Dec 27, 2014

Syurga Itu Nanti nya

Syurga itu nantinya hanya akan dipenuhi oleh orang2 yang bertakwa. Hanya mereka akan merasai nikmat Syurga.

Dan syurga itu nantinya juga hanya akan dipenuhi oleh orang2 beriman bersama kaum kerabat mereka.

Nenek lelaki, nenek perempuan, tok, poh, mak, abah, kakak, angah, muiz, muaz.

Hanya apabila setelah mereka bersabar hidup di dunia melaksanakan perintah Allah.

Hakikat dunia yang sementara dan akhirat adalah kampung abadi.

Dan hanya apabila setelah mereka takut akan azab Allah.

Takut akan berbuat maksiat. Hatta dosa kecil apatah lagi besar.

Saat terleka, terlalai mohon lah ampunan pada Ghafur. Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

Allahu Akbar!

Yang memberi karunia dan memelihara dari azab api neraka. Nauzubillah.

Dec 5, 2014

Untuk kamu

Wahai kamu !

diam ku bukan bermakna aku tidak tahu
bukan bermakna aku tidak mengambil tahu
bukan bermakna aku langsung tidak kisah

hakikat dalam hati meronta ronta ingin tahu
bagai nak pecah menahan rasa ingin membantu
kerana takut diri ini tidak memahami kamu
kerana takut diri ini salah membantu dan membuat keadaan lebih teruk

rasa diri ini tidak layak untuk membantu

dan ..

akhirnya aku mengambil keputusan

Diam . Mungkin lebih baik . Dan Doa . Itu yang terbaik .

Moga kamu tak berkecil hati ..

**kadang rasa serik untuk memberi dan menerima kerana hakikat sakit di dalam**




Dec 4, 2014

Tanggalkan spec , Lap , Jelaskan penglihatan

makin hari makin minggu makin bulan

aku memaknai makna usrah yang sebenar
aku memaknai makna ukhuwah

ada sakit, ada manis, ada gembira, ada juga yang sampai tak terkata apa

dan selagi mana kita tak bercerita dengan orang lain dan meluahkan apa yang kita rasa, kita tak kan tahu orang itu mempunyai perasaan yang sama . dan boleh jadi cerita cerita yang diceritakan membangkitkan kembali semangat semangat yang lesu.

adakala kita seperti amat memahami , adakala sampai satu tahap kita bagai kan langsung tidak memahami.

dan .. tatkala kita sendiri 'sepertinya' runsing dengan masalah sendiri . muncul kisah lain dari insan lain . ia bagaikan satu rasa yang aku harus membantu dia dan lenyap hapus musnah masalah kita tika itu .

ibarat orang yang hilang ingatan yang langsung tak ingat masalah sendiri apa walaupon 'sepertinya' diri sendiri punya masalah sebelum itu.

Malam .. Hujung ke Fajr saat itu hati terasa dekat dengan Allah

saat saat kemuncak.

Perasaannya ingin kembali rasa tatkala pertama kali kenal makna Tarbiyah

Perasaan yang sangat bahagia dan berkobar kobar .

Kini , makin lemah dan lemah .

Tanya kembali pada diri .

Bagaimana qiam mu wahai diri?!

Hakikat iman itu memang yazid dan yanqus .

You can't expect your imaan to just fixed all of a sudden on its own. it's not gonna happen !! You have to take steps for you to become a better Muslim. You have to take steps to reach that level of imaan.

Dan perkara itu bukan sekelip mata . tidur kemudian buka mata , Merasakan diri tinggi iman .

That things have a process and take time .

Accept that !!


Dec 3, 2014

Ok . Benci perasaan ni . Kau pulak datang dan bergurau salah timing . Ok!

Kalah nya aku untuk mujahadah buat kali ini .

Ya Allah ..

Jika nak diikutkan hati , memang tak percaya dah kata kata kau .

Hmm, mengalah dan meminta maaf lah wahai Mursyidatun !