sangat jarang whatsapp apatah lgi tango kan . hmm . poh yg baru 2 kali aku telefon by weinak . kakak yg jarang jugak reply whatsapp aku . mungkin dia buzy . dan hanya dengan perkataan 'buzy' buatkan aku serba salah untuk contact mereka . takut masa tak sesuai .

tapi ade perkara yg sangat aku yakin . Allah ade bersama kami . aku dan mereka malah kita semua . andai aku rindu , aku berdoa semoga aku sempat bertemu mereka . semoga mereka maafkan segala kesalahan aku yg terlalu banyak sejak aku mula lahir . sebak :'(

.......................................................

angah punya pendapat selalu berbeza dgn aku tetapi aku hormat dia . aku tahu pasti ade kebaikan andai dia halang aku melakukan sesuatu . hati aku memberontak tetapi aku menerima . dan seandainya sekuat mana dia menghalang aku, tetapi sudah Allah menentukan sesuatu hal itu . pasti akan terjadi juga . Allahu Akbar !

aku takut Ya Allah andai perbuatan ku tidak mendapat redho Mu .

#Sayang Allah ? Sayang Rasulullah ? BUKTIKAN ! Lakukan perkara yg Allah suka dan tinggalkan perkara yg Allah murka .

May 26, 2013

Dengan nama ArRahman dan ArRahim

"Jom siap. Kita dah lewat ni"

"Nak ke mane?"

"Kan dah janji nak ke irbid -.-' "

"Buat ape pulok?"

"Menelusuri sirah نبى محمد صلى الله عليه وسلم"

.................................

ade suatu kisah ni : Rasulullah berdakwah di Thoif tetapi telah ditolak malah diusir dan dibaling dengan batu . Akhirnya Rasulullah berlindung di kebun milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah yg waktu itu kedua-duanya berada di kebun tersebut dan mengetahui saja ap yg sedang dialami oleh Rasulullah .

Hati mereka tergerak untuk membantu . Mereka menyuruh pembantu mereka, Adas untuk memberikan setangkai anggur kepada baginda . Ketika baginda ingin makan, baginda menyebut 'بسم الله الرحمن الرحيم' dan memakannya . Mendengar bacaan itu Adas terperanjat dan memandang Rasulullah dengan hairan.

"Demi Allah, ucapan ini bukanlah ucapan penduduk negeri ini"

"Wahai Adas, kamu berasal dari mana dan apa agamamu?"

"Saya beragama Nasrani, dari negeri Ninawai"

"Apakah dari negerinya Yunus bin Matta, hamba Allah yg soleh itu?"

"Apa yg anda ketahui tentang Yunus bin Matta?"

"Dia adalah saudaraku. Dia adalah nabi dan saya juga seorang nabi"

Mendengar jawapan itu, Adas pun memeluk kepala Rasulullah serta mencium kedua-dua tangan dan kedu-dua kaki baginda ^_^

*Jika Rasulullah tidak menyebut Basmalah ketika makan, adakah Adas tahu bahawa Rasulullah adalah seorang Nabi , Islam ?? Dan adakah akan bermula perbualan antara mereka ?

Mari kita fikrah kan kisah ini :)

Qudwah Hasanah sebagai muslim itu sangat penting bgi menarik org sekeliling kita untuk menuju Islam yg syumul itu . Ibarat magnet yg saling menarik . Dan itu juga adalah sebagai salah satu wasilah atau jalan bg kita mengenal kaum muslimin antara satu sama lain .

hmm , untuk mencapai Islam yg syumul itu . Adakah jahiliyah masih diperlukan ??

TIDAK kan jawapannya

ibaratnya ::

jika adunan kek yg sedap tu termasuk cicak . ape anda buat ? hanya membuang cicak tersebut dan teruskan masakan atau terus membuang kesemua adunan tersebut ? FIKIRKAN ..

Adunan kek ibarat Islam dan cicak ibarat jahiliyah . Kita harus jauhi Jahiliyah supaya dapat hidup dlm suasana Islam yg indah . 

