" Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan "
25:23
Ikhlas . Ikhlas tu kan macam semut yang hitam , berjalan pada waktu malam yang sangat gelap gelita tu .
Tak nampak tapi berkaitan dengan hati jua . Seandainya kita melakukan pelbagai perkara tanpa hati yang ikhlas ia bole dibawa angin lalu saja . Seandainya kita berkenalan bukan kerana Allah, ukhuwah tu akan menjadi tiada. Seandainya kita sayang bukan kerana Allah, pasti bertemu bukan untuk meningkatkan keimanan .
Ikhlas susah. Malah payah. Tetapi boleh di usaha kerana aku sendiri lemah .
Hati yang ikhlas akan saling bertemu , akan saling tertaut hati mereka kerana Allah .
Ukhuwah kerana Allah itu apabila landasnya adalah keimanan. Yang pahit juga mendatangkan kebahagiaan. Yang sedih juga mendatangkan kegembiraan. Saat diri kita berasa ingin menyantuninya, menyantuninya dengan perbuatan kasih sayang dan ianya selalu terjadi secara spontan.
Hakikatnya ukhuwah kerana Allah buktinya adalah ingin bersama ke Surga.
Hilal Asyraf : Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke Surga maka apa apa yang membawa ke Neraka itu bukan cinta namanya .
![]() |
| 'matahari' |
:: sayang sangat susah nak ungkap tetapi hati merasakan sayang itu ::

