Jan 20, 2015

Masa

hari ni tibe tibe kena tipu dengan masa .

tengok jam di laptop menunjukkan 2.45petang punya lah kelam kabut sebabnya dah asar dan tak masak lagi .

terus menuju ke dapur dan masak . 

Masak = Settled !

disebabkan phone dah mati tak ade battery pergi lah charge dan on Tapii pelik bile jam di phone menunjukkan 11.50tengahhari dan azan berkumandang .

ingatkan baru azan asar .

tanya sahabat jam berapa sebenarnye . dia kata 11.50tengahhari dan memang aku ketawa lah .

aku kena tipu dengan MASA

tak pasal pasal masak awal . alhamdulillah rezeki housemate dapat makan awal .

............................................................................................

something yang menucuk di hati bila aku perasan aku tersalah melihat jam .

rasa seperti ada perkara yang Allah nak bagi berkaitan masa .

nak katenye masa yang dah pergi tak kan kembali . dan bila mula mula aku ingat jam 2.45petang , hati terdetik menyesal kerana banyak lagi bab yang belum dibaca untuk exam esok .

dan habis memasak satu hadiah dari Allah memutarkan jam ke belakang kembali buat aku untuk aku sedar masa itu berharga dan harus dihargai .  

.........................................................................................

Mula melangkah kembali mencari setelah lama terperosok ke hujung 

Dengan Izin Allah . Bismillah :)

Terima Kasih Allah 



#aku rindu

Jan 19, 2015

" Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka, (sebagai) bunga kehidupan dunia. agar Kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal. " 
20:131


Setiap insan pasti diuji Allah . samaada senang mahupon susah .

dan tatkala kita melihat kesenangan insan lain walau dengan hujung mata sebagai suatu perkara yang sempurna , percayalah ia adalah ujian buat mereka .

Main point adalah kita bersyukur dengan apa yang kita ada .

*menulis perlukan idea dan idea boleh datang dan pergi sekelip mata begitu juga dengan apa yang terlintas di hati*

. . . . . . . .  kehilangan idea dan rasa