Sep 16, 2014

Hanya Kerana Dia

Kita cuma hamba
Hidup sebagai hamba
Tidak boleh berbuat sesuka hati
Ada Tuhan yang mesti ditaati
Ada peraturan yang mesti dipatuhi
Hidup menjadi hamba
Memang terikat dengan arahan
Memang terpagar dengan larangan
Tidak boleh hanyut dengan perasaan
Tidak boleh kalah dengan tekanan
Kita ini bukan siapa-siapa
Kita ini cuma hamba sahaja
Seorang hamba mesti ada rasa taat
Seorang hamba mesti patuh jika mahu selamat
Seorang hamba akan terus berjuang
Agar mati menjadi asbabnya berehat
Benar,kita cuma hamba
Namun kita sudah dijanjikan syurga-Nya
Hamba yg akur pd takdir
Pasti menang di garisan terakhir.
Yg benar,
Hamba.

.......................................................................................................

Terkesan dengan kata kata itu . terima kasih peng 'hack' :p

kadang punya idea, perkataan tak terkeluar .
tatkala teringin menaip, idea pula hilang .
dan lama lama dibiarkan tak diisi


Sep 14, 2014

Behavior & Character

cuma ..

dia kasar hatinya lembut
kau lembut berhati kasar

apakah ?

itulah anugerah yg Allah bagi untuk saling melengkapi .

ini bukan kisah kekasih kepada kekasih . lelaki kepada perempuan .

ini lah realiti ukhuwah kerana Allah . ukhuwah sesama Akhowat . jangan fikir cinta itu hanya kepada lain jantina kerana fitrahnya cinta itu untuk semua .

" Itulah Tarbiyah yg Allah nak bagi supaya kau tu lembut . bukan lembut fizikal tau !! lembut sikit hati tu .. bukan lah ego je memanjang !! "

" Tarbiyah kan satu proses , proses yang mengubah . mengubah ke arah lebih baik tu "

" so, let's us be the new person that want to achieve REDHO Allah "