Mar 27, 2013

قصتان

KISAH 1

Jam menunjukkan tepat 1020am . Aku bergegas keluar rumah menuju ke mujamma' . Langkah diatur dengan lafaz Basmallah . Moga Allah redhoi perjalanan aku . Aku mengambil tmpat duduk di dalam bas sebelah perempuan Arab . Setelah duduk dgn tenang , mood aku automatically bertukar menjadi marah , sakit hati dan berpandangan serong . Seorang budak yg tak diketahui umur berape , wajahnya penuh dengan parut . Suaranya penuh bersemangat dan lantang . Dia hanyalah pengutip wang dan pembantu driver bas tetapi aku perhati syabab syabab arab bersuka ria mempermainkan dia . Mengejek2 , merendah rendah kan dia . Sehinggakan ade seorang syabab itu main tampar tampar pipi budak tu dan budak tu trying to fight . Aku tahu dia hanyalah seorang budak dan mmg x mampu pon untuk melawan . Akan tetapi budak tu tetap menjalankan kerja nya sebagai pengutip wang . Dah banyak kali sebenarnye aku nampak dia . Dan kejadian itu buatkan aku semakin sakit hati plus kasihan .

:: Hormati yg tua , Sayangi yg muda ::


KISAH 2

Dalam perjalanan pulang kelas . Dah nak sampai rumah . Tiga orang kanak kanak lalu di hadapan aku . Kelihatannya mereka seperti adik beradik . Mereka memandang aku dgn penuh rasa takjub . Aku pelik sebenarnye kenape mereka pndang aku seperti itu tetapi melihat wajah mereka yg jernih yg kita tahu mereka tidak mempunyai dsoa ibaratnya seperti kain putih itu , aku jatuh simpati . Aku senyum pada mereka dan aku merasa tenang . Senyum itu aku dapat rasekan senyum yg mmg aku hadiahkan buat mereka . Aku masuk ke lorong rumahku . Mereka stop di hujung jalan itu sehingga tunggu aku naik ke rumah ku . Lastly aku lambai pd mereka dan aku nmpak mereka seperti gembira sgt . MasyaAllah .

:: senyum itu sedekah dan tidak memerlukan harta mahupon pengorbanan pon ::

" Wahai manusia , Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorg lelaki dan seorg perempuan, kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yg paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah org yg paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti " [49:13]

Mar 24, 2013

ez zureen

sejak aku kenal Farhan Najwa binti Ahmad Yasin dan sejak tu lah aku kenal ez zureen atau Julleenn lah name glamournye . even budak tu x kenal aku tp aku mcm dh sentiasa update ap perkembangan dye . mne x nye . Najwa selalu sebut sebut tpi serius comell ^_^


pacak nye rambut diaa


alalala , tomei tomei

sye nak belaja , jgn kacau !!



bulatnye mata diaa

:: Indahnye ciptaan Allah, betapa comelnye Julleenn ni . Dan dikembalikan semuanye kepada Allah semula ::

anak soleh

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang 
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

# aku ingin menjadi anak yg soleh itu dan aku akan berusaha . Ya Allah bantu aku . Selamat menunaikan ibadah umrah . Doakan adilah tau . Love mak abah <3


Mar 18, 2013


" (Iaitu) jalan Allah yang milikNyalah apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi. Ingatlah, kepada Allah jualah kembali segala urusan " [42:53]

Al-Quran penawar hati . Cinta Allah yg utama . Rindu hanya untuk Rasulullah . Titik titik air mata mula jatuh kerana jauh di sudut hati yg plg hujung tu ade rase .

Baiknya Allah saat aku kecewa . Indahnya hidup dlm islam dengan mempunyai rase izzah dlm diri terhadap Islam yg syumul itu . Menerima segala perkara dengan hati yg terbuka dan yakin dengan Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui .


kullu minaAllah ^_^

" Dan Dialah yg mempersatukan antara hati mereka (orang yg beriman) . Walaupon kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka . Sesungguhnya Dia Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana " [8:63]

Alhamdulillah , Allah telah temukan aku dgn org yg mmg aku sayang . saat ini mmg aku rase betapa kuatnya sayang aku tu . Tanpa mereka , aku rase aku x kuat untuk terus thabat pd jalan ni . saat kami berjanji pd diri kami bahawa akn sentiasa berpimpin tangan , erat menuju mardhotillah . 

aku terfikir nnt bile tiba saat kite semua terpakse terpisah samaad ade yg dh hbis study or kene shuffle rumah . aku x tahu bagaimana untuk aku hidup atas kaki aku sendiri . aku x bole tanpa mereka . Kak Ma ! Kak Ain ! Kak Sirah ! Eqi ! Najwa ! Jangan pernah lepaskan tangan mucid . *kesat air mata*

Thanks for everything . Sayang mmg susah nk diungkap tetapi mmg dirasai dlm hati .

mucid , najwa

eqi , kak sirah

alamak , gamba kak norma ngan kak ain xde la . huhu .


