May 20, 2014

Surat buat mu

SURAT BUAT MU AKHWAT FILLAH

Akhwat,

Sejujurnya bila bersama mu,

Aku lebih tenang,

Aku lebih gembira,

Dan aku lebih selamat.

Kerana kita berada dalam jalan yang sama,

Jalan menuju Cinta Allah...

 

Namun Akhwat Fillah,

Aku bingung,

Kadang-kadang aku hairan,

Kenapa ada segelintir akhwat yang egois,

Sombong,

Merasakan dirinya lebih hebat,

Tidak bertolak-ansur dalam beberapa perkara,

Menegur kesalahan orang dengan kasar,

Bermasam muka,

Tidak meraikan yang berlainan fikrah,

Sukar melontarkan senyuman...

Kenapa akhwat???

Kenapa???

 

Bukankah kita ini manusia yang mengikut tarbiyah??

Bukankah kita ini manusia yang menghadiri usrah??

Bukankah kita ini manusia yang aktif berprogram??

Jadi kenapa semua ini berlaku???

 

Akhwat,

Marilah kita merenung sedalamnya diri kita kembali,

Muhasabah kembali diri kita..

Apakah kita ini benar-benar orang yang mengikut tarbiyah??

Apakah kita benar-benar orang yang menghadiri usrah??

 

Akhwat,

Jadilah akhwat sebenarnya,

Senyumnya sentiasa dibibir,

Marahnya dapat dikawal,

Seriusnya diganti dengan mesranya,

Letihnya dapat diselindungi,

Ia selari dengan katanya dan perbuatannya.

 

Akhwat,

Dalam jalan dakwah ini,

Bukan mencari engkau usrah kod berapa , aku kod berapa,

Bukan kira engkau hebat atau tidak,

Bukan menilai tarbiyah kau lagi mantap atau dia,

Bukan Akhwat.. Bukan...

 

Akhwat,

Dalam jalan tarbiyah & Dakwah ini,

Ia melihat senyuman kita,

Melihat kerendahan hati kita,

Melihat keikhlasan kita,

Melihat kesopanan kita,

Melihat keteguhan kita...

Dan melihat keselarian kata-kata dengan tingkah laku kita.

 

Akhwat,

Jangan biarkan sikap kita ini,

Membuatkan orang luar takut dengan Islam,

Menjadikan mereka jauh dengan kita,

Mendatangkan fitnah bagi Islam dan Jemaah..

 

Muhasabah dan teruskan muhasabah...

 
CopyPaste :)