Dec 31, 2013

Aku Rindu

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan, 
bukan sekadar sambilan apalagi hiburan…

Aku rindu zaman ketika membina adalah kewajiban 
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan…

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, 
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan…

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, 
bukan keraguan apalagi kecurigaan…

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini…

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba
manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian…

Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan ongkos yang cukup2
dan peta tak jelas…

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah…

Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan…

Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya…

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya…

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya…

Aku rindu zaman itu…

Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami…

Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini…

-KH Rahmat Abdullah-


Janji


" Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan : "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepada kamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadap kamu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu, lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah diri kamu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolong kamu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu." Sesungguhnya orang yang zalim itu mendapat seksaan yang pedih. "
14:22

siapa lagi yang akan menghasut kita jika bukan syaitan

siapa lagi yang akan memperdaya kita jika bukan syaitan

siapa lagi yang mahu menabur janji manis jika bukan syaitan

.....................................................

Tarbiyah Dzatiyyah . tarbiyah diri sendiri . tarbiyah yang diterapkan .

tidak selamanya kita punya ibu bapa

tidak selamanya kita punya murabbi

tidak selamanya kita punya sahabat

tidak selamanya kita punya manusia

tetapi Allah itu sentiasa ada, Dia lah murabbi Agung kita .

tarbiyah dzatiyyah adalah tarbiyah yang dibina dengan amalan . dengan menjaga amalan . dengan istiqamahkan nya . dengan mujahadahnya .


Feqh Futur

Sabda Rasulullah s.a.w:

“إن لكل عمل شِرَّة، ولكل شِرَّة فترة، فمن كانت فترته إلى سنتي، فقد اهتدى، ومن كانت فترته إلى غير ذلك فقد هلك”
-رواه أحمد وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما-


“Sesungguhnya bagi setiap amal itu ada (masa) semangat dan bersungguh-sungguh, dan bagi setiap kesungguhan itu ada (masa) fatrah (kefuturan/lemah semangat). Barangsiapa pada waktu semangatnya lemah, lalu berpegang pada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa yang berpegang pada selainnya (sunnahku) maka dia telah binasa” 
(HR Ahmad dan Ibn Hibban dalam kitab sohih mereka) 

Kita ibaratkanlah kehidupan kita seperti nat pada sebuah roda keretapi.
Nat tersebut adalah diri kita dan roda tersebut adalah garis masa perjalanan hidup kita.
Ada masanya nat tersebut berada di atas, dan pada masa yang lain ia berada di bawah. Namun, nat tersebut tetap teguh pada roda keretapi dan roda keretapi tersebut tetap di atas landasan keretapi.
Inilah fiqh yang difahami dari hadis Nabi s.a.w tersebut, iaitu walau apapun yang terjadi dalam diri dan kehidupan, kita tetap akan meneguhkan diri dan hati kita di atas landasan (sunnah) Rasulullah s.a.w.

Berikut merupakan 25 tanda, 10 sebab,15 cara pencegahan dan 10 bahan bacaan cadangan untuk menghadapi futur atau yang saya simpulkan sebagai FIQH FUTUR.

i) Tanda-tanda:

1) Rasa malas pada roh, fizikal dan mental
2) Sedikit baca Quran dan tidak terkesan dengan bacaan
3) Mula rasa tak ikhlas, mengungkit dan riya’ (beramal untuk dilihat orang)
4) Hubungan dan kebergantungan kepada Allah mula goyah
5) Tidak terkesan dengan nasihat dan peringatan
6) Dakwah dilakukan hanya untuk lepaskan tanggungjawab dan untuk mengelakkan dipersoalkan
7) Menyibukkan diri dan pemikiran dengan dunia, banyak tidur, bersiar-siar dan membeli belah barang yang tidak perlu
8) Berlebihan dalam perkara mubah seperti makan, laman sosial dan tidur
9) Keyakinan mula goyah dalam konsep pekerjaan Allah seperti rezeki, takdir dan musibah
10) Membuang masa dengan perkara yang tak bermanfaat
11) Sangat sayang pada harta dan kekayaan sehingga tidak mahu menginfakkannya untuk dakwah
12) Mula mengabaikan aspek plan, strategi dan perancangan untuk dakwah
13) Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik
14) Mengasingkan diri dari amal islami dan amal dakwah
15) Mula tidak menghadiri majlis ilmu dan kerap ponteng kelas formal
16) Terhakis minat terhadap perbincangan ilmiah dan keagamaan
17) Sering merungut dan mengeluh kerana bosan dengan tarbiah dan dakwah
18) Sering menyalahkan orang lain, menjadi pemarah dan sukar memaafkan
19) Menyerahkan tugas dan tanggungjawab yang dipikul kepada orang lain tanpa sebab yang munasabah
20) Tidak fokus dan tidak memberi keutamaan kepada maslahah dakwah dan pembangunan ummah
21) Selalu merasakan diri betul dan tidak ingin mengaku kesalahan
22) Mula mendekati maksiat dan tidak sensitif dengan dosa
23) Mula terpengaruh dan menyebarkan berita-berita yang tidak benar berkenaan dakwah dan amal islami
24) Tidak mengendahkan ama-amal sunat dan tidak melazimi tahajjud
25) Timbul syubhah dan keraguan terhadap kefahaman asas dakwah dan amal islami

