Dec 3, 2016

Mujahadah . . . . .  Mudah nya bermujahadah ketika iman mu kemungkinan tinggi. Mudah nya jatuh ketika iman mu sangat rendah

Tafsiran iman itu mungkin boleh didefinasikan oleh setiap orang secara tersendirinya

Iman tinggi apabila kau berjaya menangkis semua cerita yg mahu ditonton, apabila kau mampu bersabar dengan manusia sekeliling kau, apabila kau memang mengerjakan solat di awal waktu, apabila kau berjaya juga menangkis lagha lagha di media sosial

Dan sebaliknya bila iman rendah

Jun 21, 2016

Murabbi Hipokrit

PernAh engkau dengar apa itu 'Murabbi Hipokrit' ?

Mungkin pernah

Mungkin tidak

Bukan ?

Mereka itu punya dUa personaliti

Dan mampu menyeimbangkan dUa personaliti

Sampai bila ?

Penulis Pembaca Pendengar semua tidak tahu akan jawapan nya

Hanya bila sedar

Tak cukup sedar

Hanya bila kuat

Tak cukup kuat

Hanya bila mampu mujahadah

Ya, Mujahadah :)

Maka . . . Tunggu apa lagi ?

Mujahadah :)

Jun 17, 2016

Bismillah ..

Ya Allah, aku tidak tahu masa hadapan nanti aku menjadi insan berguna atau tidak.

Aku menulis supaya suatu masa aku terbaca dan kembali teringat

Ya Allah, Engkau letakkan hidup aku dalam keadaan yang aku sentiasa mengingati di mana tanah aku berada. Walau hidup itu perit mahupon senang.

Aku hanya harap aku sabar dan terus sabar untuk terus berbakti

Dalam dunia dakwah, dunia kebaikan, dunia berbakti pada makayah.

Ajarkan aku menjadi mesra.

#13Ramadhan#

May 20, 2016

Cerita itu sudah lama. Bukan aku tidak menghargai cuma aku terharu.

Aku teruja .

Walau pada awal awkward , tetapi ia merungkaikan beberapa perkara di dalam fikiran

Kemudian ia buat hati ku resah dan serba salah .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Boleh jadi dia tidak berkorban , dia lah orang yang paling banyak berkorban

Boleh jadi dia tidak berkorban , jadilah dia supporter buat yang paling banyak berkorban .

Setiap orang di posisi

Punya masalah sendiri

Punya concern sendiri

Punya kemahuan juga kehendak sendiri

Malang nya tidak semua kita dapat turuti kerana apa yang manusia mahu itu tiada limit .

Betul . Tiada limit .

Aku baru sedar

Ya ! Tiada limit .

Selepas ini , itu kau mahukan

Selepas itu , kau mahupon di sana pula

Sampai bila ?

Kau mahu terus turut kemahuan ibarat menurut nafsu dalam keadaan tertunduk ?

. . . . . . . . . . . . . . . .

Maaf buat semua yang mengorbankan diri , terkorban , ingin berkorban mahupun yang terpaksa berkorban .

Apr 22, 2016

Saat kau rasa kau berdosa sangat

Tangkap perasaan itu sungguh sungguh

Dan tanam rasa ingin bertaubat

Kerana jarang sekali kau akan betul betul bertaubat

. . . . . . . . . . . . . . .

Saat melakukan,

Kau gembira

Ketawa bagai tiada penghujung

Ketawa tetapi hambar hati nya

Saat kau sendiri,

Timbul rasa

Ya. Rasa itu

Rasa menyesal

Rasa kurang enak nya di hati

Itu lah dosa

Atau sebenarnya perbuatan yang kau tidak patut lakukan .

Maka mungkin waktu diputar kembali

Di rewind segala peristiwa

Apa kau hanya mampu

Taubat dan Doa

Moga Allah cekalkan hati kau hadapi ujian itu

Amin Amin Ya Rabb .

الله نظري
الله رقبي
الله شاهد علي

Apr 16, 2016

Something

Lama juga .

Tak aku capai phone dan menulis .

Menulis coretan hati .

Sedih , gembira , seronok . Pelbagai rasa bercampur .

Dan aku paling suka bila aku ada masalah , aku cerita dengan mak . Dan mak akan mula memberi .

Kadang aku terfikir bagaimana setiap kali itu pasti ade idea memujuk .

Dan bila lihat balik . Hanya satu pujukan . Kembali pada Allah .

