Berlumba lumba. Bagus dah berlumba tu. Berlumba ke arah kebaikan. Tapi di sudut hati paling dalam tak mahu dia lebih dari kita.
Tidak!!
Tarbiyah adalah merasakan kita masih banyak perkara tak settle. Dan merasakan orang lain lebih baik dari kita.
Bukan tamak.
Bukan ego.
Dan sasaran dakwah adalah membawa manusia kembali kepada Allah.
Membina mutarabbi dengan cita cita dia akan lebih baik dari kita . Di samping kita turut sama memperbaiki diri. Bukannya tercicir.
Teruslah mentarbiyah dan ditarbiyah.
Jangan lupa Family jugak. Walau kita bagai rak DF ukhty lain. Jangan lupa DF family sendiri ;)
"Jika ada di antara kita yg menyangka bahawa dengan menyertai saf saf dakwah ini akan membuatkan diri kita semakin popular dan terkenal. Maka ubahlah!" -Asyraf Farique-