May 29, 2014

Pelakon Pentas

Tamat. Tamat sudah ceritera hari ini, semalam dan kelmarin. Pelakon pelakon dunia boleh mengambil tempat masing masing semula.

Terus. Mungkin belok kanan. Mungkin belok kiri. Ikut lah mahu ke mana.

Pelakon yg dihormati,
Cantik aturan Allah yg menjadikan kita adalah pelakon pelakon Nya. Insan insan yang terpilih. Manusia manusia yang terpilih. Hamba hamba yang terpilih.

Ceritera saat tiba di QAIA jam 3.40 petang, boarding 4.35petang dan check in closed buatkan kami tersadai bagai dugong di jalanan. Yang patutnya hidup di lautan. Malangnya lautan bukan lah tempat nya tika itu. Kerana jalanan lebih berhak.

MISSED FLIGHT TO DOHA !!

Merayu. Ye, merayu. Merayu pada si pelakon manager kaunter untuk kembali membuka check in. Tidak.. mana mungkin mereka mereka kembali. Baiklah. Tika itu pasrah bercampur redho.

Otak berfikir, mulut terkunci.

Stay at the airport or return to your place?

Kini, tiba saat pelakon pembantu masuk ke pentas. 3 orang insan Si Berjasa Besar menghulur bantuan. Bergerak kami menaiki mesin kaki empat dipandu pelakon pembantu Utama.

Alhamdulillah. Tiba jua kami di rumah pelakon terkemudian. Pelakon pelakon pembantu yang mengangkat bagasi bagasi dari bawah ke tingkat 4 dengan berat beg yg mungkin lebih 20kg. Sebelum mereka meninggalkan kami pulang ke tempat kediaman mereka.

Pesanan pesanan meniti, bertabur tabur mutiara sang emas keluar dari mulut pembantu Utama.

1) esok pagi pagi jam 8 gerak dah ke Maktab Qatar. Tunggu je sampai dia bukak dan jadi orang first yang masuk.
2) settle down pasal tiket. Balik rumah kemas kemas terus je gerak ke airport. Ngam ngam je masanye.

Esoknya, kami menadah butir butir kata kata itu. Selesai semua jam 10pagi dan 10.30pagi juga datang sang kuda bersama pacunya menunggangkan kami ke QAIA. Lambaian lambaian selamat tinggal pembantu terkemudian di sambut dan dibalas sama.

Wang wang emas perak permata lebur. Mungkin lebur bersebab. Terus sangka baik dengan Allah.

Check in kami yg pertama. Alhamdulillah in the flight.

Delay. Tak asing perkataan tu. Seiring pelakon pelakon ekslusif manis bergaya.

Kini. Tamat. Inilah akhirnya. Walau kita tak jamin apa akan berlaku 1 saat kemudian. Tapi ini. Inilah realiti sekarang.

Terima kasih. Terima kasih kepada semua pelakon yang menjayakan ceritera ini. Sekalung penghargaan diberikan dan moga balasan yang lebih diganjari Allah Taala. Sama ada secara langsung mahupon tidak. Secara jasad mahupon roh. Secara kata kata mahupon semangat. Kerana nilai setiap itu mahal.

Seperti mahalnya tiket.
Seperti mahalnya erti nilai Tarbiyah.
Seperti tak terjangkau mahalnya surga.

Hargailah. Hargailah selagi mampu.

Terima kasih pelakon pentas dunia.

" Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu dariNya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang yang melampaui batas atas apa yang mereka kerjakan " 10:12

Nauzubillah. Astaghfirullah3x. Moga tidak tergolong dalam golongan begitu.

Credit to para pelakon :: kak qilah, manager kaunter 1, manager kaunter 2, akhowat Irbid, ustaz Irbid, kak tuty, adibah syakira, rafeah, ammu teksi, kak ain, kak norma, eqi, najwa, hanis, widad, fatin, izyan, aida, ibu, mak, abah, kakak, angah. Maaf pada yang tak tertulis. Kita hanyalah pelakon di pentas dunia kerana kampung di akhirat nun.

9.31am , dalam awan .