May 29, 2014

Pelakon Pentas

Tamat. Tamat sudah ceritera hari ini, semalam dan kelmarin. Pelakon pelakon dunia boleh mengambil tempat masing masing semula.

Terus. Mungkin belok kanan. Mungkin belok kiri. Ikut lah mahu ke mana.

Pelakon yg dihormati,
Cantik aturan Allah yg menjadikan kita adalah pelakon pelakon Nya. Insan insan yang terpilih. Manusia manusia yang terpilih. Hamba hamba yang terpilih.

Ceritera saat tiba di QAIA jam 3.40 petang, boarding 4.35petang dan check in closed buatkan kami tersadai bagai dugong di jalanan. Yang patutnya hidup di lautan. Malangnya lautan bukan lah tempat nya tika itu. Kerana jalanan lebih berhak.

MISSED FLIGHT TO DOHA !!

Merayu. Ye, merayu. Merayu pada si pelakon manager kaunter untuk kembali membuka check in. Tidak.. mana mungkin mereka mereka kembali. Baiklah. Tika itu pasrah bercampur redho.

Otak berfikir, mulut terkunci.

Stay at the airport or return to your place?

Kini, tiba saat pelakon pembantu masuk ke pentas. 3 orang insan Si Berjasa Besar menghulur bantuan. Bergerak kami menaiki mesin kaki empat dipandu pelakon pembantu Utama.

Alhamdulillah. Tiba jua kami di rumah pelakon terkemudian. Pelakon pelakon pembantu yang mengangkat bagasi bagasi dari bawah ke tingkat 4 dengan berat beg yg mungkin lebih 20kg. Sebelum mereka meninggalkan kami pulang ke tempat kediaman mereka.

Pesanan pesanan meniti, bertabur tabur mutiara sang emas keluar dari mulut pembantu Utama.

1) esok pagi pagi jam 8 gerak dah ke Maktab Qatar. Tunggu je sampai dia bukak dan jadi orang first yang masuk.
2) settle down pasal tiket. Balik rumah kemas kemas terus je gerak ke airport. Ngam ngam je masanye.

Esoknya, kami menadah butir butir kata kata itu. Selesai semua jam 10pagi dan 10.30pagi juga datang sang kuda bersama pacunya menunggangkan kami ke QAIA. Lambaian lambaian selamat tinggal pembantu terkemudian di sambut dan dibalas sama.

Wang wang emas perak permata lebur. Mungkin lebur bersebab. Terus sangka baik dengan Allah.

Check in kami yg pertama. Alhamdulillah in the flight.

Delay. Tak asing perkataan tu. Seiring pelakon pelakon ekslusif manis bergaya.

Kini. Tamat. Inilah akhirnya. Walau kita tak jamin apa akan berlaku 1 saat kemudian. Tapi ini. Inilah realiti sekarang.

Terima kasih. Terima kasih kepada semua pelakon yang menjayakan ceritera ini. Sekalung penghargaan diberikan dan moga balasan yang lebih diganjari Allah Taala. Sama ada secara langsung mahupon tidak. Secara jasad mahupon roh. Secara kata kata mahupon semangat. Kerana nilai setiap itu mahal.

Seperti mahalnya tiket.
Seperti mahalnya erti nilai Tarbiyah.
Seperti tak terjangkau mahalnya surga.

Hargailah. Hargailah selagi mampu.

Terima kasih pelakon pentas dunia.

" Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu dariNya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang yang melampaui batas atas apa yang mereka kerjakan " 10:12

Nauzubillah. Astaghfirullah3x. Moga tidak tergolong dalam golongan begitu.

Credit to para pelakon :: kak qilah, manager kaunter 1, manager kaunter 2, akhowat Irbid, ustaz Irbid, kak tuty, adibah syakira, rafeah, ammu teksi, kak ain, kak norma, eqi, najwa, hanis, widad, fatin, izyan, aida, ibu, mak, abah, kakak, angah. Maaf pada yang tak tertulis. Kita hanyalah pelakon di pentas dunia kerana kampung di akhirat nun.

9.31am , dalam awan .

May 20, 2014

Surat buat mu

SURAT BUAT MU AKHWAT FILLAH

Akhwat,

Sejujurnya bila bersama mu,

Aku lebih tenang,

Aku lebih gembira,

Dan aku lebih selamat.

Kerana kita berada dalam jalan yang sama,

Jalan menuju Cinta Allah...

 

Namun Akhwat Fillah,

Aku bingung,

Kadang-kadang aku hairan,

Kenapa ada segelintir akhwat yang egois,

Sombong,

Merasakan dirinya lebih hebat,

Tidak bertolak-ansur dalam beberapa perkara,

Menegur kesalahan orang dengan kasar,

Bermasam muka,

Tidak meraikan yang berlainan fikrah,

Sukar melontarkan senyuman...

