Nov 5, 2015

Beliau Hebat

Ingin aku coretkan kekaguman yang aku bina atas seorang pensyarah

Doc Syarif Khotib

Pada mula nya aku hanya nampak beliau sebagai seorang pensyarah, yang sempurna sifatnya

Sampai satu masa aku perasan , tangan beliau kelihatan lain

Sepertinya dua warna

Ada warna putih

Aku tidak pasti apa tetapi rupanya di muka beliau juga

Bagaimana aku bangga yang beliau tidak pernah malu dengan keadaan kulit beliau sebegitu dan tegap juga gagah berdiri di hadapan mengajar kami

Aku terfikir, mungkin juga atau pasti ada yang akan mengejek beliau tetapi itu tak membuatkan beliau rendah diri

Aku ?

Orang baru berkata berapa patah , jatuhnya aku tu ibarat tak mahu bangun lagi

Kadang bukan dengan perkataan , perbuatan pon aku sudah

'Dah la!! Tak nak dah bawak usrah'
'Dah la ! Kan bagus kalau tak ada usrah'

Betapa ceteknya pemikiran

Betapa tak tabahnya aku

Betapa aku langsung tidak mujahadah

ok stop

Beliau setiap kali masuk ke kelas pasti bagi mukadimah yang sangat sangat ingin menyedarkan anak anak muda

Iaitu kami kami yang sedang belajar ni

Bermula dengan 'Intifada ke-3'

dan point nya


Allah nak beri syura pada orang yang berjihad . Dan kita berkerja di dunia ini adalah untuk akhirat . Semua kehidupan kita hanyalah untuk Allah .

Memang , rasa bosan bukan ? dengan ayat ayat yang biasa didengar ini tetapi perasaan dan zou' itu datang bila ia ditutur dengan bahasa arab . bahasa syurga .

DAN


Baca ayat itu satu satu , tartil , perlahan lahan dan hayati maknanya .

Beliau juga berkata ibarat 10 dunia adalah syurga

Mampukah anda membayangkan 10 syurga itu bagaimana?

Tidak mampu bukan *mukasinis*

Kerana nya nikmat di dunia ini sangat lah banyak .

Allah .. Allah ., Allah

Itu lah dia yang membuatkan aku mula tertarik dengan beliau dan aku cuba setiap muhadoroh untuk mendenar dengan rapi apa yang beliau pertuturkan

kerana nya bahasa arab aku juga bukanlah terlalu wadhih .

:)