Dec 31, 2013

Aku Rindu

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan, 
bukan sekadar sambilan apalagi hiburan…

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban 
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan…

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, 
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan…

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, 
bukan keraguan apalagi kecurigaan…

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini…

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba
manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian…

Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas…

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah…

Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan…

Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya…

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya…

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya…

Aku rindu zaman itu…

Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami…

Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini…

-KH Rahmat Abdullah-


Janji


" Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan : "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepada kamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadap kamu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu, lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolong kamu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih. "
14:22

siapa lagi yang akan menghasut kita jika bukan syaitan

siapa lagi yang akan memperdaya kita jika bukan syaitan

siapa lagi yang mahu menabur janji manis jika bukan syaitan

.....................................................

Tarbiyah Dzatiyyah . tarbiyah diri sendiri . tarbiyah yang diterapkan .

tidak selamanya kita punya ibu bapa

tidak selamanya kita punya murabbi

tidak selamanya kita punya sahabat

tidak selamanya kita punya manusia

tetapi Allah itu sentiasa ada, Dia lah murabbi Agung kita .

tarbiyah dzatiyyah adalah tarbiyah yang dibina dengan amalan . dengan menjaga amalan . dengan istiqamahkan nya . dengan mujahadahnya .


Feqh Futur

Sabda Rasulullah s.a.w:

“إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك”
-رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما-


“Sesungguhnya bagi setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia telah binasa” 
(HR Ahmad dan Ibn Hibban dalam kitab sohih mereka) 

Kita ibaratkanlah kehidupan kita seperti nat pada sebuah roda keretapi.
Nat tersebut adalah diri kita dan roda tersebut adalah garis masa perjalanan hidup kita.
Ada masanya nat tersebut berada di atas, dan pada masa yang lain ia berada di bawah. Namun, nat tersebut tetap teguh pada roda keretapi dan roda keretapi tersebut tetap di atas landasan keretapi.
Inilah fiqh yang difahami dari hadis Nabi s.a.w tersebut, iaitu walau apapun yang terjadi dalam diri dan kehidupan, kita tetap akan meneguhkan diri dan hati kita di atas landasan (sunnah) Rasulullah s.a.w.

Berikut merupakan 25 tanda, 10 sebab,15 cara pencegahan dan 10 bahan bacaan cadangan untuk menghadapi futur atau yang saya simpulkan sebagai FIQH FUTUR.

i) Tanda-tanda:

1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental
2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan
3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk dilihat orang)
4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah
5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan
6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan untuk mengelakkan dipersoalkan
7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu
8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman sosial dan tidur
9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti rezeki, takdir dan musibah
10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat
11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak mahu menginfakkannya untuk dakwah
12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan untuk dakwah
13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik
14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah
15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng kelas formal
16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan keagamaan
17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah dan dakwah
18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar memaafkan
19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada orang lain tanpa sebab yang munasabah
20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah dakwah dan pembangunan ummah
21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku kesalahan
22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa
23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami
24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi tahajjud
25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas dakwah dan amal islami

ii) Sebab-sebab:

1) Kurang memberi perhatian kepada hubungan dengan Allah
2) Berterusan melakukan dosa kecil tanpa ada kesedaran untuk bertaubat
3) Kurang memberi perhatian terhadap tarbiah ruhiyah dan zatiyah (diri sendiri)
4) Kurang berdoa dan memohon kekuatan dari Allah
5) Selesa dengan persekitaran dan rakan-rakan yang tidak meningkatkan iman
6) Sering bertangguh-tangguh melakukan kebaikan
7) Tidak meletakkan target dan perancangan untuk dakwah dan kehidupan
8) Perasan diri sudah sempurna dan baik (membandingkan diri dengan golongan yang lemah iman)
9) Memendam masalah dan rasa tak puas hati tanpa usaha untuk melakukan pembaikan, perbincangan dan penjelasan
10) Kurang membaca dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah

iii) Cara pencegahan:

1) Ikhlaskan hati dan sentiasa lakukan muhasabah serta tajdid niat
2) Menjaga ibadah fardhu dengan baik dan melazimi solat berjemaah di masjid
3) Sentiasa berusaha untuk meningkatkan amal-amal sunat
4) Banyakkan membaca dan memahami tafsir Quran, hafazan dan tidak mengabaikan tadabbur (manfaat dari kefahaman tafsir)
5) Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah
6) Usaha untuk tingkatkan pembacaan dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah
7) Rapatkan diri dengan sunnah-sunnah Rasulullah, cuba untuk menghafal hadis dan menghadiri majlis ilmu
8) Sentiasa ingat mati (contohnya menziarahi kubur)
9) Sentiasa berfikir dan merenung kebesaran Allah
10) Bersahabat dengan orang-orang soleh dan meminta nasihat dari mereka
11) Sentiasa bertaubat
12) Melakukan rehlah (bersiar-siar) ke tempat-tempat yang boleh diambil pengajaran
13) Mendengar ceramah/tazkirah dari radio, youtube dan sebagainya
14) Kerap menziarahi rakan-rakan yangber sama-sama melakukan dakwah
15) Membaca buku-buku berkaitan tarbiah rohani, penyakit hati dan hasutan syaitan

iv) Buku-buku cadangan:

1) Tafsir fi zilal Quran, Sayyid Qutb
2) Riyadhussolihin, Imam Nawawi
3) Sohih Targhib wa Tarhib, Syeikh Nasiruddin Al-Albani
4) Tahzib Madarij Salikin, Syeikh Abdul Mun’im Soleh Al-Izzi
5) Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibn Qayyim
6) Talbis Iblis, Ibn Jauzi
7) Ihya’ Ulumuddin, Al-Ghazali
8) Tarbiyatuna ruhiyyah dan Tazkiyatunnafs, Syeikh Said Hawwa
9) Khittah Barraqah li zinnafs tawaqquh, Syeikh Solah al-Kholidi
10) Buku-buku sirah, sejarah dan tamadun umat Islam, terutama sekali tulisan-tulisan para ilmuwan kontemporari dalam bidang sejarah seperti Dr Imaduddin Khalil, Dr Ali as-Solabi dan Dr Raghib as-Sirjani

Semoga Allah s.w.t beri kekuatan kepada kita untuk terus melakukan peningkatan iman, akhlak, ilmu dan kecergasan tubuh badan.

Wallahu A’lam.

c/p : UA

Dec 26, 2013

Aku Kan Manusia

Manusia .

Siapa?

Aku lah. dan kamu. Iaitu kita.

Tapi kenape?

Kerana kita abid dan khalifahNya.

.............................................

aku manusia.

manusia yang sering menitiskan air mata

manusia yang saat futurnya lebih banyak dari saat hammasahnya

manusia yang kuat ketawanya

manusia yang ada kala ingin bersendirian

manusia yang kurang pandai menjaga hati orang lain

manusia yang kurang , kurang banyak perkara

tetapi itu adalah kerana 'aku kan manusia'


" Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " 76:2

teruskan berjalan



Tangan kanan menggenggam AlQuran
Tangan kiri membelek AsSunnah
Berjalan di landasan Tarbiyah
Membuat kerja Dakwah
Dihiasi bunga bunga berduri

Hujung sana , penghujung jalan ada Surga

" Sesungguhnya bagi orang yg bertakwa (disediakan) 
syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya " 68:34


" Dialah yang menjadikan matahari yang bersinar bulan yang bercahaya dan ditetapkannya manzilah-manzilah (tempat tempat bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda tanda kebesaranNya kepada orang yang mengetahui. " 10:5

...................................................................

suruh aku pergi dulu ? 

memang tidak akan.

akan ku tunggu. walau susah mana engkau bangun.

walau susah mana engkau tinggalkan dia.

aku bantu semampuku.

InsyaAllah ^^

Dec 18, 2013

Kau Pemilik Cinta

Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku 
Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati

Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi
(uhhhh....)

Oh pemilik hati

Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku 
Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...

Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...

Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu




Dec 12, 2013

Ukhuwah

Yakin lah Allah sentiasa ada.
Yakin lah keluarga sentiasa ada.
Yakin lah ukhty sentiasa ada.
Yakin lah sahabat sentiasa ada.
Yakin lah adek sentiasa ada.

Yang memberi kehidupan.
Yang mencorak lukisan.
Yang adakala menjatuhkan buah atau membaling batu.

Tetapi ruh ruh itu saling tertaut kerana berpaksikan Allah.
Kerana Tarbiyah itu manis walau ada pahitnya.
Kerana kesyumulan Islam itu.
Kerana wasilah wasilah itu.

" Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui "   2:151

Dec 11, 2013

Jujur

Jujur tu adalah benar .. Kebenaran ..

Kalau lah aku mampu berkata kata. Mengatakan apa yg aku rasa. Mengatakan apa yg sedang berlaku sekarang. Mengatakan apa yg aku nak kata.

Itu hanya KALAU.

Hakikatnya , tak terluah pon apa yg hati kata melainkan hanya keterbelitan lidah. Kesalahfahaman kata kata saat lidah mula berkias. Saat lidah mula mengeluarkan majaz.

*berdiri di tengah tengah, disuluh lampu besar, sekeliling berdindingkan putih tiada warna warni, manusia berjalan dengan pantas, waktu berlari*


Dec 8, 2013

Thiqah

Thiqah? Apa tu?

Kepercayaan ..

Kenapa dengan thiqah?

Dengan thiqah lah buatkan kita bole ikut apa saja yg disuruh.

Thiqah lah dengan Allah, thiqah lah dengan Tarbiyah dari Allah .

Kenapa mudah sangat untuk kita takut kehilangan seseorang?

