Aug 30, 2013

Mood : Sedih nak tinggalkan Malaysia

Emosi manusia selalu tak stabil . eh, ke aku sorang je ?

Walaupon ade lgi 2 minggu nak balik tapi waktu tu kan cepat je berlalu. pejam celik pejam celik dah 17hb. tak perlu pejam, celik celik pon sampai jugak 17hb. *masa itu pendek bagi yg tak pandai menggunakan dengan sebaiknya*


Kakak yg dah 25Tahun pon akan start moody bile nak balik Temerloh. Muiz yg form1 asrama pon akhir akhir waktu nak balik asrama tu mula la saket perut dan pelbagai. Memang kami semua mcm tu agaknye. Alangkah untungnyaa kakak dapat balik tiap tiap bulan :'(

Tapi apa yg Allah dah atur itu, itulah yg terbaik dan aku melanjutkan pelajaran ke Jordan itu lah terbaik :)

keep smiling
:: Allah ade untuk menjaga mereka :: Mesir makin teruk, penuntut dari Malaysia telah diberi ticket balik free, Jangan tinggal Qunut Nazilah kita *_^

Aug 22, 2013

bersyukur membawa bahagia


ade rase bersyukur tak dalam diri bila kita sempurna ??

ada keluarga ..
cukup anggota badan ..
ada harta ..
mampu belajar jauh ..
merasai apa itu Tarbiyah ..

banyak lagi nikmat Allah beri yg memang tak kan habis untuk ditulis dan di fikir . sedangkan masalah pon nikmat sbb kita sentiasa ingat Allah .

Angah dapat Tablet , diri masih handphone lama . Tapi apa nak kesah??

bersyukur bersyukur bersyukur !

Fikirlah orang lain yg lebih kurang dari kita. Yang hanya tinggal di flat. Gaji ibu bapa yg tidak seberapa yg hanya cukup cukup makan buat sekeluarga.

Mak pesan "Jangan pernah berkira untuk bersedekah walau duet di tangan kita sedikit"

............................................................................


Terdengar nasyed ni di radio , sayu rasa . teringinnya nak pergi umrah dari Jordan . Ya Allah, semoga aku masih berpeluang untuk menjejakkan kaki di sana menunaikan Haji :'(

.................................................................................

Banyak perkara mak pesan :

  • Bila kita berjalan sentiasa gunakan laluan kiri supaya tak halang laluan org lain.
  • Bertoleransi lah ketika memandu.
  • Sentiasa selawat, istighfar supaya mudah urusan di mana pon. Kita ni mudah leka, lalai. Kan Allah yg utama.

:: Rindu Jordan tapi hati masih nak duduk Malaysia ::

Aug 15, 2013

Tarbiyah tak pernah putus .

Sebenarnya

Walau ke mana kita pergi

Hanya kita sendiri yg menjadikan tarbiyah itu putus atau tidak

Seandainya itu bukanlah tempat kita, tarbiyah dzatiyah menjadi teman

..................................................................................

Malaysia :)

Jauh mana kita merantau, mengembara, mencari ilmu. Malaysia tetap di hati .

Sungai Manik Parit 3B

Alhamdulillah raya ni dapat balik Malaysia. kononnya tak mau balik la itu la ini la, tengok tengok balik jugak. balik balik demam pulak. batuk selesama tak pernah jauh dari diri. murabbi kata pertukaran cuaca. pelik jugak. sebelum ni duduk malaysia jugak -.-' okay aje.

Bila kebiasaan seminggu sekali berbulatan gembira, tapi sekarang 3 minggu pon tak dapat sekali . diri macam terumbang-ambing. nak tegak tapi masih longlai. tak kuat macam mereka. usaha yang tak kuat memang tak kan berjaya tauu !

8 August 2013 : Raya !!

Apakah makna raya ? Bulan Islam bertukar dari Ramadhan ke Syawal kah ?

Ia adalah kemenangan . kemenangan bagi mereka mereka yg berjaya melawan hawa nafsu dan menutup segala ruang juga rongga yg mana syaitan dapat masuk untuk menghasut kita .

Kita berjaya tak ? Puas tak dengan kemenangan kita ? Adakah Ramadhan kali ini betul betul lebih baik daripada sebelum ini ? Adakah Ramadhan akan datang kita dapat jumpe lgi ? Mampu tak ni nak lawan syaitan dalan 11 bulan kemudian ni ?

Jawab dalam hati .. Muhasabah balik .. Stabilkan dan tingkat kan iman kita :)

Syawal ini syawal pertama tanpa atuk sebelah mak dan tanpa nenek sebelah ayah . Malam takbir raya kami ber tahlil . Sayu rasa . Rasa macam atuk tak pergi mana pon , ade je tapi sebenarnye atuk dah pergi buat selamanya . Semoga kita berjumpa di sorga nanti .

raya Dua Kosong Satu Tiga
Raya ke 7 , first time aku kelua beraya dengan kawan . dan aku baru sedar aku baru terkeluar dari dunia aku, aku nampak kehidupan masyarakat yg lain . yg tiba tiba aku jadi sentap . kita hidup ni bermasyarakat. bukanlah hidup seorang . sentiasa cakna dengan orang lain, bukanlah fikir diri sendiri . Ragam manusia pelbagai,

Daie perlu dan harus menghadapi ragam manusia untuk menyebarkan keindahan Islam yg syumul tu :D

btw, syukran jiddan dhauah drive kan.


:: Pray For Egypt . Mata manusia kadang kadang buta untuk menilai yg mana benar ::