Celik mata , bangun dari kematian yang sebentar .
Gerak ke tandas .
Matahari mula mengintai di celah celah awan memberi cahaya
tetapi tak lama
Bergerak semula awan menutupi matahari
dan langit mula kelam
Petir kedengaran
Angin mula bertiup sepoi sepoi sejuk
Hujan turun membasahi bumi
Winter !
That's it , ramai sukakan winter . mungkin kerana sejuk . mungkin juga kerana salji . iyalah, Malaysia adalah negara di garisan khatulistiwa . jadi mana mungkin akan turunnya kapas kapas dari langit
hmm, bukan winter topic ku
tapi perkataan itu lagi
Yang sejak aku masuk tarbiyah aku rasa aku makin kenal dengan perkataan itu
EGO
dan bila dicombinekan dengan manusia
Maka jadilah ia manusia EGO
Manusia yang tidak meletakkan sesuatu di tempatnya
Manusia yang susah untuk menerima orang lain lebih dari dia maka dia menyimpan keburukan dia sorang sorang
Maka keburukan itu membusuk tanpa dibaiki
eiiiuuu teruk nye !
haha *gelakjahat*
Jangan engkau menuding jari itu kepada orang , kembali kan jari itu . Pulangkan jari itu ke diri mu
Adakah engkau ego wahai manusia ?
Di saat engkau tahu engkau juga termasuk didalam MANUSIA EGO itu
Maka sedar sedar lah diri
Kepitkan alQuran di tanganmu
Lafazkan kalimah Rabbmu
Jinakkan hati mu dengan kebaikan walaupon ia kecil
Sekecil kecil membuang plastik lolipop di jalanan ke dalam tong sampah
Genangkan matamu dengan air mata taubat
Kuatkan juga langkah mu di atas jalan perjuangan menuju Allah
Buang Ego itu Wahai Manusia
Tidak sampai satu masa engkau menyesal saat tiada sesiapa di sisi yang sanggup memimpin engkau lagi
9.57pagi
-Mafraq-