Apa mende pulak Jahiliyah tu ? Jahiliyah adalah perkara yg Allah murka dan tidak suka . Malas dan mensia-siakan waktu pon antara perkara Jahiliyah . Ayuhh kita berusaha . Jommmm ! action tangan

:: ingatan juga kepada diri yg tak sempurna dan dlm usaha mencari cahaya Ilahi ::

May 24, 2013

Assalamualaikum . .

كيف هذا الاسبوع يا مرشدة ؟

masyaAllah , sedih dan malu kerana futur . astaghfirullah . astaghfirullah .

keluar rumah dgn emosi yg berkecamuk . nak merajuk tak tentu pasal hanya kerana satu ayat itu . padahal tak perlu pon untuk dia beritahu segala tindak tanduk dia dan apa keputusan dia . k , stop .

setelah penat berjalan 3 hari berturut-turut . pulang rumah . menguruskan diri semula , menstabilkan diri . mula bermuhasabah kembali dan kebetulan Allah (bukan kebetulan kerana mmg Allah telah merancang segalanya ) hadirkan insan di sisi ku untuk menarikku kembali ke jalan yg lurus . 

sentap ya Allah sentap dgn page itu . terima kasih ya Allah :)



*perlu pergi ke kg halaman (irbid) mengambil Hammasah yg disertai dengan iman itu . Dan dapat membuahkan hasil iaitu amal yg istiqamah . rindu kak ehsan ;)

May 22, 2013

21Mei

21Mei 1994 aku dilahirkan di tanah air terchenta . MALAYSIA . kini, aku sudah mencapai umur 19 tahun . makin bertambah umur semoga makin banyak lah amalan yg dilakukan . mencapai mardhotillah itu .

kadang kadang aku rasa aku bagaikan hilang jalan , hilang punca , lost dan hidup seperti manusia biasa . Ujian dari Allah datang . perkara yg remeh pon bole buatkan air mata mengalir . tetapi Allah hadirkan umi Ain . umi Ain cakap "bila ujian datang, check Mutaba'ah Amal, mesti ade slack di situ" .

aku bersyukur aku tinggal bersama mereka dalam RI kerana aku tahu jika aku tersasar , mereka ade untuk menarikku kembali . kita kan dah janji untuk sama sama pimpin tangan masuk sorga lap hingus .

ingat ! kita diciptakan di muka bumi ini sebagai abid dan khalifah . bukannya untuk makan burger besar besar . ehh

jazakillah aboh Norma , umi Ain , kak long crah , angah eqi , baby najwa , anak tiri widad , kawan Nora celebrate befday mucid . dgn mereka hilang semua keresahan . insyaAllah :*)

kek Baroaah Batool buat (Y)
one big happy family


May 15, 2013

aku teringat kisah silam ku ketika mana aku sedar bahawa sahabat ku seperti aku yg dulu . aku sedih kerana aku tak mahu dia menjadi seperti aku yg dahulu . kerana aku suda faham feel ajnabi ni seperti mana sekalipon niat mereka baik . *tpi kita tak tahu niat orang kan*


aku ingin menegur tetapi aku takut . takut tersalah lantas menjarakkan hubungan kami . itulah kelemahan aku , sangat takut ingin menegur orang . sepatutnya kita perlu menegur kerana kita sayang dia kan . tak mahu dia terus hanyut , larut dlm dunia yg berimaginasi .

ohh sahabat , semoga engkau sedar . aku amat menyayangi mu atas dasar ukhuwah dan kita kenal kerana Tarbiyah kan :)

' Dan bersegeralah kamu kpd mendapat keampunan drpd Tuhanmu dan syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yg bertakwa ' [3:133]

' Dan (juga) orang yg apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yg dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui ' [3:135]

'Mereka itu mendapat balasan berupa keampunan drpd Tuhan mereka dan syurga yang didalamnya mengalir sungai sungai, mereka kekal di dalamnya: dan itulah sebaik baik balasan pahala bg org yg beramal ' [3:136]

muhasabah buat diri atas dosa dosa yg dilakukan samada secara sedar atau tidak . hanya Allah yg mengetahui . sejuta maaf buat orang orang yg ku kenali .

