Selalu bila ku berada di awanan
Aku rasakan awan itu ibarat kapas walau hakikat sebenar aku tidak tahu rasa dia apa
Aku cuma tahu ia berwarna putih yang kadang kala punya warna kelabu
Kadang aku berimpian untuk duduk dia atas awan . Tapi itu mustahil . Kerana hidup manusia di atas tanah . Bumi
Kudrat ku sebagai manusia hanya mampu melihat . Tatkala di hati mendongak ke langit . Tatkala dia dalam kapal gergasi merenung ke luar jendela .
Pabila aku bercerita impian ku . Aku ditertawakan tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu apa yang aku rasa
#CoretanDiLangit