Feb 12, 2015

Kecantikan Kehidupan

Allah ..

Cantik sungguh hidup yang Engkau atur

Indah sungguh perjalanan yang Engkau atur

Kerana akhir Engkau mahu manusia kembali pada Engkau

Bukan hanya pergantungan yang rapuh , pergantungan yg terayun ibarat abu ditolak angin

Satu masa Engkau datangkan kesedihan yang teramat sehinggakan perkara kecil diambil kira . 

Sehingga bagai tiada jalan penyelesaian langsung .

Kemudiaan Engkau hadirkan pulak kegembiraan yang melonjak lonjak hingga gembira itu tidak 
terungkap . Hanya terkongkong di hati akibat bahagianya hati itu .

Engkau mahu kami .. Manusia .. Kembali pada Engkau saat susah mahu pon senang

Sedih mahu pon Gembira .

Sedih bersujud meratap

Gembira bersujud mensyukuri

[Alhamdulillah]

Moga aku terus kuat dan bersyukur . Bersyukur bukan di mulut tapi amal


Jan 20, 2015

Masa

hari ni tibe tibe kena tipu dengan masa .

tengok jam di laptop menunjukkan 2.45petang punya lah kelam kabut sebabnya dah asar dan tak masak lagi .

terus menuju ke dapur dan masak . 

Masak = Settled !

disebabkan phone dah mati tak ade battery pergi lah charge dan on Tapii pelik bile jam di phone menunjukkan 11.50tengahhari dan azan berkumandang .

ingatkan baru azan asar .

tanya sahabat jam berapa sebenarnye . dia kata 11.50tengahhari dan memang aku ketawa lah .

aku kena tipu dengan MASA

tak pasal pasal masak awal . alhamdulillah rezeki housemate dapat makan awal .

............................................................................................

something yang menucuk di hati bila aku perasan aku tersalah melihat jam .

rasa seperti ada perkara yang Allah nak bagi berkaitan masa .

nak katenye masa yang dah pergi tak kan kembali . dan bila mula mula aku ingat jam 2.45petang , hati terdetik menyesal kerana banyak lagi bab yang belum dibaca untuk exam esok .

dan habis memasak satu hadiah dari Allah memutarkan jam ke belakang kembali buat aku untuk aku sedar masa itu berharga dan harus dihargai .  

.........................................................................................

Mula melangkah kembali mencari setelah lama terperosok ke hujung 

Dengan Izin Allah . Bismillah :)

Terima Kasih Allah 



#aku rindu