Apr 8, 2014

satu rindu

Awan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau sahabat Oh sahabat

Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
oh sahabat oh sahabat kau sahabat

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau sahabat

Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Kau sahabat oh sahabat kau sahabat
oh sahabat oh sahabat

Awan teringatkan aku
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Kau sahabat kau sahabat kau sahabat




real song : rindu buat ibu <3
Siapa tak sedih bila Jahiliyah dilakukan berulang kali walaupon dah bertekad untuk tak mengulangi nya . pasti air mata akan gugur dek lemah nya hati menolak mujahadah . waktu yg diambil lama untuk membuang jahiliyah dan saat melakukan nya kembali tak kurang satu saat pon . syaitan mula bersorak gembira bertepuk tangan kegirangan .

Lemah nya . Lemah nya seorang manusia itu .

Andai kita masih punya hati yang hidup . pasti akan berada dalam keadaan resah, gundah, tak betul, keliru, sedih dan sesal mula membina tembok yg tinggi dalam fikiran .

Mahu terus memenjarakan diri dalam jahiliyah ??

Keluar lah , keluar dari kepompong itu . terbanglah . terbang bagai cantik nya kupu kupu hijau oren kuning biru .

.................................................................................

Terlegar legar di fikiran, adakah taubatku diterima Allah ?

Lihat kembali keikhlasan kita sejauh mana. Sejauh mana kita punya rasa bersalah, meminta ampun dan berazam untuk tidak mengulangi nya . Allah Maha Pengampun , jangan pernah penat meminta keampunan . dan hanya kepada Allah kita meminta sesuatu . duduk berteleku memohon kepada Allah, ego campak ke laut biar tenggelam di dasar .

…………………………………………………………

Biarkan syaitan keliru .

Tatkala tak berjaya bangun tahajud .. hukum diri dengan tilawah 1 juz
Tatkala tertinggal solat berjemaah .. hukum diri dengan istighfar 30x
Tatkala lewat tiba dari waktu yang dijanjikan .. hukum diri dengan infaq 1jd
Tatkala tak berkata benar .. hukum diri dengan puasa

Saat itu, syaitan akan mula ragu ragu. Mahu terus menghasut kita malas bangun tahajud, lengah lengah kan solat berjemaah, sengaja tiba lewat dan mula belajar untuk menipu.

Hukuman atau Iqob akan buatkan syaitan rugi dan kita makin bertambah iman .


KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!


Apr 7, 2014

La Tahzan | Sesungguhnya, tugas yang dipikul kita semua memang tidak ringan.

Terkadang, rasa berat bahu yang menggalas tanggungjawab.

Terkadang, rasa tak mampu dan mahu berputus asa!

Terkadang, air mata sebuah tabah mengalir melemahkan jiwa! 

Tetapi, saat kita menangis di atas sejadah sambil hati dan mulut mengadu pada-Nya, subhanallah! Ada satu ketenangan yang menyelinap masuk ke dalam jiwa.

Ada juga satu penyesalan yang mengetuk hati. ‘Mengapa aku harus berhenti menyampaikan?’

‘Mengapa aku harus melayan rasa putus asa yang dinanti syaitan?’

‘Mengapa aku terlalu pedulikan pandangan manusia yang menjauhkan aku daripada-Nya?’ 

Dan, saat itu, merupakan momen yang paling indah! Di mana hati ini meminta bersungguh-sungguh pada-Nya. Menangis ikhlas memohon keampunannya. Memohon pinjaman kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan langkah dan perjuangan dalam berdakwah!

Memohon diberi kesabaran yang tinggi untuk membawa manusia kembali pada Allah! Dan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar. Allah itu tidak pernah memungkiri janji-Nya. Syurga menjadi matlamat untuk segala usaha-usaha kita. Redha-Nya menjadi fokus utama dalam setiap perkara yang kita lakukan. 

Ingatlah, sebagai daie, penyeru, pengajak dan penyampai kepada kebenaran, kita sememangnya pasti diuji dan diuji serta diuji! Jalan ini telah pun dilalui Nabi-nabi terdahulu. Jalan ini telah pun ditelusuri oleh para ulamak.

Maka, jalan ini juga yang perlu kita ambil untuk mengikut jejak langkah mereka. Tak ramai yang mahu ambil jalan ini kerana risiko untuk dikeji, dipulau, dicerca, dihina, diperli dan dikecewakan manusia  adalah tinggi! Kerana Allah, maka, teruslah melangkah! Biar kita lelah dan penat dengan kebaikan, jangan kita seronok dan teruja dengan kemaksiatan! Bila engkau sudah berusaha, sudah cuba menyampaikan dengan pelbagai senimu dalam berdakwah, jika ‘dia’ masih tidak mahu menerima kebenaran, masih mahu duduk dalam kancah kejahilan, maka, teruskan usahamu dengan berdoa. Doa dan terus berdoa. Kerana doa itu merupakan salah satu wasilah dalam berdakwah. Tanpanya, putus asa dan cepat lelah akan mengakhiri perjuangan ini. 

La Tahzan wahai daie! Allah sentiasa bersamamu.

Buang Jahiliyah mu . Ia akan sampai pada masa nya

Apr 6, 2014


tak ada kena mengena . abaikan semua

senyum

:)

teet..teet..teet

sakit

serius

tak lupa

hati suruh pergi

aqal kata tunggu

jasad tak bergerak

...............................................................................................


seseorang kasi kertas yang berlipat. dia pesan

"sampai rumah baru bukak"

dalam perjalanan dah bukak .

kosong .. kertas tu kosong ..

tak de tulisan ..

