Jan 29, 2014

Qudwah

"Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW. Aisyah menjawab , Akhlak Nabi Muhammad SAW adalah AlQuran . (HR Muslim)

Tanya sana

Tanya sini

Jawapan nya tetap sama . berakar kukuh pada Qudwah

Sister Yasmin
Sister Yasmin sangat peramah . Walaupon kami berlainan bangsa mahupon negara tetapi kita tahu kita punya ruh yang sama . Kita di atas jalan yang sama .

Dia cerita time ayah dia mula mula datang London untuk survive keluarga di Pakistan . Tak nampak Muslim langsung dan sangat berhati hati dalam memilih makanan . hanya makan vegetables je . Sampai satu masa ayah dia menanges bila nampak Muslim People .

Dan bagaimana Yasmin treat kawan dia Muslim mahupon Non Muslim sangat la menampakkan Qudwah Islam itu .

"How do you do Dakwah?"

"The most important is Qudwah, Other people will look at us how we do something"

....................................................................

Sister Yasmin tertanya tanya kenape kami memilih negara Europe . Kami tersenyum and someone said 'Ini bumi Tarbiyah'


Meaning of Tarbiyah

Suntikan

Pokok

Kehidupan

Burung yg terbang bebas

Bila ditanya, masing masing ade simbolik sendiri. kerana mereka hidup di dalam Tarbiyah itu dan mereka sendiri berinteraksi dengan Tarbiyah itu .


................................................................

11.05p.m Bow Road, London 

"Akak, Tarbiyah tu apa?"

"Tarbiyah.. Berasal dari perkataan Rabb kan, jadi semua perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah"

"Hmm, faham je tetapi kadang kadang sekecil kecil perkara pon nak definisi juga"

"Betul, bila kita faham baru kita akan buat lebih bersungguh-sungguh dan putaran itu boleh mencecah sehingga 360 darjah"

Pergilah

Pergilah . Kerana apa yg berlaku itulah yang terbaik buat kita . Allah tahu apa concern kita tika itu .

Pergilah dengan mata hati .

                          فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ
" Maka ambillah pengajaran (daripada peristiwa itu) wahai 
orang yang mempunyai pandangan "  59:2


Buka hati menerima Tarbiyah dari Allah bermula nya langkah kaki keluar dari rumah . Melangkah dan terus melangkah , bertawakkal . 

Ya Fattah . Ya Fattah . Ya Fattah

.............................................................................

We are divided in two group . Dalam bas lagi sudah kelihatan 7 kanak kanak comel dan riang . Sangat qadiron ala kasbi . nampak la di situ betapa ibu mereka sanggup membawa ketujuh tujuh mereka walaupon kita tahu ketidakselesaan duduk di dalam bas tu.

Sampai ke destinasi (Irbid) , nampak pula seorang ibu menggangkat anaknya yg mungkin dalam usia 5 tahun . kami tertanye tanye sebenarnye kenape la budak tu tak jalan sendiri dan akhirnya kami sedar bahawa kanak kanak itu lumpuh . 

Allah, pengorbanan ibu sangat sangat berharga .

Kami teruskan perjalanan ...


Jan 14, 2014

Lusa

14 Jan ..

Ia hanya tarikh. Yang ada pada tarikh adalah kisah. Kisah manusia.

*tak kan lah kisah seekor kucing pula*

Hati ingin menulis, jemari sangat suka berlari pantas di keypad phone, malangnya otak tak mampu mengeluarkan fikrah.

Hanya tarikh yg mampu di lakar.

.............................................

Taman . Indahnya taman . Teringin nak pergi taman . Tetapi . Kalau nak pergi mestilah pakai bas atau texi kan . Transport tu terpulang pada manusia tu . Asalkan sampai dan dapat tengok bunga bunga yg kembang mekar dalam taman tu .

Jan 2, 2014

dongak


" Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung "
17:37

walau kaya mana
walau cerdik mana
walau cantik mana

itu semua rezeki Allah .. 

dimana syukur nya?

hilang bagai abu yg diterbangkan angin !

tidak mungkin akan sampai setinggi gunung . kerana aku bukan Nabi , dia bukan Malaikat , engkau bukan Tuhan .

MANUSIA BIASA DIBAWA DOSA PAHALA

Just go on , be a creative Daie . tak nampak beza kerana tak mahu berbeza .


Jan 1, 2014

Berus Gigi

kehadiranmu dinanti
kepergianmu ditangisi

wahai berus gigi, kemana engkau menghilang ?
sudah ku cari ke ceruk ceruk

adakah engkau merajuk ?
atau .. engkau menyembunyikan diri ?

adakah mungkin engkau dicuri orang ?
atau diambil orang ?
atau terjatuh di mana mana ?
mungkin juga di dalam peti ais ?
di dalam mesin basuh ?

oke .. itu merepek .. ni semua kerana Farhan Najwa kehilangan berus gigi kesayangan yg diterbangkan jauh dari Malaysia .

mohon kepada sesiapa yg menjumpai berus gigi tersebut , boleh pulangkan semula ke tuannya .


:: credit to Farhan Najwa Ahmad Yasin ::