Setelah kian lama hati melonjak-lonjak ke mu'tah yg x tercapai tu . haha gelak tutup mulut please . tanggal 13 Jan 2013 jd sejarah bajetlah minah ni . Kami bertiga mula la bergerak dgn berani nya seawal jam 9.15pg . Mmg sgt berani . Dah la akhowat . xde murakkib plak tu . tp xpe . Allah ade . Perjalanan yg sgt jauh mengambil masa separuh hari . Lama kan kan . Dengan pengetahuan kurang x lengkap مثقف الفكر . Kami mula mengembara قادرا على كسب . Mula mula 'merangkak' la mencari bas irbid-amman . Sampei kat amman kami dah mula 'bertatih' dari bab janubi ke syimali . Naik la coaster dlm 20 min . Jauh gak kan . Disebabkan bas ke mu'tah xde kat bab janubi . Tu yg kami ke bab syimali tu . Dah la hari Ahad . Hari dimana start keje , mmg jammed la jalan ! Sesampainya kami ke bab syimali kami 'berjalan' mencari ke mu'tah . Alhamdulillah setinggi2 syukur ke hadrat Illahi yg memberikan nikmat kepada hamba2Nya . Di mu'tah kami suda mampu 'berlari' di atas salji salji yg mencair jumpe kawan yg sama negeri . PERAK YG KU CINTA .
![]() |
| bendera PERAK |
| salji yg mula mencair |
"Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi.. Kota ini juga merupakan bandar bertembok sebagaimana yang dinyatakan dalam Bible malah turut tertera dalam Peta Mozek Madaba..1142 M , Lord Pagan – Butler telah memindahkan ibu pejabatnya dari Shobak ( Montreal ) ke sini di samping sebuah istana dan penggantinya pula menambah parit dan menara di sini..Kedudukan dan keutuhannya menjadikan Istana Karak ini sebagai kubu pertahanan sisi Timur bagi Kerajaan Latin..Istana ini dikelilingi tebing batuan dari tiga kedudukan..
Pada 1161 M kota ini dikuasai oleh Reynald Chatillon yang digelar Gajah Masihi dan telah berkahwin dengan Etuenette de Milly..Chatillon dikenali kerana kekejamannya dan dia juga telah memimpin tentera mengalahkan Solahuddin al-Ayubi di Montgisart pada 1177 M seterusnya sering menyerang pedagang Arab yang berlabuh di Laut Merah di samping membina bot-bot yang dihantar ke Aqabah..Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan..Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka..
Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya..Kurun ke-13 dan 14 menyaksikan betapa kota tersebut dikemaskini dan diperindahkan struktur dalamannya di bawah pemerintahan Islam..Sultan Baibars telah bertanggungjawab dalam memperdalam parit kota di samping membina monumen di bahagian selatan dan menara bulat dengan simbol singa di tembok timur bandar kota tersebut..Namun gempa bumi pada 1293 M telah memusnahkan kebanyakan besar bahagian kota tersebut.."
Sumber : Internet
![]() |
| pintu masuk |
![]() |
| gemuknye eqi ! haha |
15hb ke Mazar, Karak pulok di mana terletaknya makam sahabat Nabi .
![]() |
| Makam Ja'afar bin Abi Thalib atau digelar Ja'far at-Thoyyar (yang memiliki dua sayap) |
Makam Zaid bin Harithah.jpg)






