Sep 27, 2015

Berbaki 2 hari sahaja lagi

Hati mula menanges

Ok tak apa

Aku kuat

Aku kuat

Diri memujuk hati

Selama mana lagi aku ingin lari ?

Selama mana lagi aku ingin mengikut perasaan jahiliyah ?

Kadang atau selalu aku bekukan hati supaya aku tidak ada rasa

Kerana dengan rasa boleh buat aku jatuh

Yg pada masa yang sama orang sekeliling tak boleh lihat kejatuhan aku

Tapi dengan kebekukan hati aku boleh buatkan manusia lain merasa aku tidak mengambil berat

Aku tidak faham

Jadi, harus bagaimana aku berinteraksi ?

Bagitahu supaya aku boleh menjadi manusia sepertimana yang kau inginkan

Tapi hakikatnya aku ingin menjadi seperti mana aku

Heartless

Sep 12, 2015

Sampai .

Destinasi aku bersama Egypt Air .

Sesak Rimas Runsing sedikit bila hidup di tengah kota .

Manusia dan kereta bertali arus tidak berhenti

Tapi hati aku mungkin bebas .

Bebas ?

Lari dari tanggungjawab . Memang la lega .

Pulang nya aku nanti kembali menggalas

Adakah lebih baik ?

Atau lebih teruk ?

Atau aku hanya buat tidak tahu ?

Pulang nya aku nanti

Akan ad satu pembaharuan

Berharap ia sesuai dengan jiwa ku

Pulang nya aku nanti

Pengajianku aku harus lebih rajin

Harus

Harus

Sep 7, 2015

Kosong . Itu permulaan langkah aku .

Blur perasaan aku dulu dan kini .

Keputusan tidak aku decide .

Dibuat dalam keadaan kepala yang tidak berfikir mungkin .

4.47pgi AllahuAkbar!

Subuh di pagi hari .

Aku tersenyum dalam keadaan mamai mamai tidak cukup tidur dari semalam

Apa yang aku cari ye :)

Sep 4, 2015

Sebak

Sebak kan bila kita jauh dengan family

Dengan mak ayah

Dengan kakak kakak

Dengan adik adik

Mereka memberi kita harapan

Yang sebenarnya aku rasa aku tak mampu tunaikan

Aku hanya mampu memberi mimpi , yang aku tak tahu akan jadi kenyataan atau tidak

Apa yang aku rasa

Aku sentiasa gagal

Gagal dalam semua aspek

Mak Abah dari kecil mereka tak pernah push aku

Mereka sentiasa berkata tak apa tak apa

'Mak , grad bulan 6 2017 . Lambat lagi . Lama dari orang lain'

'Tak apa, dapat belajar lebih'

'Abah, dah 2 tahun duduk sini. Bahasa arab tak pandai pandai lagi'

'Tak apa, kan masih boleh belajar dengan orang lain'

Kata kata mereka buat aku sebak

Aku nanges .

Aku nanges kerana semua kata kata itu

Kami ini bukanlah satu family yang sentiasa rapat dan sentiasa bercakap

Adakala kami bisu

Tapi jauh mendekatkan kami

Membuatkan aku mula pandai bercakap dengan abah

Aku bukan anak manja

Aku bukan cengeng

Tapi setiap perbuatan ada sebab

Setiap perasaan ada sebab

Kerana hanya kita dan Tuhan yang faham

Senyum :)