Manusia. Semua ada kepentingan masing masing. Lebih lebih
lagi addaie, lebih lebih lagi addaie yg menuntut ilmu agama, lebih lebih lagi
addaie penuntut ilmu agama dan pejuang agama. Lebih lebih lagilah pimpinan.. Tak dapat tidak golongan inilah yang akan diuji olehNya dengan harta pangkat
dan wanita.
Diragui ada yg tergelincir dari tujuan sebenar dek kerana
tak tahan ujian ujian tu.
Kita tuntut ilmu sekarang sebagai ‘peluru’ untuk mengisi
senjata (dakwah) bila kita sampai kelapangan amali ilmu kita. Jadikan ilmu kita
sebagai penyempurna kepada dakwah kita nanti. Supaya ia akan menjadi hujah yang
kuat dihadapanNya nanti.
Yang terbaik adalah biar orang tertarik dengan akhlak dan sunnah
Rasulullah yang sahih yang kita bawa.
Jadilah seorang penuntut yang sentiasa berlapang dada dan
tidak syadid dalam perkara yg tak patut.. Supaya jalan dakwah kita sentiasa
terbentang luas untuk sesiapa sahaja dan supaya sunnah rasulullah dapat
dihayati oleh mana mana pihak berasbabkan kita..
Sentiasa menganggap orang lain lebih tahu dari kita..
mudah mudahan dengan itu Allah mengurniakan petunjuk yang benar kepada kita dan
mudah mudahan Allah menambahkan kefahaman yang banyak kepada kita
Banyak banyak doa di setiap sujudmu..
allahummahdinissirootol mustaqim.. masa doa tu niat dalam hati, tunjukkan jalan yang betul dgan jalan kekasihMu ya Allah.
:: aku tahu aku tidak bole selamanya bergantung harap pada 'matahari' ku untuk menjadi penguatku, untuk menjadi pendorongku kerana aku harus yakin Allah yang mempertautkan hati hati kami. Andai suatu hari nanti sinaran tu mahu untuk pergi, akan ku lepaskan. moga kita bertemu di Surga nanti ::