ii) Sebab-sebab:

1) Kurang memberi perhatian kepada hubungan dengan Allah
2) Berterusan melakukan dosa kecil tanpa ada kesedaran untuk bertaubat
3) Kurang memberi perhatian terhadap tarbiah ruhiyah dan zatiyah (diri sendiri)
4) Kurang berdoa dan memohon kekuatan dari Allah
5) Selesa dengan persekitaran dan rakan-rakan yang tidak meningkatkan iman
6) Sering bertangguh-tangguh melakukan kebaikan
7) Tidak meletakkan target dan perancangan untuk dakwah dan kehidupan
8) Perasan diri sudah sempurna dan baik (membandingkan diri dengan golongan yang lemah iman)
9) Memendam masalah dan rasa tak puas hati tanpa usaha untuk melakukan pembaikan, perbincangan dan penjelasan
10) Kurang membaca dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah

iii) Cara pencegahan:

1) Ikhlaskan hati dan sentiasa lakukan muhasabah serta tajdid niat
2) Menjaga ibadah fardhu dengan baik dan melazimi solat berjemaah di masjid
3) Sentiasa berusaha untuk meningkatkan amal-amal sunat
4) Banyakkan membaca dan memahami tafsir Quran, hafazan dan tidak mengabaikan tadabbur (manfaat dari kefahaman tafsir)
5) Banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah
6) Usaha untuk tingkatkan pembacaan dan mengambil motivasi dari sirah nabi, kisah sahabat dan ulama yang gigih menyebarkan dakwah dan melakukan islah
7) Rapatkan diri dengan sunnah-sunnah Rasulullah, cuba untuk menghafal hadis dan menghadiri majlis ilmu
8) Sentiasa ingat mati (contohnya menziarahi kubur)
9) Sentiasa berfikir dan merenung kebesaran Allah
10) Bersahabat dengan orang-orang soleh dan meminta nasihat dari mereka
11) Sentiasa bertaubat
12) Melakukan rehlah (bersiar-siar) ke tempat-tempat yang boleh diambil pengajaran
13) Mendengar ceramah/tazkirah dari radio, youtube dan sebagainya
14) Kerap menziarahi rakan-rakan yangber sama-sama melakukan dakwah
15) Membaca buku-buku berkaitan tarbiah rohani, penyakit hati dan hasutan syaitan

iv) Buku-buku cadangan:

1) Tafsir fi zilal Quran, Sayyid Qutb
2) Riyadhussolihin, Imam Nawawi
3) Sohih Targhib wa Tarhib, Syeikh Nasiruddin Al-Albani
4) Tahzib Madarij Salikin, Syeikh Abdul Mun’im Soleh Al-Izzi
5) Ad-Daa’ wa ad-Dawaa’, Ibn Qayyim
6) Talbis Iblis, Ibn Jauzi
7) Ihya’ Ulumuddin, Al-Ghazali
8) Tarbiyatuna ruhiyyah dan Tazkiyatunnafs, Syeikh Said Hawwa
9) Khittah Barraqah li zinnafs tawaqquh, Syeikh Solah al-Kholidi
10) Buku-buku sirah, sejarah dan tamadun umat Islam, terutama sekali tulisan-tulisan para ilmuwan kontemporari dalam bidang sejarah seperti Dr Imaduddin Khalil, Dr Ali as-Solabi dan Dr Raghib as-Sirjani

Semoga Allah s.w.t beri kekuatan kepada kita untuk terus melakukan peningkatan iman, akhlak, ilmu dan kecergasan tubuh badan.

Wallahu A’lam.

c/p : UA

Dec 26, 2013

Aku Kan Manusia

Manusia .

Siapa?

Aku lah. dan kamu. Iaitu kita.

Tapi kenape?

