2 DOA DA'I
Imam Al-Banna pernah ditanya berkenaan rahsia kejayaan dakwahnya, ada ramuan atau jampi tertentukah?
Ya, ada je.
Imam Al-Banna menjawab,
"Aku berdakwah kepada mereka di siang hari, dan aku berdoa untuk mereka di malam hari".
Bahawasanya, yang kedua itulah jarang-jarang dibuat, kan?
Dengan berdoa,
Kita beriman bahawa anak usrah dan dakwah ini adalah milik Allah, bukan kita yang mengawalnya.
Kita sedar lemahnya kudrat kita untuk laksanakan kerja kerja kenabian. Lalu kita letakkan sandaran kepada yang yang Maha Qudrah dan Maha Iradah.
Kita bermuhasabah, adakah dakwah ini benar-benar membawa kepada Allah atau ikatan-ikatan selain daripadanya.
Dakwah dan doa, rootwordnya sama tetapi makna berbeza.
Pasti ada sebabnya bukan?