Dan kali ini ,

Bila aku menitiskan air mata semahu nya sehabis jawab exam

Mak jawab

Buat solat taubat ...
Maafkn semua org.   🤗
Mohon ampun dgn Allah ..sgl perkara yg trlalai
Dn kurang mujahadah

#cepat la aug . Nak balikk .

Mar 26, 2016

Aku taajub

MasyaAllah

Mereka si kulit hitam

Bukan hinaan

Aku taajub

Bagaimana Allah menciptakan manusia pelbagai warna kulit nya

Dan kejuhudan mereka untuk hidup

Pasti di setiap jalan hidup mereka punya susah

Kita tak tahu susah setiap orang . . . . .

Feb 23, 2016

Crystal

Mudahnya ia jatuh ke tanah andai tidak disimpan di tempat yang baik

Mudah nya ia pecah andai tersalah pegang

Dan mudahnya ia bertukar warna andai ia dikotori (?)

Crystal

Ia boleh diguna pakai setelah pecah

Tapi ia tak kan sesempurna dulu

Hanya itu

Jan 31, 2016

Sabar

Biasanya aku selalu rasa aku dah cukup sabar

Tapi setiap kali itulah rupa rupa nya aku masih tidak sabar

Kerana Allah mahu men tarbiyah aku sabar sesabar nya

Dan kerana sabar itu tiada limit

Tenang

Persekitaran yang kecoh boleh buatkan aku tenang dan minda aku dengan mudah nya mencari jalan keluar

Tapi tatkala persekitaran tenang, aku kira aku lah orang yang paling kecoh dan berfikir yang tidak logic

Matang

Tidak dilihat pada usia . Lihat pada fikir nya . Lihat pada apa yang membentuk nya

Seorang daie itu tidak menghukum

Seorang daie itu pemurah

Wahai hati ~~

كل رزق من الله

Jan 17, 2016

Tiada manusia yang sempurna

Sabarlah wahai hati

Boleh jadi seorang itu tidak pandai mengemas tetapi jalinan hati dia bersama orang lain kuat

Boleh jadi seorang itu tidak cakna mengenai bantuan tetapi masakan nya mampu menarik hati orang lain

Boleh jadi seorang itu mampu memandang tetapi dia amat petah dalam bulatannya

Tiada manusia yang sempurna . Kita saling menutupi apa yang lompong .

Moga ganjaran pahala untuk engkau andai engkau sabar

Andai engkau tidak berkeluh kesah

Bisikan penambah sakit hanyalah dari syaitan

Yang ingin robohkan tali ukhuwah lillah

Sabar lah :)

Jan 3, 2016

Dalam bina manusia , kita meralit lumpur

Kita jatuh, saat jatuh itu bukan saat kita berhenti

Saat itu saat perlu membina juga

Sakit rasa itu

Payah rasa itu

Yang payah dan sakit itu mujahadah

Kerana akhirnya tumpas

Kembali meralit lumpur

Huh ..

Jan 2, 2016

Kesempurnaan .

Ya , aku cari kesempurnaan

Aku lihat situ, aku pandang sinis

Aku lihat sana, hati aku mengata

Aku cari kesempurnaan

Hingga aku lupa, manusia itu tidak sempurna .

Semua manusia itu baik

Aku lihat mereka tersenyum antara satu sama lain

Aku lihat mereka bergurau antara satu sama lain

Aku lihat mereka bergembira bersama

Aku lihat mereka meminta maaf sesama mereka

Aku lihat mereka suka memberi

Baik . Sangat baik

Sampai aku rasa mereka tidak perlukan Tarbiyah kerana boleh jadi mereka lebih baik dari aku

Kemudian aku renung, neraca langit lah penilai antara semua ini

Tiada guna lagi neraca dunia

Dan hakikatnya semua manusia dipilih Allah . Kemudian di atas pilihan itu, kita letakkan diri kita di kelayakan tahap mana

Sanggup kah andai nanti bila kita di syurga , tempat nya kita di syurga padahal dia dia dan dia yang di syurga tinggi nun sana

Saat itu hanya mampu menyimpan cemburu di hati

Tapi saat ini mampu untuk membina impian menggapai syurga dan membuah amalan .

Bukan aku kata aku tiada dosa hingga neraka tidak mampu membakar ku

Tapi kerana aku tahu kita boleh bertaubat

Allah . Takut .