Feb 12, 2015

Kecantikan Kehidupan

Allah ..

Cantik sungguh hidup yang Engkau atur

Indah sungguh perjalanan yang Engkau atur

Kerana akhir Engkau mahu manusia kembali pada Engkau

Bukan hanya pergantungan yang rapuh , pergantungan yg terayun ibarat abu ditolak angin

Satu masa Engkau datangkan kesedihan yang teramat sehinggakan perkara kecil diambil kira . 

Sehingga bagai tiada jalan penyelesaian langsung .

Kemudiaan Engkau hadirkan pulak kegembiraan yang melonjak lonjak hingga gembira itu tidak 
terungkap . Hanya terkongkong di hati akibat bahagianya hati itu .

Engkau mahu kami .. Manusia .. Kembali pada Engkau saat susah mahu pon senang

Sedih mahu pon Gembira .

Sedih bersujud meratap

Gembira bersujud mensyukuri

[Alhamdulillah]

Moga aku terus kuat dan bersyukur . Bersyukur bukan di mulut tapi amal