Feb 14, 2015

Selamat Pulang akak

Back For Good

kakak itu sudah pulang , kembali ke tanah air tercinta meneruskan derap derap langkah dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah

kembali ke pangkuan keluarga untuk terus meluncur laju membantu rantai rantai dakwah

meramaikan generasi muda yang mampu bekerja

Allah !

moga kakak itu kuat , moga kami kuat

...............................................................................

selepas ini satu cerita baru akan dibuka

satu buku baru akan dicatat

perasaan pelbagai itu harus

takut, gementar, harapan, bahagia, prasangka tak kan pernah lari dari diri aku

apa apa pon aku harus berdiri !

moga moga moga aku berdiri , berjalan dan berlari .

Tausiah terakhir dia adalah Jadikan dakwah ini satu kehidupan bukan satu kerja yang kita perlu komited dengan nya .

Feb 12, 2015

Kecantikan Kehidupan

Allah ..

Cantik sungguh hidup yang Engkau atur

Indah sungguh perjalanan yang Engkau atur

Kerana akhir Engkau mahu manusia kembali pada Engkau

Bukan hanya pergantungan yang rapuh , pergantungan yg terayun ibarat abu ditolak angin

Satu masa Engkau datangkan kesedihan yang teramat sehinggakan perkara kecil diambil kira . 

Sehingga bagai tiada jalan penyelesaian langsung .

Kemudiaan Engkau hadirkan pulak kegembiraan yang melonjak lonjak hingga gembira itu tidak 
terungkap . Hanya terkongkong di hati akibat bahagianya hati itu .

Engkau mahu kami .. Manusia .. Kembali pada Engkau saat susah mahu pon senang

Sedih mahu pon Gembira .

Sedih bersujud meratap

Gembira bersujud mensyukuri

[Alhamdulillah]

Moga aku terus kuat dan bersyukur . Bersyukur bukan di mulut tapi amal