Jun 22, 2014

Si dia

Sungai.

Air terus deras mengalir

Batu masih di tempatnye

Ikan kecil mengikut arus

Ranting terpacak kukuh

Pasir ada yg bergerak, ada yg masih tinggal

Si dia tenggelam termenung, dongak memandang langit

Berenang erti kata lain merangkak dalam air melawan arus

Arus deras

Saat terkebelakang melawan arus, si dia berpaut pada batu

Batu kecil Batu besar yg ada dalam sungai

Targetnye air terjun di hujung

Jun 9, 2014

Champak

Kau kata kau teman..

Tapi bila aku jatuh kenapa kau tak pernah hulurkan tangan?

Kau kata kau teman..

Tapi bila aku susah kenapa aku kau tinggalkan? :')

Kau kata kau teman..

Tapi kenapa bila aku rasa kosong dan gelap kau tidak cuba sinari hariku?

Kau kata kau teman.. Tapi kau..?

Walaupun kau perlakukan aku begitu doaku tetap mengiringimu :')

Moga baik2 saja kau disana dan mohon jangan kau perlakukan orang lain seperti yang kau lakukan padaku :')

Cukuplah hanya aku..

Hanya aku..

-iraimani-

#GantungHarapHanyaPadaAllah#

Jun 8, 2014

Obviously

Biasa

Perkara biasa

Rindu

Tapi bagi yang betul betul memaknainya

Dia mmg betul betul rindu

Rindu pada saat hammasah memuncak

Duduk berteleku bersama akhowat dalam satu bulatan

Dengar qodoya masing masing

Tengok muka sorang sorang

Yang adakala sorang tegang, sorang terlampau ceria, sorang tengah mujahadah, sorang tengah melayan perasaan, sorang hanya blur

Memang. Tarbiyah perasaan paling berat. saat dilanda emosi yang pelbagai

Saat sakittnya hati kita pada seseorang

Tapi suasana tu lah yang membangun

Tarbiyah perasaan paling berat kerana itu yg melemahkan pergerakan. samaada kita masih bergerak atau duduk statik.


Berangkat lah .. Berangkat lahh kamu :)

Fitrahnya manusia berperasaan. supaya bila datangnya lagi ujian itu kita akan lali, hanya pandang sebelah mata.

Rindu nak balik Jordan duduk dekat sutuh memandang langit tetapi sayang ingin meninggalkan Malaysia.

Bersyukurlah kamu wahai manusia walau apa pon keadaanmu sekarang :)

Rahmat Allah yg sentiasa memberi nikmat aman dan rezeki itu ..

Jun 6, 2014

6.44pm

Berlumba lumba. Bagus dah berlumba tu. Berlumba ke arah kebaikan. Tapi di sudut hati paling dalam tak mahu dia lebih dari kita.

Tidak!!

Tarbiyah adalah merasakan kita masih banyak perkara tak settle. Dan merasakan orang lain lebih baik dari kita.

Bukan tamak.
Bukan ego.

Dan sasaran dakwah adalah membawa manusia kembali kepada Allah.

Membina mutarabbi dengan cita cita dia akan lebih baik dari kita . Di samping kita turut sama memperbaiki diri. Bukannya tercicir.

Teruslah mentarbiyah dan ditarbiyah.

Jangan lupa Family jugak. Walau kita bagai rak DF ukhty lain. Jangan lupa DF family sendiri ;)

"Jika ada di antara kita yg menyangka bahawa dengan menyertai saf saf dakwah ini akan membuatkan diri kita semakin popular dan terkenal. Maka ubahlah!" -Asyraf Farique-

Jun 1, 2014

Tadhiyah

Tadhiyah ukhty besar. Aku?? Apa saja yg aku buat .

Kadang aku merasakan setiap langkahku salah. Setiap tulisan ku akan dipertikai. Aku hanya lah anak yg masih belajar. Yg mana salah betulkan secara tertib tetapi mungkin atau memang salah aku yg tak menerima secara terbuka.

Aku ingin melakukan. Aku ingin bekerja. Aku ingin buat. TETAPI aku tidak tahu. Tidak tahu itu jawapannya perlu mencari bukan menunggu. Wahai Mursyidatun

Allah. Ini lah Tarbiyah

Bukan hanya manis. Ingat!! Bukan hanya manis.

Dalam Tarbiyah kita akan bertemu ramai ukhty cuma yg uniknya semua ingin kembali pada Allah. Semua punya hadaf yg satu. Akan tetapi mungkin gerak beza, cara menegur beza. Masing masing mujahadah membuang jahiliyah lama.

Siapa tak sanggup membantu ukhty nya. Dia lah yg akan tersungkur. Bukan ukhty itu. Saat merasakan diri sudah jauh. Tak perlu menunggu insan lain menarik. Diri sendiri perluuu memasukkan diri.

Teruskan ikhlas lillah. Teruskan belajar istikhlas. Teruskan berukhuwah. Teruskan belajar. Teruskan Tarbiyah.

Siapa yg ingin melakukan kebaikan . Allah akan sentiasa mendekatkan dia kepada kebaikan dan sentiasa akan mencipta alasan yg dia akan sentiasa dalam kebaikan. Dan sebaliknya. Jadilah insan yg ingin melakukan kebaikan lillah itu :)

Tadhiyyah. Ibu bapa utama tetapi Tarbiyah bukan yg kedua dan study bukan lah yg terakhir.