Feb 21, 2014

Kakak

kakak .. Terima kasih

kau sanggup melayan aku di tengah kesibukan kau
kau sanggup tadah telinga time aku mengadu macam macam
kau sanggup dengar soalan aku yg bukan bukan sampai kau terdiam kerana merasakan soalan itu tak memerlukan jawapan pon
kau tak rase 'sayang' itu kelakar
kau sentiasa on wassap 24 hours, hihi
kau sangat lembut
kau tak pernah nak kasi aku futur
kau tak bagi aku mengalah
kau usaha jugak nak Tasyji3 aku
kau tak pernah berkasar
kau selalu terima apa aku cakap
kau tak pernah cakap yg aku salah

:)

Rindu

Rindu abah
Rindu mak
Rindu kakak
Rindu angah
Rindu muiz
Rindu muaz
Rindu opah

Rindu untuk hidup dalam rumah
Rindu bau hujan
Rindu bau rumput lepas potong
Rindu dengar bunyi hujan lebat
Rindu denga bunyi kayu berdetap bila ade budak budak lari dekat dalam rumah, kampung
Rindu dengar bunyi mercun, bunga ape. then bising bising dekat luar
Rindu nak main tolak pintu dengan adik
Rindu nak jadi singa dalam rumah
Rindu nak buat kerja rumah
Rindu nak minta dekat mak untuk drive
Rindu time makan yg tibe tibe abah buat lawak
Rindu nak kumpul enam orang dalam bilik kecik lepastu gelak kuat kuat
Rindu nak naik Storm abah
Rindu bulan puase sbb time tu je meja makan penuh
Rindu nak dengar jiran sebelah menyanyi time sidai kain

Rindu satu kehidupan ..

Dahsyatnya rindu itu . Dari saat kita terbuka mata hingga lah tutup yg tak diketahui masa . Kita akan tetap merindui sesuatu .



Aku

Aku nak juga jadi insan biasa, tak punya tanggungjawab, tak punya pandangan negative masyarakat jika tersilap langkah terbuat dosa, tak terbeban dengan kerja dakwah. Hanya diri sendiri yang perlu dirisaukan. Tak perlu risau mengenai iman org lain. Kubur kau, kubur aku, iman kau iman aku. Mati lain-lain soalan sama jawapan lain-lain. Aku terbeban. Beban dengan berat sarat ini.
Aku di sapa oleh akhowat manis di masjid. Ketika itu aku masih tercari-cari erti kehidupan. Ya kehidupan aku yang hanyut jauh dari sisi fitrah islam namun masih tersimpan bara keimanan walaupun kecil. Mana mungkin kehidupan yanh dulu bergelumang dengan dosa-dosa silam boleh membawa orang ke arah kebaikan. Sungguh aku tak percaya dengan potensi diriku ini.
Aku membandingkan diri aku dengan akhwat yang lain juga masih baru sama-sama naik dalam medan dakwah. Sungguh mereka walaupun baru namun dibekalkan oleh Allah dengan persiapan asas-asas islam yang menyebabkan mereka mudah dalam penyampaian islam dan dakwah. Tahmidi mereka tidak terlibat dengan perkara mengaibkan.
Aku? Baca al-quran merangkak. hafazan juga aku sering ketinggalan. Maklumlah aku merumikan tulisan arab. Mudah untuk aku menghafal berbanding rakanku yang lain. Mathurat aku sering ketinggalan bacaan beramai-ramai. Aku lebih suka menyorokkan kelemahan aku depan mereka. Jiwa terasa kecil dengan kelemahan diri. Apatah lagi dibandingkan dengan kerja jahiliyyah yg pernah aku lalui berbanding mereka.
Permulaan jalan tarbiyyah ini aku masih free hair, aku masih terlibat dengan percintaan songsang, aku masih dengan jiwa emo goth, aku masih merokok, aku masih mencarut, aku masih bersikap mementingkan diri sendiri, aku dengan baran ku. Mana mungkin nak dibandingkan dengan jiwa muslimah akhwat sejati lagi suci. Jauh api dari panggang. Jauh!
Aku tetap menghadiri usrah, tetap menghadiri daurah demi niat mensucikan diri. Namun bukanlah aku pinta untuk terus kepada bergerak untuk membawa mereka yg lain untuk berdakwah bersama. Tak, dan aku menjerit dalam batin itu bukan AKU!
Kemudian aku dihadiri oleh kehadiran ukhuwwah yg sejati seiring untuk aku naik. Merekalah insan yang memberikan aku semangat untuk membawa org lain. Sama-sama menangis ketika usaha ini tidak dihargai, sama-sama menangis ketika hati ini kering, sama-sama menanggung duka kesusahan sambutan, kesempitan wang, kekangan keluarga dan pihak atasan.
Semua rasa yang sama dihadiri oleh Allah terhadap jiwa-jiwa ini, makin kental. Namun ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Aku di uji oleh Allah ketika jiwa ini terasing berjauhan dengan mereka. berjuang sendirian.
Aku nak menangis ketika apa yang aku mahu tidak tercapai target kerja dakwah ku. Aku menyalahkan diri ku, aku menyalahkan orang sekelilingku. Tapi aku lupa bahawa ini semua terjadi dengan izin Allah. ini semua kehendakkNya, ini adalah pertarungan iman dan ujian aku terhdap apa itu kerja di jalan Allah. aku harus kuat! Aku harus tabah!
Aku harus berubah menjadi hamba Allah yang sentiasa mahukan keredhaan Nya. Aku harus tabah. Namun, aku sering tergelincir. Dan aku tergelincir keseorangan. Ketika aku merosakkan nama sebagai seorang daie. Seorang yang sepatutnya menjadi contoh pada org lain. Seringku menangis pinta Allah membelaiku. Sering aku pinta malaikat menyelimutkan ku.
Tangan ku juga mengosok belakangku, tangan ku juga membelai rambutku, tanganku jua menyapu airmataku. Aku tak tahan dengan jiwaku yang lemah. Aku sedih dengan diri ku. Kadang jiwaku bercelaru. Patutkah aku masih dijalan dakwah? Dan menjalani hidup seperti orang biasa? Bukan sebagai daie?
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yg benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan alQuran. Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar "  9:111


petikan : quranicgen

Feb 4, 2014

It's Our Syita'


" Dan orang yang terdahulu, yang mula mula (masuk Islam) di kalangan orang Muhajirin dan ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah. Dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar " 9:100

ketika aku


ketika kubaca firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan
tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita, ukht sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan

karena saat ikatan melemah, 
saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, 
saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, 
dan saat kebaikan justru melukai
aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan itu, ukht sayang
dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;
“para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain..
kecuali orang-orang yang bertaqwa”

-Salim A. Fillah-