Sep 4, 2015

Sebak

Sebak kan bila kita jauh dengan family

Dengan mak ayah

Dengan kakak kakak

Dengan adik adik

Mereka memberi kita harapan

Yang sebenarnya aku rasa aku tak mampu tunaikan

Aku hanya mampu memberi mimpi , yang aku tak tahu akan jadi kenyataan atau tidak

Apa yang aku rasa

Aku sentiasa gagal

Gagal dalam semua aspek

Mak Abah dari kecil mereka tak pernah push aku

Mereka sentiasa berkata tak apa tak apa

'Mak , grad bulan 6 2017 . Lambat lagi . Lama dari orang lain'

'Tak apa, dapat belajar lebih'

'Abah, dah 2 tahun duduk sini. Bahasa arab tak pandai pandai lagi'

'Tak apa, kan masih boleh belajar dengan orang lain'

Kata kata mereka buat aku sebak

Aku nanges .

Aku nanges kerana semua kata kata itu

Kami ini bukanlah satu family yang sentiasa rapat dan sentiasa bercakap

Adakala kami bisu

Tapi jauh mendekatkan kami

Membuatkan aku mula pandai bercakap dengan abah

Aku bukan anak manja

Aku bukan cengeng

Tapi setiap perbuatan ada sebab

Setiap perasaan ada sebab

Kerana hanya kita dan Tuhan yang faham

Senyum :)