Mar 17, 2013

RI Fateh

Rumah Islam Fateh .

Kak Ma , Kak Ain , Kak Sirah , Eqi , Najwa dan aku . pembinaan rumah ni mmg memerlukan pengorbanan dari setiap individu . masing masing mempunyai masalah tersendiri dan memerlukan mujahadah yg besar .

mula merancang setelah didedahkan ap itu RI oleh murabbi kami . kami tahu mmg satu kepentingan ade RI ni . even ditentang oleh org sekeliling , kami tekad .

kami mula melangkah ke rumah baru . kami settle semua perkara sendiri dgn pertolongan satu dua senior . semua mende kami cari sendiri . sebagai org baru yg masih belum fasih bahasa arab kami terus berusaha . kami tahu Allah sentiasa bersama selagi mana kita yakin itu untuk agama Mu ya Allah .

akhirnya .. alhamdulillah settle semua perkara pasal rumah dan aku tahu jauh di sudut hati setiap org ade perkara yg mereka x suke mahupon masih belum selesa tpi masing masing diamkan diri . masing masing setiap hari berusaha mengislahkan diri dan berbaik sangka dengan semua orang . tinggi respect aku pd mereka dan aku terharu mempunyai mereka :'(

murabbi kami selalu berpesan . 'kite perlu selalu berlapang dada , terutama dah ade RI ni yg mne kite tahu ap ap pon pasti akn berpusat di sini' . aku nampak aku nampak dan aku nampak betapa indahnya bilamana fikrah kite semua sama iaitu menuju Islam yg syumul tu . dan mmg tarbiyah tu sangat indah .

sentiasa berlapang dada . kite menerima ap baik buruknya sahabat kite . kite akan meringankan mulut meminta maaf dan mengucapkan terima kasih yg amat sangat . saat seseorang itu tersasar sikit dari jalannya ade yg akan menarik kembali supaya sama sama kite pimpin tangan menuju syurga . saling mengingati supaya sentiasa ingat Allah , mentajdid niat .

OTW ke muhadharah pg td aku terfikir . indahnya kite lahir dalam Islam . tahu tujuan kite hidup . tahu Allah sentiasa ada di sisi . bayangkan andai kite x mengenal Islam . segalanya hanya sia sia di muka bumi ciptaan Allah ni . Ya Allah terima kasih :)

kerana sayangnya Allah , Dia telah mengurniakan aku sahabat sahabat yg osem .

Rumah Islam bukan hanya pd nama tetapi pd individu yg tggal di dalamnya di mana ia sebagai salah satu wasilah untuk mengislah diri dan membina Individu Muslim itu .

ni video khas buat kome semua kakak2 sayangku dan Najwa , Eqi . *ntah kome perasan ke idok*


DnT


http://angelwearsgucci.blogspot.com/2013/03/iman-si-mujahid-setia.html

sedih sangat . sedih dan sedih bile baca kisah ni even x kenal pon sape ikhwah tu . bile cte kat k.ehsan , k.ehsan bgtahu tu tunang cousin dye . Ya Allah . Allah Allah Allah . al-fatihah buat arwah .

Syahadatul Haq dye sudah tercapai . aku ?? baru mula bertatih dalam DnT ni .

melalui penulisan angelpakaigucci . terlalu banyak perkara dan perasaan yg hadir dalam diri .

aku ingin menjadi qawwi seperti mereka
aku ingin merasai ukhuwah kerana Allah yg sebenar
aku ingin menjadi org yg x pernah mengeluh
aku ingin menjadi org yg ikhlas kerana Mu ya Allah
aku ingin menjadi org x pernah berpaling ke belakang semula

ya Allah , semoga aku thabat pada jalan ini . di mana aku yakin apakah fikrah nya .



