Dec 31, 2015

Kita yang jahat kerna tidak peduli dengan orang lain , kita lupa kalau ada orang lain juga yang sayang sama kita, kita sombong makanya orang lain jadi jahat sama kita . sekarang kita harus peduli sama orang lain, agar kerajaan madani dihargai


-sabrina , dongeng madaniah
Bahagia seronok indah

Tapak kaki aku aturkan keluar dari pintu , mata ku terarah pada langit . indah . kulihat cerah , tapi awan tiada .

Hatiku mula terdetik , Ini hari yang indah

Tiba di tengahhari titik titik hujan mula muncul . lama kelamaan ia makin deras

Aku tidak peduli , aku teruskan juga tapakan kaki aku

Kemudian aku tersenyum

Ibarat si kecil yang rindukan hujan

Bermain main dengan lopak lopak air

Lompat di sana

Lompat di sini

Mungkin jarang akan dirasa hari yang indah seperti ini

#do Dakwah with your enjoy heart


Dec 11, 2015

Senyuman

Bismillah

Atas Nama Allah

aku ingin senyum , senyum dengan hati yang gembira

saat tangis hanyalah kepada Allah , alangkah bahagia nya

ya , setiap insan punya taklifan

sama ada diketahui mahupon tidak

ya , setiap insan punya akal untuk berfikir

sama ada dikerah kan atau tidak

ya , setiap insan punya logam

sama ada digunakan untuk kebaikan mahupon jahiliyah

Satu tahun , tahun itu sedang berlalu .

perasaan aku adakala aku sedar adakala juga aku tidak sedar

ya, aku sedang melakukan ini

Moga aku ikhlas :)

Dec 1, 2015

What I feel now is I just want to screamm !

Oh Allah , guide me to the right path :'(

When my mom is sick and I have to ask her some request to fulfill my wish

Macam mana berat nya hati melawan rasa mahu dan menyusahkan mak

When angah have her final exam and I can't viber with her

When kakak start washing her new house and I know they will move in to the house any time

When Muiz have class and I can't reach him in the wassap

When I don't know how to talk to my father

And When I never talk with my little brother

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Air mata yang tak pernah berhenti mengalir

Degupan jantung yang tak pernah berhenti berdegup

Kepala yang tak pernah berhenti berfikir

Aku tak salahkan kalian mengapa kalian bersikap begitu juga begini

Aku salahkan diri sendiri kerana aku tidak pandai bertaamul bersama hati manusia

Sakit . Sakit aku rasa .

Setiap kata aku mahu luahkan tapi tidak mampu

Ok Done .

Cuma campuran rasa :)

Supaya aku lebih kuat dengan harapan pada Allah :)

Allah cuma ingin menegur , ingat Dia sentiasa :)

#AtasBawahTiadaKaitan

Someone told me : awak jangan lari dari masalah

Ok deep !

Suddenly I feel very very down

Tertanya tanya . Aku lari ?

Maybe .

Kerana aku tak tahu nak buat ape atau seharusnya tahu cuma takut akan kemungkinan yang akan berlaku

Banyak manusia Banyak perkataan

Sikit lagi , tak kan dah nak mengalah

'dan begitulah cerita cerita dakwah tarbiyah, betapa ramai golongan yang gugur kerana tidak tahan ujian'

Sampai satu masa aku rasa tak apa jika orang menjaja kisah aku . Kisah ramainya golongan gugur

Sebab sebab mereka gugur

Tapi fikir

Fikir lah :)

Apa yang perlu difikir?

Fikir sendiri

Nov 17, 2015

Al Banna Fans Telegram

2 DOA DA'I

Imam Al-Banna pernah ditanya berkenaan rahsia kejayaan dakwahnya, ada ramuan atau jampi tertentukah?

Ya, ada je.

Imam Al-Banna menjawab,

"Aku berdakwah kepada mereka di siang hari, dan aku berdoa untuk mereka di malam hari".

Bahawasanya, yang kedua itulah jarang-jarang dibuat, kan?

