Oct 14, 2014

Kisahnya

Kisahnya dulu aku ego . Kini juga aku ego .

Kisahnya dulu aku sombong . Kini juga aku sombong .

Kisahnya dulu aku sangat awkward dengan orang yang tak rapat dengan aku . Kini aku tak tahu .

Kisahnya dulu aku sangat pendiam dengan orang lain . Kini juga aku pendiam . Hatta satu patah susah nak kelua .

Kadang aku rasa aku sudah menjadi manusia yg mesra . Bila muhasabah kembali, boleh kira berapa patah sahaja perkataan yang kelua tatkala bersama dengan insan lain.

Aku ingin menjadi begitu .

Aku ingin menjadi begini .

Menjadi yg baik itu .

::Keinginan seorang manusia seperti aku::

Aku tak suka diri aku yang sekarang . Diri yang macam ni . Jatuh tak bangun bangun . Sampai bila ? Sampai bila !!

Sesak . Sesak jiwa .

Bercakap itu mudah , tindak nya susah . Kini , cuma semangat mereka yang mengalir .

Oct 9, 2014

Akhirat itulah Kampung abadi

عبارة جمیلة للدكتور عائض القرني ـَـَََ

نحن لا نملك تغییر الماضي
و لا رسم المستقبل
فلماذا نقتل أنفسنا حسرة
على شيئ لا نستطیع تغییره؟

Kalimat indah dari Dr. Aid Al-Qarni
Kita tidak boleh merubah yang telah terjadi
Juga tdk boleh menggariskan masa depan
Lalu mengapa kita bunuh diri kita dgn penyesalan?
Atas apa yg sdh tdk boleh kita ubah

الحیاة قصیرة وأهدافها كثيرة
فانظر إلى السحاب
و لا تنظر إلى التراب
إذا ضاقت بك الدروب
فعلیك بعلام الغیوب
و قل الحمدلله على كل شيئ
Hidup itu singkat sementara matlamatnya banyak
Maka, tataplah awan dan jgn lihat ke tanah
Kalau merasa jalan sdh sempit, kembalilah ke Allah yg Maha Mengetahui yg ghaib!
Dan ucapkan alhamdulillah atas apa saja.

سفينة (تايتنك) بناها مئات الأشخاص
وسفينة ( نوح ) بناها شخص واحد
الأولى غرقت والثانية حملت البشرية
Kapal titanic dibuat oleh ratusan orang
Sedang kapal nabi Nuh dibuat hanya oleh satu orang
Tetapi, Titanic tenggelam. Sedang kapal Nabi Nuh menyelamatkan umat manusia

التوفيق من الله سبحانه وتعالى
Taufik hanya dari Allah swt

نحن لسنا السكان الأصليين
لهذا الكوكب الأرض !!
بل نحن ننتمي إلى ( الجنّة )
Kita bukanlah penduduk asli bumi, asal kita adalah syurga

حيث كان أبونا آدم
يسكن في البداية
لكننا نزلنا هنا مؤقتاً
لكي نؤدّي اختبارا قصيرا
ثم نرجع بسرعة ..
Tempat, dimana org tua kita, Adam, tinggal di permulaan.
Kita tinggal di sini hanya untuk sementara,
Untuk mengikuti ujian lalu segera kembali.

فحاول أن تعمل ما بوسعك
لتلحق بقافلة الصالحين
التي ستعود إلى وطننا الجميل الواسع
و لا تضيع وقتك في هذا الكوكب الصغير
Maka berusahalah semampumu,
Untuk mengejar kafilah org2 sholeh, Yang akan kembali ke tanah air yg sgt luas
Jgn sia2kan waktumu di planet kecil ini..!

