Feb 22, 2013

ISK

Ini Sejarah Kita

" Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yg mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yg dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yg sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yg beriman " [12:111] 


garis masa
# Dah lama aku dpt ISK ni tp baru sekarang aku terfikir nak memblogkannya . terima kasih Allah membuka hatiku =) 

Dalam ISK dpt sejarah mengenai Islam . Ia bermula dgn dakwah Nabi Muhammad secara sirr (rahsia) di Mekah selama 3 tahun kemudian Nabi Muhammad bersama para sahabat berhijrah ke Madinah dan dakwah diteruskan secara terang-terangan selama 10 tahun berikutnye .13 tahun ini lah diterapkan kefahaman akidah .

Selepas piagam Madinah , Islam dapat membina sebuah daulah (negara) Islam . Mula meningkat satu demi satu hingga ke zaman Ummayyah dan Abasiyyah . 

Zaman Abasiyyah : Islam sudah menjadi mata dunia iaitu USTAZIATUL ALAM . semua orang menjadikan Islam sebagai contoh mahupon ikutan . tpii .. saat kita terlalu mewah dan terlalu senang dengan hidup . saat itulah Allah menguji setinggi mana kah iman kita yakni umat Islam sebagai hambaNya . Berlaku pelbagai masalah akidah di sini . Masalah murtad yg berlaku sejak zaman khalifah Abu Bakar Assiddiq makin berleluasa . 

Islam makin jatuh , graf makin menurun . Kelahiran Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai pembuka Konstantinople (Istanbul) menaikkan Islam . Pemerintahan diambil alih oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah selepas itu . Mustapha Kamal Attartuk cuba menjatuhkan khalifah pd ketika itu dan sistem Khilafah di dunia dihapuskan . 

SAKIT x hati bile kita tahu Islam jatuh !??

:: kobarkan semangat mu untuk menaikkan Islam semula , ayuh mengislahkan (perbaiki) diri ::

شهادة الحق

SYAHADATUL-HAQ .

لااله الا الله محمد رسول لله 
itu adalah kalimah syahadah yg kita lafazkan sebanyak 9 kali sehari dalam solat fardhu . tp adakah kita tahu maksudnye ?


Apa syahadatul haq ni ? Syahadah yakni penyaksian atau sijil manakala Haq pula bermaksud benar . Mesti semua mcm x faham ape aku cakap ni . Hurm, mula mula start daurah aku pon bingung bingung ape la kak Alin cakap ni . But when kak Alin memberi satu persoalan " kome rase kome dh ade ke saksi dekat akhirat nnt yg menunjukkan bahawa fikrah (menuju Islam yg syumul) yg dibawa Rasulullah dulu sudah kita sampaikan pd org lain ? " .. MasyaAllah sentap T_T . Ketakutan mula menjalar dlm diri . Kita rase yg kononnye kite ni dah baik la . Nanti time kaki kita mula nk melangkah masuk syurga . TIBA TIBA ade org tarik kita ke neraka kerana x sampainye Islam pd dye . Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah .

Jadi maksud sebenar di sebalik syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yg perlu kita paparkan kpd seluruh manusia ialah kita buktikan bahawa tiada kebenaran yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah untuk Allah menghukum hamba-hambaNya . [4:165]


Kita adalah وسط iaitu umat pertengahan . Bg yg memahami erti syahadah haruslah kita menyampaikan kepada manusia lain supaya nnt di akhirat kita mempunyai saksi . Kita sudah menyampaikan Islam . 

Perbezaan antara menyampaikan kpd yg 'belum Islam' dengan yg sudah Islam erti syahadah .
Analogi :: antara mengejutkan orang yg tidur separa sedar dgn yg tidur mati . mane lebih mudah ? pastilah separa sedar . Akan tetapi janganlah kerana dia tidur mati , kita langsung x mahu mengejutkannya . Point nya di sini , berdakwah untuk semua .

Moh le kite menyedarkan sahabat sahabat seummah kita yg lain perihal syahadah sehingga Mereka menjadi Mukallaf (org yg dipertanggungjawabkan) . Ciri ciri Mukallaf [1. Islam] [2.Baligh] [3.Berakal, tidak gila] [4. Telah sampai kalimah La Ilaha Illah pdnya]

Jenis Jenis Syahadah
  • QAULIYYAH : Qauliyyah ni dlm bentuk perkataan . contohnya mcm kita bersembang ngan kawan kita , cerita pasal syahadah ni . atau kita bole pakai media zaman sekarang . bukan ke dah canggih ? Hendak seribu daya Tak hendak satu dalih pon dah cukup .
  • FI'LIYYAH : Fi'liyyah ni pulak dlm bentuk perbuatan . kita boleh menunjukkan qudwah hasanah . perbuatan dlm kehidupan seharian .
Muhasabah dalam minggu ni ape Qauliyyah dan Fi'liyyah kita dlm Syahadatul-Haq =( ?