Nov 27, 2014

Betul lah

kini aku baru sedar,
kerja ini tiada penghargaan,
tiada bakul sebuah yang dalamnya punya buah,
tiada frame berbingkai,
tiada bunga sekuntum bersama coklat bear yang comel,
tiada nama kita disebut sebut di bibir masyarakat

hatta orang tak sedar pon yang kita tengah melakukan kerja,
pergerakan kita

Itu lah hakikat . Dan kenyataan .


Moga kuat dan terus melakukan kerja . Tidak hanya pulang ke rumah and do nothing

Nov 25, 2014

aku rindu bumi itu


Ireland Ku Seru Namamu ..

Kenangan tak kan mudah padam tambahan pula pabila ia memberi erti . erti yang besar . makin lama ditinggal kan bukan dilupa malah makin diingati , makin melekat , makin dirasa guna hati .

Rinduuuu sangat Ireland . dengan udara , dengan bau nya , dengan hujan nya dan yang paling besar adalah akhowat akhowat nya .

Akhowat yang penuh dengan cinta , Cinta Tarbiyah . kerana kita tahu kita melakukan kerja yang sama . Hatta itu hanyalah perkenalan pertama malah hanya beberapa hari tetapi ikatan itu kuat . Ikatan atas dasar Akidah dan Ukhuwah . Hanya itu .

KERANA ALLAH

Alhamdulillah aku berada atas jalan ini walau hakikat nya aku sudah biasa jatuh , aku sudah biasa sakit kerana di sini aku belajar tak hidup sendiri . Aku belajar tak hidup HANYA dalam dunia sendiri .

Dan ..

Biarkan gambar berbicara betapa rindu nya .

Barley's Castle






Galway
Dublin

Buat Para Pencari hidup ..

Dengar kan ..
dengan tarbiyah aku belajar hidup
dengan tarbiyah aku lebih erat dengan Rabb 
dengan tarbiyah aku mula tick mutabaah amal
dengan tarbiyah aku meringankan mulut menegur insan sekeliling, bertanya khabar bahkan bertanya nama.

Jangan lah Engkau Si Pencari terlalu ego menolak mentah mentah ..
" Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau 
kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan 
dengan kamu tentang perbuatanmu itu. " 2:284

Firstly ini adalah post kedua . yang pertama di phone tapi dia tak publish pon dan zouq nya ayat itu makin berkurang . dan termuncul pula suatu ilham . bahawa hakikat yang pertama dan kedua mmg tidak sama tetapi kita boleh usaha kan ia supaya sama dan usaha itu bergantung pada kita . 

Dalam berdakwah , jika cara pertama lebih mengesani gunakan dan tambah kan supaya lebih rasa dan andai ia tidak mengesani. Pindah lah ke cara kedua Kerana dakwah itu kreatif. Apa yang paling penting adalah hati . Berkomunikasi dengan manusia gunakan hati bukan semata jasad lama lama akan mati .

Berbalik pada ayat Tersebut ..

Hatta kita sembunyi dalam hati perasaan perasaan buruk, sangkaan sangkaan terhadap manusia. Allah tahu itu. Dan Allah akan hitung

Segala umpatan
Segala kejian
Segala buruk sangka

Astaghfirullah3x , Allah pelihara kami .

Tidak mengapa, segala itu perasaan a3die manusia tetapi bukan lah ia satu alasan membuatkan kita bersenang lenang bahkan ia batu loncatan kita mendekat kan diri dengan Rabb , Tuhan . Terus berpegang teguh dengan tali agama Allah

meminta..
memohon..
berdoa..
 
Pada Rabb agar di cekal kan hati, meng Ikhlas kan hati, meng Istislam kan hati kerana pada hati itu punya rasa <3

Jordan 25 Nov

Nov 14, 2014

SAYANG

sayang itu susah untuk diungkapkan bagi insan insan yang tidak pandai menuturkan kata sayang tapi bukan bermakna mereka mereka ini tidak mempunyai rasa kasih dan sayang dalam hati .

sayang kan ibu bapa, sayang kan adik beradik, sayang kan atuk nenek, sayang kan sahabat .

mungkin mereka tidak menuturkan dengan perkataan tetapi bahasa cinta dan sayang mereka terzahir pada tindak tanduk yang adakala hanya mereka yang faham .

Hakikatnya ::

terdapat Hadis ..

Dari Abu Karimah Al Miqdad bin Ma’dikariba dari Nabi SAW,beliau bersabda : Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah ia memberitahu bahwa ia mencintainya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizzi)

*saya sayang kamu kerana Allah*