*sentap!

aku faham maksud dia .

"senaraikan masalah masalah tu, jangan buang kertas tu dalam tong sampah. masa tahajud nanti bukak kertas tu dan adukan semua pada Allah tiap tiap satu masalah"

...............................................................................................

terima kasih .

abaikan aku yang terkontang kanting ni

abaikan aku saat iman aku lemah

abaikan aku saat aku tak menjaga mutabaah amal aku

biarkan aku menyendiri seketika . suatu masa nanti aku akan kembali .

risau itu buang .

ali imran

And hasten to forgiveness from your Lord and a garden as wide as the heavens and earth, prepared for the righteous

Allah memberi peluang kepada aku untuk terus mencari keampunanNya dan mengejar surga nan indah itu. Dengan syarat aku harus bertakwa .

Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good;

Aku harus berinfak samaada susah mahupon senang, menahan marah dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. berlapang dada dengan segala perkara yang datang. teruskan thiqoh dengan Allah.

And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know.

Manusia pastilah banyak kelemahan dan titik lemah mereka itu Allah akan uji sehingga mereka betul betul kuat di tahap itu . dan setiap tu punya elemen masa yang sangat panjang. bukan lah sedebuk kita boleh hebat . punya banyak Jahiliyah Jahiliyah dalam diri yg masih belum dikeluarkan . terutama Jahiliyah hati . tidak meneruskan perbuatan perbuatan yg terus membuatkan hati 'sakit'.

Those - their reward is forgiveness from their Lord and gardens beneath which rivers flow [in Paradise], wherein they will abide eternally; and excellent is the reward of the [righteous] workers.

Allah membalas dengan balasan yang sangat indah malah menarik Surga yang mmg hanya layak buat orang yang beramal tu .

Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.

This [Qur'an] is a clear statement to [all] the people and a guidance and instruction for those conscious of Allah .

Quran bukanlah hanya dicari tatkala mata dipenuhi air, tetapi ia ibarat lampu neon di malam hari. segala kata kata Allah hanya akan dirasa oleh manusia manusia yang sedar.

So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.

Keimanan adalah kayu ukur sama ada aku tinggi mahu pon tidak . jaga mutabaah amal hingga syaitan penat untuk merasuk.

*perasaan memang tak boleh dilayan . tetapi makin dilupa, makin dia datang mencucuk cucuk hati . menarik narik segala memory supaya terus lekat . hingga mendatangkan satu penyesalan yang amat tinggi . satu satu layar mula tertayang .

Tidak . mungkin ia bukan satu kesalahan cuma pengajaran .

Terus kuatkan hati .
ku teliti .

ku cari .

ku gali .

kita mungkin beda .

dari segi berfikir, dari segi bergaul, dari segi pelajaran, dari segi kehadapan .

tetapi aku sendiri tidak mengenali engkau yg jauh dan aku sangat berharap aku tidak mengenali engkau supaya aku tak jatuh berkali kali hingga aku tak mampu bangun walau separuh .

engkau sana . aku sini .

andai 6 tahun masih punya .

biar .

Allah hadirkan kembali supaya aku tak lalai , supaya hati aku lebih kebal dengan iman bukannya emosi .

kerana masa depan aku tak tahu .

-jangan hadir dalam mimpi aku lagi . mohon kau pergi jauh jauh dan buang kan ingatan aku . 

Apr 1, 2014

satu tambah satu , dua

TokTokTok.. kedengaran pintu diketuk 

Kriuk kriuk , pintu kini dibuka dari dalam. Muncul Aisyah bersama wajahnya yg sentiasa tersenyum. Senyuman yg ikhlas. 

Fatimah melangkah masuk dengan penuh rasa kekok. Serba tak kena. 

Salam dihulur, tangan disambut 

Dan ditakdirkan Allah mereka di dalam satu kuliah yg sama. Sejak dari itu, mereka mula berkenalan. 

Aisyah yg dulu dikatakan sombong oleh Fatimah. Rupanya sangat peramah. Tanpa disedari, Aisyah dan Fatimah mula berukhuwah. 

Satu petang yg hening, Fatimah duduk berseorangan dia sebuah bangku yg menghadap ke laut. Dia pandang awan, dia pandang laut. Awan Laut Awan Laut. Kedua duanya biru. Cantik, detik hati Fatimah. 

Fatimah tunduk mentadabbur Quran. Dan ada satu kuasa yg menggerakkan dia memandang ke kiri. Alangkah terkejutnya dia bila dia melihat Aisyah sedang berjalan menuju ke arahnya. Fatimah tak pernah menyangka bahawa Aisyah akan ke situ. Aisyah duduk di sampingnya 

"Enti, nak tahu tak?" 

"Ape?" 

"Tadi ana berdoa dalam hati supaya Allah hadirkan seseorang, lepastu ana terus nmpak enti yg tgah duduk ni" 

"MasyaAllah!" 

"Ana tak sangka enti akan ke sini" 

"Ana lagi tak sangka ana nmpak enti dekat sini" 

"Allah tautkan hati kita lah" 

"Haah la" 

"Enti.. Ana terharu" 

"Ana ponn :'(" Kita bersahabat hingga ke syurga Jom!