Jun 20, 2013

' Jika tiada ujian dan dugaan bukanlah kehidupan namanya '

masalah mula datang , fikiran mula kusut . hati mula tak tenteram . kita mula bertanya 'kenape aku diuji' ? kita tak nak mengeluh tetapi kadang kadang soalan itu mula menjelma tanpa dipinta .

kita mula memberontak atas ape yg kita tak dapat . kita terus gelisah tanpa mencari jalan keluar . mmg kadang kadang sampai kita tak tahu nak buat apa . dan ujian yg datang kita mula merasakan ia sangat berat .

kita mula kecewa dan sedih . berfikir bagaimana nak menghadapinya . tahankah aku ? sabarkah aku ?

tiada siapa yg dapat memahami kita melainkan hanya Allah .

...........................................................................................

bunga yg tetap mekar malah memancarkan warna yg
menarik walau hidup di tanah yg merekah

KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji ?

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org yg dusta . [29:2-3]

KENAPA AKU TAK DPT APA YG DIIDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui . [2:216]

KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya . [2:286]

RASA KECEWA ?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman . [3:139]

RASA SEDIH ?

Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita . [9:40]

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

 Dan mintalah pertolongan kepd Allah dengan sabar dan solat . [2:45]

Wahai orang yg beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, dan bersedialah serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya mencapai kejayaan . [3:200]

APA YG AKU DPT DARI SEMUA INI ?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari org mu'min diri, harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka ..... [9:111]

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dialah Tuhan yg memiliki Arasy (singgahsana) yg agung . [9:129]

AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI *nanges laju laju

... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir .

:: fikiranku bukanlah sempit . akan tetapi demi memikirkan masa hadapan yg lebih panjang buatkan aku sentiasa berfikir ::

Allah tak memerlukan kita , tetapi kita memerlukan Allah . Jangan sesekali 
menjarakkan diri dari Allah , da3iman ma3 Quran