Semua manusia itu baik
Aku lihat mereka tersenyum antara satu sama lain
Aku lihat mereka bergurau antara satu sama lain
Aku lihat mereka bergembira bersama
Aku lihat mereka meminta maaf sesama mereka
Aku lihat mereka suka memberi
Baik . Sangat baik
Sampai aku rasa mereka tidak perlukan Tarbiyah kerana boleh jadi mereka lebih baik dari aku
Kemudian aku renung, neraca langit lah penilai antara semua ini
Tiada guna lagi neraca dunia
Dan hakikatnya semua manusia dipilih Allah . Kemudian di atas pilihan itu, kita letakkan diri kita di kelayakan tahap mana
Sanggup kah andai nanti bila kita di syurga , tempat nya kita di syurga padahal dia dia dan dia yang di syurga tinggi nun sana
Saat itu hanya mampu menyimpan cemburu di hati
Tapi saat ini mampu untuk membina impian menggapai syurga dan membuah amalan .
Bukan aku kata aku tiada dosa hingga neraka tidak mampu membakar ku
Tapi kerana aku tahu kita boleh bertaubat
Allah . Takut .