Dulu masa kakak itu ada .
Aku boleh layan rajuk aku
Aku boleh buat hal ikut kepala sendiri
Aku boleh buat tak layan orang
Aku boleh diam sesuka hati
Dan kadang aku boleh main jeling
Sebab kakak tu akan backup
Dia faham
Dia tahu nak handle aku macam mana walau kadang aku tak mampu untuk sentiasa ada dengan dia saat sakit dia
Tapi banyak kesakitan kami bersama
Kerana merasai makna kesakitan
Tapi itu dulu . Aku boleh layan semua .
Dia juga tahu saat futur aku .
Terus terang aku kata .
Dia tahu bila aku susah bangun subuh .
Dia tahu bila aku lambat lambat solat .
Dia tahu bila aku mula kurung diri dalam bilik
Nanti dia akan mula jenguk dan senyum
Dengan senyuman dia saja dah buat aku terpujuk .
Ye , itu dulu .
Sekarang aku tak boleh buat semua menda tu .
Aku dah besar . Kena matang !
Aku tak boleh merajuk lama lama
Aku tak boleh terasa hati sangat dengan orang
Aku kene cure hati sendiri, balut, ikat dia kuat kuat supaya tak de siapa boleh toreh toreh dia
Aku tak boleh marah
Aku tak boleh diam
Aku kene act as orang yang peramah
Aku tak boleh ikut mood aku je
Dan paling penting! Aku tak boleh ikut kepala aku sendiri
Aku kene tahan semua perkara .
Pesan Murabbi : nak merajuk boleh, 5 min je :)
*nangesdalamdiam*