Teruskan bertawakkal kerana Allah yg menghadirkan insan itu dan Allah jua lah yg menarik kembali insan itu dari kita. Allah jua yg mencampakkan rasa sayang antara satu lain.

وعلى الله فليتوكل المؤمنون

Ketakutan itu perasaan a3die bagi setiap manusia. Didiklah hati dengan bergantung sepenuhnya pada Allah.

AllahuAkbar :'(

Dec 7, 2013

kerna Kau lebih tahu


" Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan "
25:23

Ikhlas . Ikhlas tu kan macam semut yang hitam , berjalan pada waktu malam yang sangat gelap gelita tu .

Tak nampak tapi berkaitan dengan hati jua . Seandainya kita melakukan pelbagai perkara tanpa hati yang ikhlas ia bole dibawa angin lalu saja . Seandainya kita berkenalan bukan kerana Allah, ukhuwah tu akan menjadi tiada. Seandainya kita sayang bukan kerana Allah, pasti bertemu bukan untuk meningkatkan keimanan .

Ikhlas susah. Malah payah. Tetapi boleh di usaha kerana aku sendiri lemah . 

Hati yang ikhlas akan saling bertemu , akan saling tertaut hati mereka kerana Allah .

Ukhuwah kerana Allah itu apabila landasnya adalah keimanan. Yang pahit juga mendatangkan kebahagiaan. Yang sedih juga mendatangkan kegembiraan. Saat diri kita berasa ingin menyantuninya, menyantuninya dengan perbuatan kasih sayang dan ianya selalu terjadi secara spontan.

Hakikatnya ukhuwah kerana Allah buktinya adalah ingin bersama ke Surga.

Hilal Asyraf : Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke Surga maka apa apa yang membawa ke Neraka itu bukan cinta namanya .

'matahari'


:: sayang sangat susah nak ungkap tetapi hati merasakan sayang itu ::

Dec 6, 2013

addaie

Manusia. Semua ada kepentingan masing masing. Lebih lebih lagi addaie, lebih lebih lagi addaie yg menuntut ilmu agama, lebih lebih lagi addaie penuntut ilmu agama dan pejuang agama. Lebih lebih lagilah pimpinan.. Tak dapat tidak golongan inilah yang akan diuji olehNya dengan harta pangkat dan wanita.

Diragui ada yg tergelincir dari tujuan sebenar dek kerana tak tahan ujian ujian tu.

Kita tuntut ilmu sekarang sebagai ‘peluru’ untuk mengisi senjata (dakwah) bila kita sampai kelapangan amali ilmu kita. Jadikan ilmu kita sebagai penyempurna kepada dakwah kita nanti. Supaya ia akan menjadi hujah yang kuat dihadapanNya nanti.

Yang terbaik adalah biar orang tertarik dengan akhlak dan sunnah Rasulullah yang sahih yang kita bawa.

Jadilah seorang penuntut yang sentiasa berlapang dada dan tidak syadid dalam perkara yg tak patut.. Supaya jalan dakwah kita sentiasa terbentang luas untuk sesiapa sahaja dan supaya sunnah rasulullah dapat dihayati oleh mana mana pihak berasbabkan kita..

Sentiasa menganggap orang lain lebih tahu dari kita.. mudah mudahan dengan itu Allah mengurniakan petunjuk yang benar kepada kita dan mudah mudahan Allah menambahkan kefahaman yang banyak kepada kita


Banyak banyak doa di setiap sujudmu.. allahummahdinissirootol mustaqim.. masa doa tu niat dalam hati, tunjukkan jalan yang betul dgan jalan kekasihMu ya Allah.


:: aku tahu aku tidak bole selamanya bergantung harap pada 'matahari' ku untuk menjadi penguatku, untuk menjadi pendorongku kerana aku harus yakin Allah yang mempertautkan hati hati kami. Andai suatu hari nanti sinaran tu mahu untuk pergi, akan ku lepaskan. moga kita bertemu di Surga nanti ::

matahari

الحمد لله .. اشكر نعمتك

Engkau hadirkan 'matahari' yang tak tersangka buat aku . Yang membuatkan aku belajar banyak perkara mengenai kehidupan bermula langkah aku dalam Tarbiyah ini .

Manusia lain lain . Punya banyak kisah . Yang paling penting adalah melakukan segala perkara LillahiTaala dengan merasakan Ihsan tu .


Duhai 'Matahari' , teruslah bersinar. walau bukan di langit, tetap lah di hati . Jangan biarkan hujan menghalangi sinaran tu .

Allah, Allah, Allah

:: Ukhty kata bahawa aku sudah mula memasuki pintu itu :'( ::

unpredictable

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup ni memang undipredictable! Kita tak jangka kita akan jumpa siapa dan siapa yang akan hadir dalam hidup kita. Hadirnya manusia tersebut memberi bahagia atau derita. Memberi tahi atau bunga. Memberi Islam atau sebaliknya.