Kenapa akhwat???

Kenapa???

 

Bukankah kita ini manusia yang mengikut tarbiyah??

Bukankah kita ini manusia yang menghadiri usrah??

Bukankah kita ini manusia yang aktif berprogram??

Jadi kenapa semua ini berlaku???

 

Akhwat,

Marilah kita merenung sedalamnya diri kita kembali,

Muhasabah kembali diri kita..

Apakah kita ini benar-benar orang yang mengikut tarbiyah??

Apakah kita benar-benar orang yang menghadiri usrah??

 

Akhwat,

Jadilah akhwat sebenarnya,

Senyumnya sentiasa dibibir,

Marahnya dapat dikawal,

Seriusnya diganti dengan mesranya,

Letihnya dapat diselindungi,

Ia selari dengan katanya dan perbuatannya.

 

Akhwat,

Dalam jalan dakwah ini,

Bukan mencari engkau usrah kod berapa , aku kod berapa,

Bukan kira engkau hebat atau tidak,

Bukan menilai tarbiyah kau lagi mantap atau dia,

Bukan Akhwat.. Bukan...

 

Akhwat,

Dalam jalan tarbiyah & Dakwah ini,

Ia melihat senyuman kita,

Melihat kerendahan hati kita,

Melihat keikhlasan kita,

Melihat kesopanan kita,

Melihat keteguhan kita...

Dan melihat keselarian kata-kata dengan tingkah laku kita.

 

Akhwat,

Jangan biarkan sikap kita ini,

Membuatkan orang luar takut dengan Islam,

Menjadikan mereka jauh dengan kita,

Mendatangkan fitnah bagi Islam dan Jemaah..

 

Muhasabah dan teruskan muhasabah...

 
CopyPaste :)

May 18, 2014

Last minute

15hb diinjakkan ke 8hb . May

Terpinga pinga pasal tiket yg return 20June.

The next 2 day exam 2 paper berderet tanpa gap.

Baru tersedar Allah bagi ujian .

Cantik je susunan Allah .

Keliru antara tiga .

Supaya adil dan saksama tanpa zalimi mana mana pihak . Tanpa sakitkan mana mana pihak .

Pernah tertanya apa makna takut dan berharap .

Pernah tertanya bagaimana mahu bergantung sepenuhnya pada Tuhan .

Pernah tertanya bagaimana mahu tawakkal setinggi burung .

Pernah tertanya letak mana ikhlas .

Ini ..

Allah beri .

Allah tunjuk .

...............................................

Bukan gayut pada manusia

Tak ade nye manusia tu boleh tentukan hidup kita

Tak ade nye kita mampu cipta seribu alasan kukuh

Bina nya kekuatan dalaman

Bina nya tarbiyah dzatiyyah

Bina nya prinsip

Bina nya soalan yg perlu dijawab sendiri

Ini ... lah dia .

SENYUM :)

*still tak tahu nak buat macam mana*

SENYUM :)

Allah Maha Besar

May 17, 2014

Angin .

Angin petang itu membuai buai .

Langit .

Langit petang itu tak kelihatan awan .

Matahari .

Mencari cari mana matahari terbenam kerana hanya nmpak saga merah .

Itu semua kebesaran Allah . Kepada Allah kita kembalikan semua nya .

Takut dan Berharap. Khauf wa Raja3

Kerana Allah Maha Besar

Keliru . Mana yg patut dibuat . Yang mana . Tak tahu .

Bukan hanya tika ini mencari Tuhan .

Hati kata itu . Hati kata ini .

Hati nak itu . Hati nak ini .

Hanya Allah Pemberi Petunjuk .

Moga Allah tunjuk mana yg terbaik .

ALLAH MAHA BESAR .

Aku ingin tawakkal tapi takut tawakkal itu bukan sepenuhnya .

Aku ingin berserah tapi aku takut berserah yg bukan berusaha .

Aku ingin kata syura tapi aku takut syura itu bukan kata hati .

Aku hanya ingin ikut kata hati tapi aku takut itu bukan yang terbaik .

Apa paling penting Allah .

Allah Maha Besar

Allah Maha Tahu

.................................................

Terus Melangkah Dan Berdoa .

Kerana Allah Maha Mendengar .

Ingat ! Allah lah segalanya :)

Terus berharap and don't thing the more .

Allah :)

Bismillah . InsyaAllah :)

May 16, 2014

ego

mereka kata aku ego

mereka ungkap ego

ego ?

betulkah aku ego ?

dimana ?

