صدق الله العظيم
ustazah tutup buku . kami tutup buku . suasana mula bising . masing masing mula mengemas nak pulang . aku diam di tempat ku sampailah kedengaran satu suara
Mucid ! Jom balik .
Semayang dulu nak before balik ? rumah tak de air lah .
Iye ke ? oke .
..........................................................................
kami ralit bersembang , musyarakah mcm mcm hal . dalam pd tu , mata ku meliar dan aku terpandang seorang pak cik ni . dia pegang kunci kereta . dia melepasi kami dan kami pasti lah buat tak tahu saja sampai satu saat tu . . . . .
aku terasa bagai ditolak ke hadapan dan serentak tu aku terjerit , Eqi !!
dunia bagai terhenti dan aku sendiri tak faham ape yg berlaku time tu . aku kaku sampai Eqi mula bersuara
kereta tu tak nampak ke kita kat belakng ni ? main gostand je .
alhamdulillah kita tak dilenyek :'(
aku sayang ko . sbb tu aku tarik ko .
dlm hati, aku mula rase sedih, terharu. perkataan sayang tu ada erti. perkataan sayang tu buat aku sentap. perkataan sayang tu akan aku simpan ia dalam dalam . bukan sayang kekasih pd kekasih tetapi sayang sahabat kpd sahabat kerana Allah .
Word for U :
Bila awak sedih, saya sedih .
Bila awak diam, saya takut nak bercakap .
Bila muka awak dah mula bertukar riak, saya jdi mcm sekecik kecik semut .
Bila awak nanges, saya nak nanges sekali .
Bila awak mula bergurau, saya seronok sangat . rase nak gelak kuat kuat .
Bila awak kate awak punya jalan lain . saya TAK SETUJU ! Jalan kita sama je ! saya selalu futur , daie yg gemok . tak pandai memberi . saya sangat sangat tak pandai . tapi awak pandai, awak bole masuk dgn keadaan someone .
Kini, aku dah mula faham ukhuwah fillah . Sejak aku mula merasa sakit . sakit yg amat dlm hati ni bila kak bgtahu something time dlm bas tu . aku mula termenung dan mencari jalan . sakit sbb engkau sakit .
Ya Allah , benarkan kami terus berpimpin tangan meraih rahmatMu , mengejar redhoMu , bertemu di syurgaMu nanti . amiin Ya Rabb
" teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan
antara satu sama lain kecuali mereka
yg bertakwa " [43:67]
:: awak mencari sinar , saya mencari aura . matlamat kita sama iaitu BARU . lepas ni , kene lebih bermusafir mencari environment baru ::