Tetapi lihatlah segala galanya dengan kaca mata Tarbiyah walau hati pedih, perit, pilu dan air mata tu saban masa je bole kelua tanpa diundang.

Kerana hati yang menderita lebih sakit dari fizikal yang luka parah tetapi Allah itu Maha Tahu . Kerana Dia mahu kan kita mendapat قلب السليم tu.


Walau awan gelap menaungi bumi tetapi masih ada sinar cahaya di tengah tengah yang mana kita yakin dan pasti disebalik awan gelap itu ada nya awan cerah.


Matahari, matahari memancarkan teriknya kepada bumi supaya manusia merasakan kepanasan bersama sinar nya. masyaAllah masyaAllah , aku bukan pemuja awan juga matahari tetapi aku takjub dengan ciptaan Allah yang memang tak puas dipandang.



" Dialah yang menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? "

" Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan kecacatan dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih (kerana tenaga habis sia sia) "

Nov 22, 2013



:: mood untuk study imtihan thani , Allah semoga aku kuat ::

Nov 20, 2013

Mencari Tuhan

Tadabbur , menghayati surat surat cinta dari Allah


Ketika malam yang gelap, dia melihat sebuah bintang, lalu dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi tatkala bintang itu tenggelam, dia berkata: "Aku tidak suka kepada yang tenggelam (hilang)."


Kemudian tatkala dia melihat bulan muncul, dia berkata: "Inilah Tuhanku." Tetapi setelah bulan itu terbenam, dia berkata: "Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang yang sesat."


Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata: “Inilah Tuhanku, ini lebih besar,” maka tatkala matahari terbenam, dia berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan.”


Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang yang mempersekutukan Tuhan.

6:76-79
..................................................................................................

Nabi Ibrahim mencari Tuhannya iaitu Allah . Allah itu Maha Kekal . Dia tak tenggelam, Dia tak terbenam. tetapi Dia sentiasa ada bersama hambaNya . 

Selangkah kita jauh dari Allah, berlangkah langkah Allah menjauh dari kita . Sematkan alQuran di qalb kerna Quran adalah jiwa manusia .

mak ..


kakak said : tiap tiap hari adalah hari ibu .

Nov 7, 2013

. . . .

Betapa indahnya kehidupan orang orang beriman 
Segala yg terjadi di dalam dunia ini
Bagi mereka tiada yg merugikan
Segala nya dijadikan pelajaran.

Saat berada di atas, tiadalah berpongah diri
Karena kekayaan bukan lah utk dibanggakan
Namun disyukuri dan diberi kpd yg memerlukannya

Saat berada di bawah, tiadalah berputus asa
Karena kemiskinan bukan lah utk dicela
Namun dihiasi dgn kesabaran agar tampak indah
Dan Allah pun semakin cinta.

SubhanAllah 
Alhamdulillah
Wa Laa Ilaha Ilallah

Begitulah kehidupan orang orang yg beriman

# Maidany : Unik



Nov 2, 2013

Perjalanan hidup kan mematangkan hidup .

setahun 2 bulan, aku berada di Jordan. Jauh dari family dan menjadikan kita bergantung hanya pada sahabat tetapi adakala kita terlupa malah leka dan lalai . Hingga satu saat menjadikan sayang kita kepada sahabat lebih dari sayang kita pada Allah .

astaghfirullah .. astaghfirullah .. astaghfirullah

Allah menguji kembali. Supaya kita hanya bergantung pada Allah

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Terimalah aku seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
Tetap kubangga, atas apa yg ku punya
Setiap waktu kunikmati, anugerah hidup yg ku miliki



:: Meluah itu susah, menyimpan itu sakit. Tapi aku sayang. Moga Allah redha :: 

" Dan orang yg terdahulu, yg mula mula (masuk Islam) di kalangan orang Muhajirin dan Ansar dan orang yg mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pon redha kepada Allah. Dan Allah menyediakan bagi mereka surga surga yang mengalir sungai sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama lamanya. Itulah kemenangan yg besar "

Oct 24, 2013

hadapilah !

Walau hujan badai kan terus melanda
Walau amuk gelombang tak henti menerjang
Walau terang mencegah, walau mentari kan membakar
Jangan letih menapaki kehidupan

Ujian bagaikan terik sinar sang suria
Hadir ke dunia bersama berjuta karunia
Janganlah bertekuk lutut dalam pelukan putus asa
Janganlah bersimpuh dihadapan duka

Hadapilah segala tentangan
Sambutlah harimu dengan suka cita
Hadapilah segala ujian
Dalam kesulitan pasti ada kemudahan




:: Teruskan tersenyum kerana kita masih diberikan nyawa oleh Allah untuk hidup dan terus melaksanakan tugas kita sebagai abid dan khilafah ::

Oct 14, 2013

Zulhijjah

" Ibu, tengok tu! "

" Apa dia? Mana? "

" Ituuu, yg dalam kelompok tu. Ape tu ibu? "

" Owhh, itu kambing la adek "

" Banyaknye .. Nak buat ape tu ibu? "

" Itu untuk dikorbankan, sekarang kita dalam bulan Zulhijjah adik :) "

..........................................................................................

