Jan 31, 2016

Sabar

Biasanya aku selalu rasa aku dah cukup sabar

Tapi setiap kali itulah rupa rupa nya aku masih tidak sabar

Kerana Allah mahu men tarbiyah aku sabar sesabar nya

Dan kerana sabar itu tiada limit

Tenang

Persekitaran yang kecoh boleh buatkan aku tenang dan minda aku dengan mudah nya mencari jalan keluar

Tapi tatkala persekitaran tenang, aku kira aku lah orang yang paling kecoh dan berfikir yang tidak logic

Matang

Tidak dilihat pada usia . Lihat pada fikir nya . Lihat pada apa yang membentuk nya

Seorang daie itu tidak menghukum

Seorang daie itu pemurah

Wahai hati ~~

كل رزق من الله

Jan 17, 2016

Tiada manusia yang sempurna

Sabarlah wahai hati

Boleh jadi seorang itu tidak pandai mengemas tetapi jalinan hati dia bersama orang lain kuat

Boleh jadi seorang itu tidak cakna mengenai bantuan tetapi masakan nya mampu menarik hati orang lain

Boleh jadi seorang itu mampu memandang tetapi dia amat petah dalam bulatannya

Tiada manusia yang sempurna . Kita saling menutupi apa yang lompong .

Moga ganjaran pahala untuk engkau andai engkau sabar

Andai engkau tidak berkeluh kesah

Bisikan penambah sakit hanyalah dari syaitan

Yang ingin robohkan tali ukhuwah lillah

Sabar lah :)