Apr 8, 2014

Siapa tak sedih bila Jahiliyah dilakukan berulang kali walaupon dah bertekad untuk tak mengulangi nya . pasti air mata akan gugur dek lemah nya hati menolak mujahadah . waktu yg diambil lama untuk membuang jahiliyah dan saat melakukan nya kembali tak kurang satu saat pon . syaitan mula bersorak gembira bertepuk tangan kegirangan .

Lemah nya . Lemah nya seorang manusia itu .

Andai kita masih punya hati yang hidup . pasti akan berada dalam keadaan resah, gundah, tak betul, keliru, sedih dan sesal mula membina tembok yg tinggi dalam fikiran .

Mahu terus memenjarakan diri dalam jahiliyah ??

Keluar lah , keluar dari kepompong itu . terbanglah . terbang bagai cantik nya kupu kupu hijau oren kuning biru .

.................................................................................

Terlegar legar di fikiran, adakah taubatku diterima Allah ?

Lihat kembali keikhlasan kita sejauh mana. Sejauh mana kita punya rasa bersalah, meminta ampun dan berazam untuk tidak mengulangi nya . Allah Maha Pengampun , jangan pernah penat meminta keampunan . dan hanya kepada Allah kita meminta sesuatu . duduk berteleku memohon kepada Allah, ego campak ke laut biar tenggelam di dasar .

…………………………………………………………

Biarkan syaitan keliru .

Tatkala tak berjaya bangun tahajud .. hukum diri dengan tilawah 1 juz
Tatkala tertinggal solat berjemaah .. hukum diri dengan istighfar 30x
Tatkala lewat tiba dari waktu yang dijanjikan .. hukum diri dengan infaq 1jd
Tatkala tak berkata benar .. hukum diri dengan puasa

Saat itu, syaitan akan mula ragu ragu. Mahu terus menghasut kita malas bangun tahajud, lengah lengah kan solat berjemaah, sengaja tiba lewat dan mula belajar untuk menipu.

Hukuman atau Iqob akan buatkan syaitan rugi dan kita makin bertambah iman .


KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!