Feb 22, 2013

شهادة الحق

SYAHADATUL-HAQ .

لااله الا الله محمد رسول لله 
itu adalah kalimah syahadah yg kita lafazkan sebanyak 9 kali sehari dalam solat fardhu . tp adakah kita tahu maksudnye ?


Apa syahadatul haq ni ? Syahadah yakni penyaksian atau sijil manakala Haq pula bermaksud benar . Mesti semua mcm x faham ape aku cakap ni . Hurm, mula mula start daurah aku pon bingung bingung ape la kak Alin cakap ni . But when kak Alin memberi satu persoalan " kome rase kome dh ade ke saksi dekat akhirat nnt yg menunjukkan bahawa fikrah (menuju Islam yg syumul) yg dibawa Rasulullah dulu sudah kita sampaikan pd org lain ? " .. MasyaAllah sentap T_T . Ketakutan mula menjalar dlm diri . Kita rase yg kononnye kite ni dah baik la . Nanti time kaki kita mula nk melangkah masuk syurga . TIBA TIBA ade org tarik kita ke neraka kerana x sampainye Islam pd dye . Astaghfirullah Astaghfirullah Astaghfirullah .

Jadi maksud sebenar di sebalik syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yg perlu kita paparkan kpd seluruh manusia ialah kita buktikan bahawa tiada kebenaran yang jelas nyata dan pendekatan yang sahih ini adalah benar dan terbukti kukuh sehingga ia boleh menjadi hujah untuk Allah menghukum hamba-hambaNya . [4:165]


Kita adalah وسط iaitu umat pertengahan . Bg yg memahami erti syahadah haruslah kita menyampaikan kepada manusia lain supaya nnt di akhirat kita mempunyai saksi . Kita sudah menyampaikan Islam . 

Perbezaan antara menyampaikan kpd yg 'belum Islam' dengan yg sudah Islam erti syahadah .
Analogi :: antara mengejutkan orang yg tidur separa sedar dgn yg tidur mati . mane lebih mudah ? pastilah separa sedar . Akan tetapi janganlah kerana dia tidur mati , kita langsung x mahu mengejutkannya . Point nya di sini , berdakwah untuk semua .

Moh le kite menyedarkan sahabat sahabat seummah kita yg lain perihal syahadah sehingga Mereka menjadi Mukallaf (org yg dipertanggungjawabkan) . Ciri ciri Mukallaf [1. Islam] [2.Baligh] [3.Berakal, tidak gila] [4. Telah sampai kalimah La Ilaha Illah pdnya]

Jenis Jenis Syahadah
  • QAULIYYAH : Qauliyyah ni dlm bentuk perkataan . contohnya mcm kita bersembang ngan kawan kita , cerita pasal syahadah ni . atau kita bole pakai media zaman sekarang . bukan ke dah canggih ? Hendak seribu daya Tak hendak satu dalih pon dah cukup .
  • FI'LIYYAH : Fi'liyyah ni pulak dlm bentuk perbuatan . kita boleh menunjukkan qudwah hasanah . perbuatan dlm kehidupan seharian .
Muhasabah dalam minggu ni ape Qauliyyah dan Fi'liyyah kita dlm Syahadatul-Haq =( ?