3 mac 1924
Ayuhh kite mula berubah dan membentuk individu muslim yg sebaik mungkin meskipun kita tahu x semua manusia sempurna ^_^
Di saat kita mula nak berubah , terlalu banyak halangan yg perlu ditempuh . Ye, Allah sayangkan hamba-Nya dan kerana itulah Allah menguji . Dan " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya " [2:286]
Sudah terang lg bersuluh dinyatakan dlm Surah An-Nas . Internal factor yg perlu kita hadapi untuk berubah . Samaada dari jin mahupon manusia yg sentiasa membisikkan kejahatan dalam diri kita .
Selain internal factor , external factor pon turut ade . di dalam Surah Al-Falaq . Ketika mana menjelangnya malam yg kita tahu gelap gelita dan bergantung pd kita nak menggunakan malam itu sebagai maksiat atau sebagai ibadah kita pd Allah . Dan daripada ahli2 sihir juga orang yg berdengki ats perubahan kita ke arah kebaikan .
Akhirnya kita perlu ikhlas dlm melakukan setiap perubahan ke arah kebaikan lillahi taala . Walaupon surah ini pendek tetapi ia menyamai satu pertiga al-quran . surah apa itu ?? Surah Al-Ikhlas =)
Kata Abdullah bin Khubaib r.a.: "kami keluar pada suatu malam hujan lebat dan gelap-gulita mencari Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan kami, lalu kami berjaya menemui baginda. Baginda pun bersabda : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa. Kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa, kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Jawab saya : Wahai Rasulullah! Apakah yang mesti saya katakan?" Baginda bersabda : "Katakanlah : Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa....." (Surah al-Ikhlas); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian makhluk....." (Surah al-Falaq); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara seklain manusia..." (Surah al-Nas);" pada waktu petang dan pada waktu pagi tiga kali. Itu sudah memadai bagimu daripada segala sesuatu."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i. Menurut al-Tirmizi :
Hadis ini dinilai Hasan Sahih)