*jawab dalam hati*

.....................................................................................................

jangan sampai diri ego dengan Allah .

saat susah pon masih tak ingat Allah .

itu bukan kategori ego sudah, masuk sombong !!

saat susah manusia yang dicari tiada .

manusia itu hilang saat pendapat diperlukan .

mungkin ada tetapi hanya memerhati dari jauh diam .

tidak mengapa, masa masih ada, masa diberi

kerana aku bukan si kedekut masa .

...................................................................................................

muncul

aku ditegur

mengapa perlu dicari manusia saat sujud tunduk pada Allah belum

deep .

sangat deep !

dulu aku yg berkata begitu

kini aku dibalikkan

terimalah hakikat manusia itu lemah

kerana manusia itu manusia

terus bergantung dan berharap hanya pada Allah


And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.


2133pm
160514

May 15, 2014

day



terus lah berharap pada Yang Satu .

kadang lupa untuk bergantung pada Allah

kadang lupa manusia adalah manusia

kadang terlalu layan hati

kadang tak ada apa pon

apa yg penting . Allah . Syurga .

#ObsesiPadaSurga

May 14, 2014

amazing

i wonder who is amazing ..

that is my mom

eventhough sometime she's buzy with her taklifan but i khow deep in her heart she never forget me .

eventhough she never said that she loves me i know when i was little she always hug and kiss me .

mom , i want to hug you and tell you everything but i don't know how . forgive me mom .

but in Tarbiyah i learn something big that i must become a sweet girl .

kihkihkih


*tak tahu betul ke tak grammar :D

May 13, 2014

tika itu

saat kita terlalu banyak menerima atau mencari hingga tak mampu mengeluarkan atau mencurah .

ingatlah ! kita bukan hanya menyampaikan tetapi kita memberi segala segalanya .

#ErtiHidupPadaMemberi

saat kita mengimpikan qiam , tanpa sedar kita hanya qiam tanpa hati dan hanya rutin

sampai satu masa Allah memberi kita ruang untuk berehat mencari hati, ikhlas dan khusyuk itu

sampai satu masa juga kita akan marah diri sendiri kenape aku tak Qiam !!

tanpa kita sedar yg hakikatnya solat itu adalah pengabdian dan penyerahan sepenuhnya kita pada Allah .

dan saat kita berpeluang untuk bangun dinihari setelah lamanya Allah beri cuti , saat itu hati mula mengucapkan syukur yg tak terhingga .

itulah Tarbiyah yg Allah ingin beri . melakukan semua perkara kerana Allah .

bukan hanya disebut di mulut, dibisik di jiwa tetapi pergerakan yang membuktikan .

" Aku tidak tahu, ini rahmat atau musibah Tapi aku berprasangka baik pada Allah "

saat kita merasakan kosong dan tika itu juga munculnya insan yang meminta minta, Allah mewasilah kan insan itu untuk menyedarkan kita bahawa lesunya iman, jatuhnya hammasah .

" Tidak mungkin bagi seseorang yang telah diberi kitab oleh Allah, serta hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata kepada manusia, "Jadilah kamu penyembahku bukan penyembah Allah," tetapi (dia berkata), "Jadilah kamu pengabdi-pengabdi Allah, kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya! " 3:79

kita adalah abdi Allah , hamba Allah . kita belajar dan mengajarkan orang lain . kita memberi dan menerima tetapi kita tak mengharapkan ganjaran . Moga Allah Redha :)

1933
13514
saat ikatan menyatu di atas satu fikrah .

moga lebih laju .

#KIJ

tahniah kak aisya *senyum lebar lebar*

...................................................................................................................................

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[At-Taubah (9) : 71]
Dengan penuh kesyukuran dan rasa rendah hati,kami menjemput
semua akhawat yang ana kasihi ke walimah
AISYA NADIRA BINTI ARMIA & AHMAD HARITH BIN ZABIDI AZHAR
pada hari Sabtu, 14 Jun 2014 bersamaan 16 Syaaban 1435 H
bertempat di:
Dewan Melor Garden Wedding
Lot 1676, Jalan Abim
Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor.
(Seksyen 8 Bandar Baru Bangi)
Aturcara Majlis:
Jamuan Makan: 11.30 pagi - 4.30 petang
Semoga dengan kehadiran entunna akan menyerikan lagi majlis kami serta diberkati Allah S.W.T. Terima kasih
Yang tak dapat hadir, pohon doa entunna banyak-banyak yeh...smoga Allah Melimpahkan maghfirah, redha dan berkatNya pada ikatan yg bakal terbina.
Allahummaghfirlana,
Allahumma tsabbit quluubana '3ala dinika, wa '3ala to3atika , wa 3ala toriiqi da3watika.