Feb 23, 2015


ruh yang meresap membangkitkan hati hati yang leka

mengharapkan tidak terus leka

untuk terus berbulatan membina Individu Muslim

yang tidak akan pernah berhenti hingga hujung

di setiap maratib amal pasti disusuli dengan Individu Muslim

di tingkatan Baitul Muslim

di tingkatan Masyarakat Muslim

di tingkatan Kerajaan Islam

di tingkatan Daulah Islam

di tingkatan Empayar Islam

dan akhirnya Ustaziatul Alam

semuanya memerlukan pemantapan Individu Muslim

yang perlu diasah , digilap dalam bulatan

bukan lah juga bermakna siapa yang tidak ber bulatan itu tidak mampu untuk membina Individu Muslim dalam diri

tetapi bukan kah dulu Rasulullah sendiri berkumpul di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk membina akidah para sahabat

*masing masing punya jalan sendiri :)

Hari Hari , Hari Baru

Dalam Tarbiyah aku sedar hari hari adalah hari baru

kerana hari hari inginkan perubahan

dari satu perkara ke satu perkara

mana yang sudah stabil ingin di istiqamahkan

setiap hari juga punya azam

azam yang ingin dikekalkan semangat nya

yang ingin diingati dalam kepala

walau selalu juga lupa

ingin ditulis takut dibaca orang lain

dan akhirnya kadang kadang lupa

tapi aku suka akan hari hari , hari baru

perasaan fresh dan inginkan something lebih baik

kerana kita sedar dalam Tarbiyah lebih ramai orang yang lebih baik dari kita

lebih tinggi amal nya

lebih rabbani hati nya

dengan perasaan yang ingin menjadi seperti orang orang sedemikian

buat kan aku rasa hari hari , hari baru

:) *senyum*

lupakan lah segala mustawa kerana yang dinilai hanya keikhlasan

:) *senyum*