Apa yang ada dalam bulan Zulhijjah ?

Raya Haji ? atau manusia yg berduyun duyun menunaikan haji tanpa tahu arah tujuan, mengapa melakukan begini dan begitu ?

Ibadat Haji dilakukan pada bulan ini dan bulan ini juga merupakan bulan terakhir dalam calendar Takwin Hijrah . Hari raya korban disambut pada setiap 10Zulhijjah . Hari tasyrik iaitu hari ke11,12 dan 13 Zulhijjah diharamkan berpuasa . Bagi mereka yg sedang melakukan ibadah haji @ sedang berwukuf di Arafah, hari ke9 Zulhijjah juga diharamkan berpuasa namun bagi yg bukan dalam ihram, disunatkan berpuasa pada hari wukuf.

Betapa bezanya Raya Haji di Jordan dan di Malaysia . suasana yg sangat meriah . tahun lepas aku merasakan ia hanya biase biase tetapi tahun ni bile kite sudah keluar ke masyarakat, keterasaan nya menghampiri .

Mall penuh dengan manusia yg mula melakukan persiapan . Ingat mengingati antara satu sama lain akan amalan amalan Zulhijjah . Ifthor Ifthor .

Korban dilakukan untuk memperingati peristiwa Nabi Ismail perlu disembelih oleh Nabi Ibrahim atas ketaatannya kepada Allah . Tetapi Allah maha mengetahui hati hambaNya dan digantikan dengan Kibas . maka terselamatlah Nabi Ismail .


" Dan bagi tiap-tiap umat, telah Kami syariatkan penyembelihan (korban) supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yg tunduk patuh (kepada Allah) "
22:34

Sep 27, 2013

pemuda singa

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
" Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk "
18:13

فتية adalah jama' bagi فات kan yang bermaksud ramai pemuda.

pemuda yang ape?

pemuda yang mempunyai rukun pemuda la.

apa pulak rukun pemuda ni?

yakni mempunyai ciri ciri

  • Beriman
  • Ikhlas
  • Ber hammasah
  • Beramal
Sultan Muhammad al-Fateh .. Thariq bin Ziyad .. Masa muda mereka untuk Islam .. Mereka ibarat singa yg mengganas di medan juang, medan dakwi, medan jihad

Kita ?? muhasabah diri balik

Takkan kita hanya ingin menjadi kijang yang berlari riang di rimba nan indah berbanding singa yang mengaum ganas di hutan penuh ngeri


kini aku kembali lagi . kembali ke bumi Jordan .

bumi aku mengenal Tarbiyah
bumi aku belajar berdikari
bumi aku merindui keluarga ku tiap masa
bumi aku mengenal sahabat seperjuangan ku
bumi aku belajar memahami
juga bumi aku belajar erti perasaan

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
" Berangkat lah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui " 
9:41


Allah, permudahkan urusan ku dan thabatkan hatiku pada agama Mu 

" Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu "

Sep 10, 2013

mengharap tapi tak melakukan

Adakah dengan uwang yang sedikit kita mengharapkan gadjet yang canggih canggih ?

Adakah dengan bantuan kita yang tak seberape terhadap ibu bapa kita, kita mengharapkan mereka membelikan kita sebuah kereta BMW ?

Adakah dengan kata kata kita yg suka menyakitkan hati orang lain, kita mengharapkan mereka menyanjung kita tinggi sampai langit ?

Adakah dengan sikap malas nak baca buku, kita mengharapkan muaddal MUMTAZ ?

Adakah dengan bangun pagi pada jam mencecah 12 tengahhari, kita mengharapkan suami yg soleh ?

PASTI TIDAK BUKAN ..

sama juga seperti mana bila ibadah kita yg sedikit malah kadang kadang solat yg kurang khusyuknya, quran yg dibaca selang seminggu tapi kita yakin kita masuk syurga yang tertinggi .

astaghfirullah .. astaghfirullah .. astaghfirullah

Ya Allah ! sangat lah besar nikmat Mu. Kita bole nampak daratan dan awan sekali bila mana kita di atas :D


Perahu

" tak de semangat lah nak balik, ce kome bagi semangat sikit "

" tunggu sekejap .. nah, tengok gamba ni "


" hmm, rasa macam perahu yg terumbang-ambing sangat. sorang sorang dekat laut yg dalam malah luas. dah la enjin rosak, kemudi patah. kain layar pon koyak. nak gerak ke dasar macam mana? "

" kami kan ade , nnt kami datang ramai ramai tolong "

" bot penyelamat ade tak? hehe "

" kita buat kerja sama sama "

APA YANG PENTING .. KERJASAMA !

