Jun 29, 2013

منتج

“kakak, kalo aishah nak kasi dekat adik huda origami oke tak ?”

“eh, kenape pulak tak oke?”

“yela, aishah ni dah la tak reti buat origami jadi maksudnye mestilah mengambil masa yg panjang nak buat origami tu, muntij ke mende tu?”

“muntij ^_^ kalo adik huda suka origami la”

Sama sama tersenyum lebar

……………………………….......

Muntij منتج

Berasal dari perkataan نتج yg bermaksud 'timbul dari' .
Apabila ditambah huruf mim di hadapan maksudnya menjadi produksi atau hasil produk

Apa yg kita nak hasilkan di sini ? apa pulak product yg kita nak bawa ?

Jeng..jeng..jeng

Dalam kehidupan seharian kita , banyak kan perkara yg kita buat . tetapi perkara yg kita buat tu hasilkan something yg bermanfaat tak ? dalam erti kata lain muntij ni bila kita buat something yg sedikit (input minimum) tapi bole hasilkan perkara yg besar (output maximum) .

Contoh lain : kita masak selama sejam tapi bole hasilkan pelbagai jenis lauk dan masa terluang yg lain tu kita dpt manfaatkan dgn perkara lain . tambahkan pengetahuan pasal dunia luar . mengetahui peta peta benua lain .

sengih


Untuk memuntijkan segala ap yg kita lakukan , kita perlu ade planning dlm kehidupan seharian . bermula kita buka mata bangun dari ‘mati yg sebentar’ itu, selepas mengucapkan Alhamdulillah dan membaca doa bangun tidur . kita mula merangka atau sudah ade ap yg kita nak buat hari ni supaya tak ade masa lapang yg bole terbiar mcm tu aje .

lukisan chart bar yg cincai

mulai sekarang, minute ini, saat ini . lakukan segala perkara dgn muntij bermatlamatkan Redho Allah berpandukan Quran dan Sunnah . Yosh !!

:: imtihan awwal Tanzim Usrah 3/7 . Ya Allah , permudahkan aku . amiin ::

Jun 20, 2013

' Jika tiada ujian dan dugaan bukanlah kehidupan namanya '

masalah mula datang , fikiran mula kusut . hati mula tak tenteram . kita mula bertanya 'kenape aku diuji' ? kita tak nak mengeluh tetapi kadang kadang soalan itu mula menjelma tanpa dipinta .

kita mula memberontak atas ape yg kita tak dapat . kita terus gelisah tanpa mencari jalan keluar . mmg kadang kadang sampai kita tak tahu nak buat apa . dan ujian yg datang kita mula merasakan ia sangat berat .

kita mula kecewa dan sedih . berfikir bagaimana nak menghadapinya . tahankah aku ? sabarkah aku ?

tiada siapa yg dapat memahami kita melainkan hanya Allah .

...........................................................................................

bunga yg tetap mekar malah memancarkan warna yg
menarik walau hidup di tanah yg merekah

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji ?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org yg dusta . [29:2-3]

KENAPA AKU TAK DPT APA YG DIIDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . [2:216]

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya . [2:286]

RASA KECEWA ?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman . [3:139]

RASA SEDIH ?

Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita . [9:40]

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

 Dan mintalah pertolongan kepd Allah dengan sabar dan solat . [2:45]

Wahai orang yg beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya mencapai kejayaan . [3:200]

APA YG AKU DPT DARI SEMUA INI ?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari org mu'min diri, harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka ..... [9:111]

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dialah Tuhan yg memiliki Arasy (singgahsana) yg agung . [9:129]

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI *nanges laju laju

... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir .

:: fikiranku bukanlah sempit . akan tetapi demi memikirkan masa hadapan yg lebih panjang buatkan aku sentiasa berfikir ::

Allah tak memerlukan kita , tetapi kita memerlukan Allah . Jangan sesekali 
menjarakkan diri dari Allah , da3iman ma3 Quran