Kerana kita abid dan khalifahNya.

.............................................

aku manusia.

manusia yang sering menitiskan air mata

manusia yang saat futurnya lebih banyak dari saat hammasahnya

manusia yang kuat ketawanya

manusia yang ada kala ingin bersendirian

manusia yang kurang pandai menjaga hati orang lain

manusia yang kurang , kurang banyak perkara

tetapi itu adalah kerana 'aku kan manusia'


" Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " 76:2

teruskan berjalan



Tangan kanan menggenggam AlQuran
Tangan kiri membelek AsSunnah
Berjalan di landasan Tarbiyah
Membuat kerja Dakwah
Dihiasi bunga bunga berduri

Hujung sana , penghujung jalan ada Surga

" Sesungguhnya bagi orang yg bertakwa (disediakan) 
syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhannya " 68:34


" Dialah yang menjadikan matahari yang bersinar bulan yang bercahaya dan ditetapkannya manzilah-manzilah (tempat tempat bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda tanda kebesaranNya kepada orang yang mengetahui. " 10:5

...................................................................

suruh aku pergi dulu ? 

memang tidak akan.

akan ku tunggu. walau susah mana engkau bangun.

walau susah mana engkau tinggalkan dia.

aku bantu semampuku.

InsyaAllah ^^

Dec 18, 2013

Kau Pemilik Cinta

Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa 
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku 
Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati

Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi
(uhhhh....)

Oh pemilik hati

Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku 
Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...

Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...

Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu




Dec 12, 2013

Ukhuwah

Yakin lah Allah sentiasa ada.
Yakin lah keluarga sentiasa ada.
Yakin lah ukhty sentiasa ada.
Yakin lah sahabat sentiasa ada.
Yakin lah adek sentiasa ada.

Yang memberi kehidupan.
Yang mencorak lukisan.
Yang adakala menjatuhkan buah atau membaling batu.

Tetapi ruh ruh itu saling tertaut kerana berpaksikan Allah.
Kerana Tarbiyah itu manis walau ada pahitnya.
Kerana kesyumulan Islam itu.
Kerana wasilah wasilah itu.

" Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui "   2:151

Dec 11, 2013

Jujur

Jujur tu adalah benar .. Kebenaran ..

Kalau lah aku mampu berkata kata. Mengatakan apa yg aku rasa. Mengatakan apa yg sedang berlaku sekarang. Mengatakan apa yg aku nak kata.

Itu hanya KALAU.

Hakikatnya , tak terluah pon apa yg hati kata melainkan hanya keterbelitan lidah. Kesalahfahaman kata kata saat lidah mula berkias. Saat lidah mula mengeluarkan majaz.

*berdiri di tengah tengah, disuluh lampu besar, sekeliling berdindingkan putih tiada warna warni, manusia berjalan dengan pantas, waktu berlari*


Dec 8, 2013

Thiqah

Thiqah? Apa tu?

Kepercayaan ..

Kenapa dengan thiqah?

Dengan thiqah lah buatkan kita bole ikut apa saja yg disuruh.

Thiqah lah dengan Allah, thiqah lah dengan Tarbiyah dari Allah .

Kenapa mudah sangat untuk kita takut kehilangan seseorang?

Teruskan bertawakkal kerana Allah yg menghadirkan insan itu dan Allah jua lah yg menarik kembali insan itu dari kita. Allah jua yg mencampakkan rasa sayang antara satu lain.

وعلى الله فليتوكل المؤمنون

Ketakutan itu perasaan a3die bagi setiap manusia. Didiklah hati dengan bergantung sepenuhnya pada Allah.

AllahuAkbar :'(

Dec 7, 2013

kerna Kau lebih tahu


" Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan "
25:23

Ikhlas . Ikhlas tu kan macam semut yang hitam , berjalan pada waktu malam yang sangat gelap gelita tu .

Tak nampak tapi berkaitan dengan hati jua . Seandainya kita melakukan pelbagai perkara tanpa hati yang ikhlas ia bole dibawa angin lalu saja . Seandainya kita berkenalan bukan kerana Allah, ukhuwah tu akan menjadi tiada. Seandainya kita sayang bukan kerana Allah, pasti bertemu bukan untuk meningkatkan keimanan .

Ikhlas susah. Malah payah. Tetapi boleh di usaha kerana aku sendiri lemah . 

Hati yang ikhlas akan saling bertemu , akan saling tertaut hati mereka kerana Allah .