Aug 30, 2013

Mood : Sedih nak tinggalkan Malaysia

Emosi manusia selalu tak stabil . eh, ke aku sorang je ?

Walaupon ade lgi 2 minggu nak balik tapi waktu tu kan cepat je berlalu. pejam celik pejam celik dah 17hb. tak perlu pejam, celik celik pon sampai jugak 17hb. *masa itu pendek bagi yg tak pandai menggunakan dengan sebaiknya*


Kakak yg dah 25Tahun pon akan start moody bile nak balik Temerloh. Muiz yg form1 asrama pon akhir akhir waktu nak balik asrama tu mula la saket perut dan pelbagai. Memang kami semua mcm tu agaknye. Alangkah untungnyaa kakak dapat balik tiap tiap bulan :'(

Tapi apa yg Allah dah atur itu, itulah yg terbaik dan aku melanjutkan pelajaran ke Jordan itu lah terbaik :)

keep smiling
:: Allah ade untuk menjaga mereka :: Mesir makin teruk, penuntut dari Malaysia telah diberi ticket balik free, Jangan tinggal Qunut Nazilah kita *_^

Aug 22, 2013

bersyukur membawa bahagia


ade rase bersyukur tak dalam diri bila kita sempurna ??

ada keluarga ..
cukup anggota badan ..
ada harta ..
mampu belajar jauh ..
merasai apa itu Tarbiyah ..

banyak lagi nikmat Allah beri yg memang tak kan habis untuk ditulis dan di fikir . sedangkan masalah pon nikmat sbb kita sentiasa ingat Allah .

Angah dapat Tablet , diri masih handphone lama . Tapi apa nak kesah??

bersyukur bersyukur bersyukur !

Fikirlah orang lain yg lebih kurang dari kita. Yang hanya tinggal di flat. Gaji ibu bapa yg tidak seberapa yg hanya cukup cukup makan buat sekeluarga.

Mak pesan "Jangan pernah berkira untuk bersedekah walau duet di tangan kita sedikit"

............................................................................


Terdengar nasyed ni di radio , sayu rasa . teringinnya nak pergi umrah dari Jordan . Ya Allah, semoga aku masih berpeluang untuk menjejakkan kaki di sana menunaikan Haji :'(

.................................................................................

Banyak perkara mak pesan :

  • Bila kita berjalan sentiasa gunakan laluan kiri supaya tak halang laluan org lain.
  • Bertoleransi lah ketika memandu.
  • Sentiasa selawat, istighfar supaya mudah urusan di mana pon. Kita ni mudah leka, lalai. Kan Allah yg utama.

:: Rindu Jordan tapi hati masih nak duduk Malaysia ::

Aug 15, 2013

Tarbiyah tak pernah putus .

Sebenarnya

Walau ke mana kita pergi

Hanya kita sendiri yg menjadikan tarbiyah itu putus atau tidak

Seandainya itu bukanlah tempat kita, tarbiyah dzatiyah menjadi teman

..................................................................................

Malaysia :)

Jauh mana kita merantau, mengembara, mencari ilmu. Malaysia tetap di hati .

Sungai Manik Parit 3B

Alhamdulillah raya ni dapat balik Malaysia. kononnya tak mau balik la itu la ini la, tengok tengok balik jugak. balik balik demam pulak. batuk selesama tak pernah jauh dari diri. murabbi kata pertukaran cuaca. pelik jugak. sebelum ni duduk malaysia jugak -.-' okay aje.

Bila kebiasaan seminggu sekali berbulatan gembira, tapi sekarang 3 minggu pon tak dapat sekali . diri macam terumbang-ambing. nak tegak tapi masih longlai. tak kuat macam mereka. usaha yang tak kuat memang tak kan berjaya tauu !

8 August 2013 : Raya !!

Apakah makna raya ? Bulan Islam bertukar dari Ramadhan ke Syawal kah ?

Ia adalah kemenangan . kemenangan bagi mereka mereka yg berjaya melawan hawa nafsu dan menutup segala ruang juga rongga yg mana syaitan dapat masuk untuk menghasut kita .

Kita berjaya tak ? Puas tak dengan kemenangan kita ? Adakah Ramadhan kali ini betul betul lebih baik daripada sebelum ini ? Adakah Ramadhan akan datang kita dapat jumpe lgi ? Mampu tak ni nak lawan syaitan dalan 11 bulan kemudian ni ?

