Dec 27, 2014

Syurga Itu Nanti nya

Syurga itu nantinya hanya akan dipenuhi oleh orang2 yang bertakwa. Hanya mereka akan merasai nikmat Syurga.

Dan syurga itu nantinya juga hanya akan dipenuhi oleh orang2 beriman bersama kaum kerabat mereka.

Nenek lelaki, nenek perempuan, tok, poh, mak, abah, kakak, angah, muiz, muaz.

Hanya apabila setelah mereka bersabar hidup di dunia melaksanakan perintah Allah.

Hakikat dunia yang sementara dan akhirat adalah kampung abadi.

Dan hanya apabila setelah mereka takut akan azab Allah.

Takut akan berbuat maksiat. Hatta dosa kecil apatah lagi besar.

Saat terleka, terlalai mohon lah ampunan pada Ghafur. Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah

Allahu Akbar!

Yang memberi karunia dan memelihara dari azab api neraka. Nauzubillah.

Dec 5, 2014

Untuk kamu

Wahai kamu !

diam ku bukan bermakna aku tidak tahu
bukan bermakna aku tidak mengambil tahu
bukan bermakna aku langsung tidak kisah

hakikat dalam hati meronta ronta ingin tahu
bagai nak pecah menahan rasa ingin membantu
kerana takut diri ini tidak memahami kamu
kerana takut diri ini salah membantu dan membuat keadaan lebih teruk

rasa diri ini tidak layak untuk membantu

dan ..

akhirnya aku mengambil keputusan

Diam . Mungkin lebih baik . Dan Doa . Itu yang terbaik .

Moga kamu tak berkecil hati ..

**kadang rasa serik untuk memberi dan menerima kerana hakikat sakit di dalam**