# Fikrah kita adalah Islam yg syumul itu bilamana kita mengamal kan dan mengambil ibrah dari ayat ayat Allah yg sangat indah #


May 8, 2013

rehlah

" Sibghah Allah. Dan siapakah yg lebih baik sibghahnya daripada Allah ? Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah " [2:138]

sibghah Allah = Celupan Allah yg bererti beriman kpd Allah (agama) yg tidak disertai dengan kemusyrikan

Rehlah 2/5/2013 memberi erti . membawa aku pergi dari kekacauan minda . membawa aku untuk mentadabbur alam dan tak de lah MENDAP sangat dok rumah tu . #eheh

Jdi apa maksudnye dengan sibghah Allah tu ? hmm , ape beza celupan dan salutan . sapa tahu ? cakap sorang sorang .

analogi : biskut yg disalut dengan cokelat atau biskut yg dicelup dalam air cokelat . mana lebih terasa ? pastilah yg dicelup . Begitu juga dgn agama Allah . kita mahu menjadi yg dicelup iaitu lua dan dalam kita adalah Islam .

Bukan hanya bertudung labuh, berniqob, handsock dan stokin lengkap segala bagai atau berjubah, songkok yg tak lepas dari kepala . Tpii akhlak nya tak mencerminkan Islam tu . Bukan hanya akhlak tetapi kita pandang juga dari segi ikhtilat . mohon Intabih wahai sahabat . Islam bersamaan dgn syumul . All about Islam .

sentap . mata berkaca .

nature


syurhabil ecoPark

Rehlah ini lebih membuka mata hati aku terhadap Islam . Dalam Islam tiada penambahan mahupon pengurangan . Islam ini sudah mmg cukup indah . perkara yg nak disimpulkan di sini adalah bagaimana kehidupan seharian kita adakah sebagai biskut yg disalut atau pon yg dicelup ?

jawab dalam hati masing masing .

" Wahai orang yg beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yg nyata bagimu " [2:208]

" Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yg tidak kamu ketahui " [2:169]

tidak lah saya menuding jari kepada sesiapa melainkan hanya peringatan buat diri sendiri yg sememangnya tidak sempurna T.T


May 7, 2013


comel je Baby ni berusaha untuk terus naik tangga . sedangkan baby tu pon bole berusaha . mestilah aku pon bole .

Najwa kate : Usaha sebaik mungkin . Allah tak melihat natijah tpi lihat usaha kita yg sunguh2 . InsyaAllah setiap usaha kita tu diredhai Allah . Semua tu hendaklah dimulai dgn tajdidkan niat . Allahu Rabbuna Yussahil .

" Wahai org yg beriman , mintalah pertolongan Allah dgn sabar dan solat , sesungguhnya Allah bersama org yg sabar " [2:153]

10 Wasiat Hasan Al-Banna

1. Jika terdengar azan , maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipon keadaan seseorang itu .

2. Perbanyakkan bacaan Al-Quran , selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu , perbanyakkan zikrullah & jangan membuang masa dalam perkara yg tidak mendatangkan faedah .

3. Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana b.Arab yg betul adalah lambang syiar Islam .

4. Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan kerana pertengkarang yg kosong tak mendatangkan ap ap faedah .

5. Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yg sentiasa berhubung dgn Allah , sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang .

6. Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yg sdg berjuang itu tidak mengenal erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara .

7. Janganlah bercakap lebih nyaring dari kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yg nyaring itu adalah satu perbuatan yg sia sia malah menyakiti hati orang .

8. Jauhilah dari mengumpat-umpat peribadi org , mengecam pertubuhan-pertubuhan , & janganlah bercakap melainkan ap ap yg memberi kebajikan .

9. Berkenalan dgn setiap Muslim yg ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang .

10. Kewajipan kita lebih banyak dari masa yg ada , oleh itu gunakan ia sebaiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya . 

:: Akhlak yg terzahir adalah melalui dalaman kita . Mari menjadi Qudwah kepada org lain ::