Jawab dalam hati .. Muhasabah balik .. Stabilkan dan tingkat kan iman kita :)

Syawal ini syawal pertama tanpa atuk sebelah mak dan tanpa nenek sebelah ayah . Malam takbir raya kami ber tahlil . Sayu rasa . Rasa macam atuk tak pergi mana pon , ade je tapi sebenarnye atuk dah pergi buat selamanya . Semoga kita berjumpa di sorga nanti .

raya Dua Kosong Satu Tiga
Raya ke 7 , first time aku kelua beraya dengan kawan . dan aku baru sedar aku baru terkeluar dari dunia aku, aku nampak kehidupan masyarakat yg lain . yg tiba tiba aku jadi sentap . kita hidup ni bermasyarakat. bukanlah hidup seorang . sentiasa cakna dengan orang lain, bukanlah fikir diri sendiri . Ragam manusia pelbagai,

Daie perlu dan harus menghadapi ragam manusia untuk menyebarkan keindahan Islam yg syumul tu :D

btw, syukran jiddan dhauah drive kan.


:: Pray For Egypt . Mata manusia kadang kadang buta untuk menilai yg mana benar ::

Jul 22, 2013

" Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertakwa "
[43:67]

Aqilah Firuz = Eqi

sejak akhir akhir ni dalam sebulan gak la, makin ramai selalu panggil aku Eqi . kadang kadang aku rase aku dah salah muka ke ? sampaikan bile someone memanggil aku akan cakap dulu 'ni mucid lah' .

hehe, by the way. dapat la jugak merasa ade kembar. best (Y)

Tetibe aku terfikir, jangan sampai bile balik sat lgi kami tersalah balik . hehe . 

Ya Allah, sampaikan lah aku kepada Malaysia. amiin

p/s : Wahai Aqilah Firuz, jaga diri baik baik. inilah Tarbiyah yg Allah sedang beri dan ingatlah proses Tarbiyah bukanlah sekejap tetapi panjang dan lama kan .

       Wahai Farhan Najwa, akan kita bertemu di Malaysia bg meneruskan perjuangan DnT , berpadu mencari cari supaya Mafraq lebih bertebaran sayap sayap nya . insyaAllah :D




Jul 20, 2013

اخلاص

Ikhlas mmg mudah diungkap : 'aku ikhlas ni nak bagi sebijik iPhone, hambek la'

nah .. nah ..
Tapi sebenarnya ikhlas ibarat semut hitam di dalam kegelapan, gelap gelita sangat sangat. kita tak nampak kan semut tu ? itulah ikhlas :)

Macam mana kita nak tahu kita ikhlas tak buat something tu ?

Bila mana kita tenang buatnya. kita bole senyum dan kita nak buat lagi sesuatu kebajikan tu. Contohnya tatkala kita infakkan harta tanpa memikirkan apakah harta yg tinggal buat kita. 


TETAPI . bila kita buat something dan kita sedar yg kita sedang tak ikhlas, dengan hati merungut rungut nya. kita berusaha dengan istighfar balik sbb kita tahu itu tak ikhlas. Bersyukurlah! kerana Allah menghadirkan perasaan yg kita tahu itu adalah tak ikhlas dan Allah sedang tarbiyah kita supaya menjadi lebih ikhlas .

:: Allah sangatlah baik kepada hambaNya, cuma kita. Adakah kita menjadi hamba yg bersyukur?? ::

Bersyukur memberi makna positif terhadap masa lalu, membawa ketenangan untuk hari ini dan menciptakan visi untuk masa depan

Adakah Ramadhan merupakan Tabuk kita ?

perang Tabuk .
  • Perang yg paling payah dengan cuaca yg panas terik . dan terpaksa meninggalkan tanaman yg sedang masak ranum .
" Kalaulah apa yg kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yg mudah diperolehi dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: 'Jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-samamu.' Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar benar orang yg berdusta. "
9:42
  • Perang dengan orang Rom .
  • Ada beberapa sahabat yg tidak ikut serta perang .
  • Akhirnya sebenarnya perang tidak jadi pon .
Terdapat 4 golongan dlm perang Tabuk ini :
  1. Golongan yg meminta izin utk tak pergi berjihad dan merasa gembira dgn tindakannya itu [9:81]
  2. Golongan yg bertangguh-tangguh utk pergi sehingga akhirnya tertinggal drpd mengikuti peperangan dan dihukum pulau selama 50 hari [9:118]
  3. Golongan yg sedih dan menangis kerana tak dapat ikut Nabi Muhammad dlm perang Tabuk [9:92]
  4. Golongan yg asalnya bertangguh utk pergi berjihad tetapi kemudian sedar dan tanpa berlengah terus menyertai Nabi Muhammad di tengah jalan .
DAN apakah yg ingin Allah tarbiyah dari perang Tabuk ini ? Allah ingin menguji di saat kita penuh nikmat dan susah dengan panas terik, adakah kita tetap ingin menyahut seruan Allah itu ?

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman, dan mereka tak diuji "
29:2

Kaitannya dengan Ramadhan adalah bulan ramadhan merupakan imuniti yakni pertahanan buat 11 bulan yg akan datang supaya syaitan tak dpt masuk ke dlm lobang lobang yg mana mereka bole menghasut kita . dan dlm bulan ramadhan ni juga kita dpt sedar kan banyak juga kejahatan mahupon jahiliyah yg suda kita buat walaupon tak ada syaitan . ini bermakna kita suda kalah dengan nafsu sendiri .