الفراق: ليَس السفِر، ولا فراق الحب، حتىّ الموت ليس فراقاْ
سنجتمَع في الآخرة
الفراق هو: أن يكون أحدنا في الجنة،
والآخر في النار
جعلني ربي وإياكمَ من سكان جنته..
Perpisahan itu bukanlah kerana perjalanan yg jauh,
Atau kerana ditinggal orang tercinta,
Bahkan, kematian pun bukanlah perpisahan, sebab kita pasti akan bertemu di akhirat.
Perpisahan itu adalah,
Jika salah satu diantara kita di syurga dan yg lain di neraka.
Semoga Allah swt menjadikan kita semua sebagai penghuni surga!

والحياة ما هي إلا قصة قصيرة !!
( من تراب . تراب . إلى تراب )
( ثم حساب . فثواب . أو عقاب )
Hidup ini adalah cerita pendek, dari tanah, di atas tanah, dan kembali ke tanah,
Lalu hisab (yg hanya menghasilkan dua kemungkinan); pahala atau seksa.

فعش حياتك لله - تكن أسعد خلق ﷲ
اللهم لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك
Maka, Hiduplah utk Allah nescaya kau akan jadi makhluk-Nya yg paling bahagia.
Ya Rabb utkmu segala puji yg layak utk kemuliaan wajah-Mu dan keagungan kekuasan-Mu!

- Sheikh Dr . Aid Al Qarni-

Oct 8, 2014

Ini post lama yang hanya disimpan dalam draft

Machine ..

Perasaan yang tak stabil dan tak tahu kenapa . Adakala dada sebak sangat hingga mampu mengalirkan air mata .

Memandang mereka membuat rasa menyesal tahun lalu . Dan mula tertanya pada diri .

Apa saja yang aku sudah korban kan ? Untuk menyampaikan sesuatu ?

Mengapa aku dan mereka berbeza ?

Mereka punya logam , bukan kah lebih indah jika kita tahu apakah asbab kita dihidupkan oleh Allah ?

::TAMAT::

Deep

Saat seorang Daei itu jujur, 
gementar seluruh dunia ini dengan dakwahnya
Menembus masuk ke dalam hati manusia.
Lalu barakah dakwah itu memayungi kesemua termasuk dirinya.

Tatkala berkata kata jujurlah . Ikhlas lah . Kerana itu yang mengesani .

Tidak perlu kita berlari sana sini .

Allah, terimalah aku . Atas dosa ku yang menggunung tanpa mujahadah . Aku tak jumpe diri aku yang lama , yg 4 bulan lalu itu .

Tapi mungkin diri ini lah yang terbaik . Allah tahu apa yang terbaik kan buat hamba Nya .

Pujuk lah hati , terus pujuk . Ambik lah semangat dari tunjang asas iaitu ukhuwah . Tak semua orang memahami kita tapi ketahuilah Allah jua yang faham kita .

Sudah cukupkah tunduk sujud mengharap ? Atau hanya mengeluh bercerita keluar air liur ?

Sakit tatkala ingin menangis tetapi tiada air mata yang keluar
Sakit tatkala ingin menangis tanpa tahu sebab
Sakit tatkala tiba tiba hati sebak
Sakit tatkala memori 3 bulan bersama family itu datang 
Sakit tatkala kita tak mampu meluahkan apa yang kita rasa
Sakit tatkala kita terlalu bersangka buruk dengan Allah
Sakit tatkala dalam dilema tanpa tahu tindakan ap perlu dibuat
Sangat sakit bila tahu kita langsung tak mujahadah melawan syaitan

Berharap terus kuat dengan kekuatan dari Allah.
Berharap satu rezeki menjadi tetamu Allah.
Berharap keluarga sentiasa di sisi.
Berharap aku terus behave tanpa perlu hyper active.

Dan adakala fikiran buruk itu datang , mengapa aku di atas jalan ini ? Bukankah lebih baik aku mendiamkan diri melakukan ap yang aku suka tanpa perlu masuk campur dalam hidup orang lain . Tanpa perlu berlagak baik kerana aku bukan lah seorang yang baik .

Titik .. 

Jika engkau ingin lari , lari lah . Masih punya insan lain di sana yang ingin menggantikan engkau tanpa perlu untuk memandang atau menarik engkau kembali !