Mar 6, 2013

0_o

Astaghfirullah , Astaghfirullah , Astaghfirullah . 

Ya Allah . Ada masa aku inginkan privacy, ketenangan . saat di mana jangan sesiapa ganggu aku . Bukan memulaukan tetapi hanya jangan menggangu . Biarkan aku buat ap aku suka . 

Aku runsing . Aku bingung . Aku tengah berusaha mengawal perasaan, berusaha memulihkan kembali diri . Semua orang senyap !!


Even mende remeh pon aku kesah tahu !! . 

Dan kerana satu hal ini buatkan aku makin x keruan . Hal yg x pernah selesai dan mungkin tiada jalan penyelesaiannya . Masing masing senyap dan mungkin berfikir begitu begini .

Ya Allah . bantu hamba mu ini . Mari kita berdoa supaya Allah meneguhkan hati , menyabarkan hati kerana janji Allah itu pasti =)

Dan Tuhanmu berfirman : "berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yg sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina." [40:60]

Mar 5, 2013

Perubahan

InsyaAllah dan setinggi tinggi Alhamdulillah . Pasti semangat berkobar kobar dlm diri untuk mencapai Ustaziatul Alam di mana Islam menjadi petunjuk bg seluruh dunia dan kita dah tahu dlm ISK ade disebutkan saat bile sistem khilafah telah dijatuhkan oleh Mustapha Kamal Attartuk . BILE ???

3 mac 1924

Ayuhh kite mula berubah dan membentuk individu muslim yg sebaik mungkin meskipun kita tahu x semua manusia sempurna ^_^

Di saat kita mula nak berubah , terlalu banyak halangan yg perlu ditempuh . Ye, Allah sayangkan hamba-Nya dan kerana itulah Allah menguji . Dan " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya " [2:286]

Sudah terang lg bersuluh dinyatakan dlm Surah An-Nas . Internal factor yg perlu kita hadapi untuk berubah . Samaada dari jin mahupon manusia yg sentiasa membisikkan kejahatan dalam diri kita .


Selain internal factor , external factor pon turut ade . di dalam Surah Al-Falaq . Ketika mana menjelangnya malam yg kita tahu gelap gelita dan bergantung pd kita nak menggunakan malam itu sebagai maksiat atau sebagai ibadah kita pd Allah . Dan daripada ahli2 sihir juga orang yg berdengki ats perubahan kita ke arah kebaikan .


Akhirnya kita perlu ikhlas dlm melakukan setiap perubahan ke arah kebaikan lillahi taala . Walaupon surah ini pendek tetapi ia menyamai satu pertiga al-quran . surah apa itu ?? Surah Al-Ikhlas =)


Kata Abdullah bin Khubaib r.a.: "kami keluar pada suatu malam hujan lebat dan gelap-gulita mencari Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan kami, lalu kami berjaya menemui baginda. Baginda pun bersabda : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa. Kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Tetapi saya tidak mengatakan apa-apa, kemudian baginda bersabda lagi : "Katakanlah!" Jawab saya : Wahai Rasulullah! Apakah yang mesti saya katakan?" Baginda bersabda : "Katakanlah : Tuhanku ialah Allah Yang Maha Esa....." (Surah al-Ikhlas); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian makhluk....." (Surah al-Falaq); "Katakanlah : Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara seklain manusia..." (Surah al-Nas);" pada waktu petang dan pada waktu pagi tiga kali. Itu sudah memadai bagimu daripada segala sesuatu."

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasa'i. Menurut al-Tirmizi :
 Hadis ini dinilai Hasan Sahih)