Kita cuma hamba
Hidup sebagai hamba
Tidak boleh berbuat sesuka hati
Ada Tuhan yang mesti ditaati
Ada peraturan yang mesti dipatuhi
Tidak boleh berbuat sesuka hati
Ada Tuhan yang mesti ditaati
Ada peraturan yang mesti dipatuhi
Hidup menjadi hamba
Memang terikat dengan arahan
Memang terpagar dengan larangan
Tidak boleh hanyut dengan perasaan
Tidak boleh kalah dengan tekanan
Memang terikat dengan arahan
Memang terpagar dengan larangan
Tidak boleh hanyut dengan perasaan
Tidak boleh kalah dengan tekanan
Kita ini bukan siapa-siapa
Kita ini cuma hamba sahaja
Seorang hamba mesti ada rasa taat
Seorang hamba mesti patuh jika mahu selamat
Seorang hamba akan terus berjuang
Agar mati menjadi asbabnya berehat
Kita ini cuma hamba sahaja
Seorang hamba mesti ada rasa taat
Seorang hamba mesti patuh jika mahu selamat
Seorang hamba akan terus berjuang
Agar mati menjadi asbabnya berehat
Benar,kita cuma hamba
Namun kita sudah dijanjikan syurga-Nya
Hamba yg akur pd takdir
Pasti menang di garisan terakhir.
Namun kita sudah dijanjikan syurga-Nya
Hamba yg akur pd takdir
Pasti menang di garisan terakhir.
Yg benar,
Hamba.
Hamba.
.......................................................................................................
Terkesan dengan kata kata itu . terima kasih peng 'hack' :p
kadang punya idea, perkataan tak terkeluar .
tatkala teringin menaip, idea pula hilang .
dan lama lama dibiarkan tak diisi

