Feb 23, 2015


ruh yang meresap membangkitkan hati hati yang leka

mengharapkan tidak terus leka

untuk terus berbulatan membina Individu Muslim

yang tidak akan pernah berhenti hingga hujung

di setiap maratib amal pasti disusuli dengan Individu Muslim

di tingkatan Baitul Muslim

di tingkatan Masyarakat Muslim

di tingkatan Kerajaan Islam

di tingkatan Daulah Islam

di tingkatan Empayar Islam

dan akhirnya Ustaziatul Alam

semuanya memerlukan pemantapan Individu Muslim

yang perlu diasah , digilap dalam bulatan

bukan lah juga bermakna siapa yang tidak ber bulatan itu tidak mampu untuk membina Individu Muslim dalam diri

tetapi bukan kah dulu Rasulullah sendiri berkumpul di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk membina akidah para sahabat

*masing masing punya jalan sendiri :)

Hari Hari , Hari Baru

Dalam Tarbiyah aku sedar hari hari adalah hari baru

kerana hari hari inginkan perubahan

dari satu perkara ke satu perkara

mana yang sudah stabil ingin di istiqamahkan

setiap hari juga punya azam

azam yang ingin dikekalkan semangat nya

yang ingin diingati dalam kepala

walau selalu juga lupa

ingin ditulis takut dibaca orang lain

dan akhirnya kadang kadang lupa

tapi aku suka akan hari hari , hari baru

perasaan fresh dan inginkan something lebih baik

kerana kita sedar dalam Tarbiyah lebih ramai orang yang lebih baik dari kita

lebih tinggi amal nya

lebih rabbani hati nya

dengan perasaan yang ingin menjadi seperti orang orang sedemikian

buat kan aku rasa hari hari , hari baru

:) *senyum*

lupakan lah segala mustawa kerana yang dinilai hanya keikhlasan

:) *senyum*


Feb 20, 2015

Hakikat nya

Aku fahami

Mereka terus berjalan

Dan seseorang di belakang

Kerana apa yg menggerakkan adalah iman

Bukan semangat

Bukan lagi keinginan

Bukan juga keperluan mahupon kehendak

Allah tuntuni lah kami mahupon mereka . Aku mahupon dia .

Terus sedar !

Pulang bersama perkara semalam

Kisah semalam

Bila akan tiba masa

Pergi bersama perkara esok?

Bercakap laju menutur kata kata

Tiada tersekat walau sepatah

Tetapi telinga ibarat pekak tidak mendengar

Hati ditutup tidak ingin dimasuki

Sementara itu . . . . .

Orang lain terus membuka telinga, menadah hati, membulat mata supaya sedar akan hakikat hari ini

Tiada siapa yang salah

Hanya perlu mencari penyelesaian dan memasuki keadaan

Moga terus

Moga terus

Tidak berhenti

Tidak berpaling

Terus

Moga

Doa buat mereka yang terus

Feb 14, 2015

semalam

semalam rindu keluarga sangat sangat

memory lama berputar putar di jendela kepala

terpancar wajah wajah lama

opah , atuk , nenek lelaki , nenek perempuan , pak ngah , mak ngah

ALFATIHAH buat mereka .

moga di tempat yang sebaik nya di sisi Mu ya Allah .

terpancar jugak panorama yang menenangkan

pokok hijau , sawah hijau .

sungai mengalir deras

RINDU



....................................................................................

kerana keluarga yang paling memahami

rajuk kita

sedih kita

gembira kita

kemahuan kita

marah kita

tidak mengapa .. inilah kehidupan yang cantik .

yang Allah mahu uji

yang mana jika baik adalah nikmat

yang mana jika buruk juga adalah nikmat

Selamat Pulang akak

Back For Good

kakak itu sudah pulang , kembali ke tanah air tercinta meneruskan derap derap langkah dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah

kembali ke pangkuan keluarga untuk terus meluncur laju membantu rantai rantai dakwah

meramaikan generasi muda yang mampu bekerja

Allah !

moga kakak itu kuat , moga kami kuat

...............................................................................

selepas ini satu cerita baru akan dibuka

satu buku baru akan dicatat

perasaan pelbagai itu harus

takut, gementar, harapan, bahagia, prasangka tak kan pernah lari dari diri aku

apa apa pon aku harus berdiri !

moga moga moga aku berdiri , berjalan dan berlari .

Tausiah terakhir dia adalah Jadikan dakwah ini satu kehidupan bukan satu kerja yang kita perlu komited dengan nya .

Feb 12, 2015

Kecantikan Kehidupan

Allah ..

Cantik sungguh hidup yang Engkau atur

Indah sungguh perjalanan yang Engkau atur

Kerana akhir Engkau mahu manusia kembali pada Engkau

Bukan hanya pergantungan yang rapuh , pergantungan yg terayun ibarat abu ditolak angin

Satu masa Engkau datangkan kesedihan yang teramat sehinggakan perkara kecil diambil kira . 

Sehingga bagai tiada jalan penyelesaian langsung .

Kemudiaan Engkau hadirkan pulak kegembiraan yang melonjak lonjak hingga gembira itu tidak 
terungkap . Hanya terkongkong di hati akibat bahagianya hati itu .

Engkau mahu kami .. Manusia .. Kembali pada Engkau saat susah mahu pon senang

Sedih mahu pon Gembira .

Sedih bersujud meratap

Gembira bersujud mensyukuri

[Alhamdulillah]

Moga aku terus kuat dan bersyukur . Bersyukur bukan di mulut tapi amal