Nafsu ibarat anak kepada syaitan yg telah dididik selama 11 bulan hanya untuk menjatuhkan kita dlm masa sebulan . masyaAllah dahsyat !! seandainya kita jatuh, lemah, tenggelam dlm nafsu . Bagaimana pula kita nak lawan syaitan nnt ??

ini lah gunanya Imuniti (pertahanan) .

Jadikan Ramadhan kita Tabuk kita .

Bagaimana Mutabaah Amal ? meningkat tak ;) ? Jangan lupa ini adalah fasa kedua Ramdhan iaitu fasa keampunan. raih lah keampunan dari Allah kerana Allah itu Maha Pengampun :D

:: Allah menciptakan insan di sekeliling kita sebagai ujian dan Tarbiyah ::

Tips ;)


Jul 16, 2013

شورى

Mujtama' Islami mengambil syura dalam setiap urusan yg kecil mahupon besar [Tanzim Usrah]

"وأمرهم شورى بينهم" 
42:38

Dari sudut istilah ia adalah Kajian antara sebahagian dengan sebahagian yg lain dalam mengeluarkan pandangan yg paling betul .

Syura sangat penting. Dalam syura juga kita bole berbncang dan mengeluarkan segala perasaan tak puas hati dan semua orang pd tika itu mencuba untuk berlapang dada . Segala perasaan syak juga buruk sangka juga dapat dirungkaikan .


Hurm, tapi ade satu perkara yg sangat susah untuk aku syura kan .

Jul 7, 2013

Maksiat itu indah pada pandangan Iblis Durjana

Iblis berkata: "Ya Tuhanku! oleh sebab Engkau
 telah memutuskan bahawa aku sesat,
aku pasti akan menjadikan mereka memandang baik
(perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku 
akan menyesatkan mereka semuanya. [15:39]

Menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) . kita selalu menganggap apa yg kita buat itu betul, padahal salah di sisi Allah dan kadang kadang kita selalu beralasan .

contoh satu : kita tengah bercerita pasal someone . ada 2 kategori , 1) apabila apa yg kita katakan mengenai seseorang itu salah, itu adalah fitnah. 2) apabila apa yg kita katakan mengenai seseorang itu betul, itu adalah mengumpat . Mengumpat diibaratkan juga kita makan daging saudara kita sendiri . Jijik kan :(
tapi kita selalu beralasan , 'ehh, aku cite je. tak ngumpat ponn' .

lumrah manusia untuk bercerita dan sangat susah untuk pendam . kita boleh bercerita tetapi jangan lah menyebut nama si polan itu si polan ini .

contoh dua : muamalah baina syabab wa akhowat atau kata nama lainnya adalah ikhtilat . muamalah atas dasar apa apa pon . kita beralasan tatkala mempunyai kerja 'ahh, mesej kejap je, ada hal pasal program ni' . tapi lama lama dah bertukar tajuk . kadang kadang bila someone menegur . si ditegur pasti serba salah samaada ingin menjawab atau tidak kerana takut dikatakan syadid . apalah sangat dikatakan syadid oleh si penegur berbanding dgn apa yg kita bole jawab di akhirat kelak . Ya Allah ! Ya Allah !

Iblis mula mengkaburkan pandangan kita dgn menjadikan kita memandang baik perkara maksiat itu .

Kita semua ade tersalah langkah, kita hanyalah manusia biasa yg sentiasa lupa . tapi Allah Maha Pengampun yg sentiasa membuka pintu taubatNya bg org yg ikhlas :)

Kecuali hamba hamba
yg mukhlis di kalangan mereka [15:40]

:: road to Ramadhan Kareem dan imtihan thani Tanzim Usrah . Allah, permudahkan aku . InsyaAllah ::

p/s: jangan lupa letakkan target ape yg kita nak capai Ramadhan ni . Tingkatkan mutabaah amal . Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yg lepas lepas ^_^

AllahuAkbar!!

Jul 5, 2013

Demi Cinta Zainab

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah 
Di antara hukum dan di antara cinta 
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya 
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah 
Ketika suamimu masih jahiliyah
Hijrah mu tertahan engkau keseorangan 
Memelihara iman ditengah kekufuran 
Takdir menentukannya suami mu tertawan 
Di medan Badar yang sangat menggetirkan 
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan 
Sebagai penebus suami tersayang 
Menitis airmata Rasul melihatnya 
Melihat si Khadijah seolah berbicara 
Ya....Binta Rasulallah
Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya 
Namun perintah Allah memisahkan keduanya 
Bahang panasnya gurun 
menusuk hingga ke sukma 
Zainab mulakan hijrah 
yang ditangguh demi cinta 
Tika perjalanannya unta dibunuh 
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi Cinta