Ukhuwah kerana Allah itu apabila landasnya adalah keimanan. Yang pahit juga mendatangkan kebahagiaan. Yang sedih juga mendatangkan kegembiraan. Saat diri kita berasa ingin menyantuninya, menyantuninya dengan perbuatan kasih sayang dan ianya selalu terjadi secara spontan.

Hakikatnya ukhuwah kerana Allah buktinya adalah ingin bersama ke Surga.

Hilal Asyraf : Cinta yang sebenar adalah ingin bersama ke Surga maka apa apa yang membawa ke Neraka itu bukan cinta namanya .

'matahari'


:: sayang sangat susah nak ungkap tetapi hati merasakan sayang itu ::

Dec 6, 2013

addaie

Manusia. Semua ada kepentingan masing masing. Lebih lebih lagi addaie, lebih lebih lagi addaie yg menuntut ilmu agama, lebih lebih lagi addaie penuntut ilmu agama dan pejuang agama. Lebih lebih lagilah pimpinan.. Tak dapat tidak golongan inilah yang akan diuji olehNya dengan harta pangkat dan wanita.

Diragui ada yg tergelincir dari tujuan sebenar dek kerana tak tahan ujian ujian tu.

Kita tuntut ilmu sekarang sebagai ‘peluru’ untuk mengisi senjata (dakwah) bila kita sampai kelapangan amali ilmu kita. Jadikan ilmu kita sebagai penyempurna kepada dakwah kita nanti. Supaya ia akan menjadi hujah yang kuat dihadapanNya nanti.

Yang terbaik adalah biar orang tertarik dengan akhlak dan sunnah Rasulullah yang sahih yang kita bawa.

Jadilah seorang penuntut yang sentiasa berlapang dada dan tidak syadid dalam perkara yg tak patut.. Supaya jalan dakwah kita sentiasa terbentang luas untuk sesiapa sahaja dan supaya sunnah rasulullah dapat dihayati oleh mana mana pihak berasbabkan kita..

Sentiasa menganggap orang lain lebih tahu dari kita.. mudah mudahan dengan itu Allah mengurniakan petunjuk yang benar kepada kita dan mudah mudahan Allah menambahkan kefahaman yang banyak kepada kita


Banyak banyak doa di setiap sujudmu.. allahummahdinissirootol mustaqim.. masa doa tu niat dalam hati, tunjukkan jalan yang betul dgan jalan kekasihMu ya Allah.


:: aku tahu aku tidak bole selamanya bergantung harap pada 'matahari' ku untuk menjadi penguatku, untuk menjadi pendorongku kerana aku harus yakin Allah yang mempertautkan hati hati kami. Andai suatu hari nanti sinaran tu mahu untuk pergi, akan ku lepaskan. moga kita bertemu di Surga nanti ::

matahari

الحمد لله .. اشكر نعمتك

Engkau hadirkan 'matahari' yang tak tersangka buat aku . Yang membuatkan aku belajar banyak perkara mengenai kehidupan bermula langkah aku dalam Tarbiyah ini .

Manusia lain lain . Punya banyak kisah . Yang paling penting adalah melakukan segala perkara LillahiTaala dengan merasakan Ihsan tu .


Duhai 'Matahari' , teruslah bersinar. walau bukan di langit, tetap lah di hati . Jangan biarkan hujan menghalangi sinaran tu .

Allah, Allah, Allah

:: Ukhty kata bahawa aku sudah mula memasuki pintu itu :'( ::

unpredictable

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup ni memang undipredictable! Kita tak jangka kita akan jumpa siapa dan siapa yang akan hadir dalam hidup kita. Hadirnya manusia tersebut memberi bahagia atau derita. Memberi tahi atau bunga. Memberi Islam atau sebaliknya.

Tetapi lihatlah segala galanya dengan kaca mata Tarbiyah walau hati pedih, perit, pilu dan air mata tu saban masa je bole kelua tanpa diundang.

Kerana hati yang menderita lebih sakit dari fizikal yang luka parah tetapi Allah itu Maha Tahu . Kerana Dia mahu kan kita mendapat قلب السليم tu.


Walau awan gelap menaungi bumi tetapi masih ada sinar cahaya di tengah tengah yang mana kita yakin dan pasti disebalik awan gelap itu ada nya awan cerah.


Matahari, matahari memancarkan teriknya kepada bumi supaya manusia merasakan kepanasan bersama sinar nya. masyaAllah masyaAllah , aku bukan pemuja awan juga matahari tetapi aku takjub dengan ciptaan Allah yang memang tak puas dipandang.



" Dialah yang menciptakan tujuh petala langit yang berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? "

" Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan kecacatan dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih (kerana tenaga habis sia sia) "