Aug 5, 2015

Kadang kadang dan selalu nya aku jatuh .

Aku menanges .

Aku ketawa bagai nak rak hanya kerana mahu menyembunyikan kekecewaan di hati .

Kecewa kerana aku tak mampu beri yang terbaik pada mereka .

Hakikatnya mereka berhak !

Aku penat .

Aku penat mencari apakah logam ku .

Yang mampu buat aku berdiri tegak menepis segala kata .

Kata itu bukan kata caci . Tapi kata yg menggugah perasaan aku .

Yang membuat hati ku remuk .

Aku .. Manusia yang inginkan manusia lain bahagia . Seboleh mungkin aku mahu insan di sekeliling aku dapat apa mereka mahu . Aku ingin menunaikan segala harapan mereka .

Tapi adakala aku lemah . Aku juga diuji . Kadang aku tak tahan . Maka aku jadi marah , aku jadi moody , aku jadi tak tentu hala .

Maka di saat itu aku ingin melepas kan semua .

Di mana ?

Di mana insan yang mampu memikul tanggungjawab aku ini ?

Tapi .. aku terfikir seandainya aku melepaskan diri dari ini . Pasti aku makin lemah . Kerana aku melihat yang lain terus ke hadapan .

Bukan harapan ku aku ke belakang . Aku cuma berharap bantu aku . Jangan usik perasaan aku . Jangan buat aku marah . Jangan renggang kan ukhuwah kita . Bantu aku . Aku mohon .

Moga kita sama sama berlapang dada .

Jangan jadikan rutin Tarbiyah kita kosong . Kosong tiada ruh .

Mungkin aku begini kerana lack nya mutabaah ku .