Mar 12, 2013

Allah number one .

Al-Quran x mengagung-agungkan cinta Yusuf Zulaikha sepertimana di kad kawin tetapi Al-Quran menunjukkan kepada kite bagaimana Yusuf bermujahadah melawan nafsunya dan memuliakan taubat seorang wanita yg cuba hendak berzina .

Memang mujahadah itu perit, sakit tetapi insyaAllah akhirnye nnt betapa bahagianya kite atas ganjaran yg Allah beri . Mujahadah mengajar aku kemanisan iman dan Islam itu syumul .

CINTA ALAT & CINTA MATLAMAT :

 


:: x pernah ku lupa dan x pernah luput dari ingatanku *xde kaitan* ::

Mar 7, 2013

Jika Aku Jatuh Hati


Bismillahirrohmanirrohim.......
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Amin Ya Robbal'alamin...  


" Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan Allah menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya; dan dari keduanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan namaNya kamu saling meminta dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu. " [4:1]




Mar 6, 2013

0_o

Astaghfirullah , Astaghfirullah , Astaghfirullah . 

Ya Allah . Ada masa aku inginkan privacy, ketenangan . saat di mana jangan sesiapa ganggu aku . Bukan memulaukan tetapi hanya jangan menggangu . Biarkan aku buat ap aku suka . 

Aku runsing . Aku bingung . Aku tengah berusaha mengawal perasaan, berusaha memulihkan kembali diri . Semua orang senyap !!


Even mende remeh pon aku kesah tahu !! . 

Dan kerana satu hal ini buatkan aku makin x keruan . Hal yg x pernah selesai dan mungkin tiada jalan penyelesaiannya . Masing masing senyap dan mungkin berfikir begitu begini .

Ya Allah . bantu hamba mu ini . Mari kita berdoa supaya Allah meneguhkan hati , menyabarkan hati kerana janji Allah itu pasti =)

Dan Tuhanmu berfirman : "berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yg sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina." [40:60]

Mar 5, 2013

Perubahan

InsyaAllah dan setinggi tinggi Alhamdulillah . Pasti semangat berkobar kobar dlm diri untuk mencapai Ustaziatul Alam di mana Islam menjadi petunjuk bg seluruh dunia dan kita dah tahu dlm ISK ade disebutkan saat bile sistem khilafah telah dijatuhkan oleh Mustapha Kamal Attartuk . BILE ???

3 mac 1924

Ayuhh kite mula berubah dan membentuk individu muslim yg sebaik mungkin meskipun kita tahu x semua manusia sempurna ^_^

Di saat kita mula nak berubah , terlalu banyak halangan yg perlu ditempuh . Ye, Allah sayangkan hamba-Nya dan kerana itulah Allah menguji . Dan " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya " [2:286]

Sudah terang lg bersuluh dinyatakan dlm Surah An-Nas . Internal factor yg perlu kita hadapi untuk berubah . Samaada dari jin mahupon manusia yg sentiasa membisikkan kejahatan dalam diri kita .


Selain internal factor , external factor pon turut ade . di dalam Surah Al-Falaq . Ketika mana menjelangnya malam yg kita tahu gelap gelita dan bergantung pd kita nak menggunakan malam itu sebagai maksiat atau sebagai ibadah kita pd Allah . Dan daripada ahli2 sihir juga orang yg berdengki ats perubahan kita ke arah kebaikan .


Akhirnya kita perlu ikhlas dlm melakukan setiap perubahan ke arah kebaikan lillahi taala . Walaupon surah ini pendek tetapi ia menyamai satu pertiga al-quran . surah apa itu ?? Surah Al-Ikhlas =)


Kata Abdullah bin Khubaib r.a.: "kami keluar pada suatu malam hujan lebat dan gelap-gulita mencari Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan kami, lalu kami berjaya menemui baginda. Baginda pun bersabda : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa. Kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa, kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Jawab saya : Wahai Rasulullah! Apakah yang mesti saya katakan?" Baginda bersabda : "Katakanlah : Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa....." (Surah al-Ikhlas); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian makhluk....." (Surah al-Falaq); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara seklain manusia..." (Surah al-Nas);" pada waktu petang dan pada waktu pagi tiga kali. Itu sudah memadai bagimu daripada segala sesuatu."

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i. Menurut al-Tirmizi :
 Hadis ini dinilai Hasan Sahih)