Dengan berdoa,

Kita beriman bahawa anak usrah dan dakwah ini adalah milik Allah, bukan kita yang mengawalnya.

Kita sedar lemahnya kudrat kita untuk laksanakan kerja kerja kenabian. Lalu kita letakkan sandaran kepada yang yang Maha Qudrah dan Maha Iradah.

Kita bermuhasabah, adakah dakwah ini benar-benar membawa kepada Allah atau ikatan-ikatan selain daripadanya.

Dakwah dan doa, rootwordnya sama tetapi makna berbeza.

Pasti ada sebabnya bukan?

Nov 15, 2015

Segala sesuatu berkisar kehidupan

Kerana kita hidup

Ada manusia yang hidupnya dari kecil mungkin susah

Dan ada juga manusia yang hidupnya dari kecil sederhana , tidak pula susah dan tidak pula terlalu mewah.

Maka, ketakutan apa yang engkau alami saat rezeki itu semuanya milik Allah

Saat nanti engkau akan susah apabila engkau sudah biasa senang , bersyukur lah . Allah memberi engkau peluang untuk bergantung lebih hanya pada Allah dan memang betul betul yakin rezeki di tangan Allah

Dan juga saat nanti engkau terus senang . Bersyukur lah . Allah memberi nikmat lebih pada engkau .

Maka? Apa lagi yang engkau ingin pertikai kan?

Hanya satu perlu engkau lakukan

Beriman . Beriman saja pada Allah

Percaya pada ketentuannya

Pada qada' qadar nya

Serabut Serabut Serabut

Bila macam macam dalam kepala

Dan dalam masa yang sama perlu tersenyum dan terus berjalan

..................

Itulah , Itulah kehidupan

Yang Allah beri hadiah buat kita orang orang beriman?

Mengaku beriman tidak?

Mengapa mencari penyelesaian lain sedangkan engkau mampu berdoa?

Dan segala sesuatu itu tidak akan lenyap sekelip mata

Maka , bersabarlah !

فالصبر !

Nov 9, 2015

Tibe tibe sedih

Tibe tibe rasa sentap

Khalid bin Shafwan berkata : "Orang yang paling lemah adalah yang enggan mencari sahabat, dan lebih lemah lagi adalah orang yang meninggalkan kawan yang dekat dengannya"

-Virus Virus Ukhuwah-

Bukan mudah untuk kita menjadi peramah bila dalaman tidak kuat menegur

Bukan mudah ingin berkata banyak andai kita memang bukan jenis suka bercakap

Tapi di belakang itu semua pasti punya sebab mengapa begitu Mengapa begini

Makin naik tahun , makin aku sedar . Kawan ku hanyalah orang yang sama

Tidak mudah untuk aku berkawan dengan semua orang

Tatkala aku merasa rendah nya diri

Tatkala aku merasa mereka sudah punya kawan

Hakikat . Kawan adalah semua

Dan semua Islam adalah saudara kita

Jeles aku rasakan apabila aku melihat kebanyakan orang mampu berbicara dengan ramai orang

Mampu mengenali ramai orang

Hakikat aku . Diam dan menyendiri

Tapi aku mencuba

Paling kurang salam ku beri pada semua

Cuba lagi

Senyum lah pada semua

Bukan aku sombong

Bukan .

Aku tutup dengan ungkapan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir 'Uqdah

"Seorang daie mutlak harus dicintai oleh khalayak agar dakwahnya mampu menembus nurani dan tetap menjadi rujukan"

Nov 5, 2015

Beliau Hebat

Ingin aku coretkan kekaguman yang aku bina atas seorang pensyarah

Doc Syarif Khotib

Pada mula nya aku hanya nampak beliau sebagai seorang pensyarah, yang sempurna sifatnya

Sampai satu masa aku perasan , tangan beliau kelihatan lain

Sepertinya dua warna

Ada warna putih

Aku tidak pasti apa tetapi rupanya di muka beliau juga

Bagaimana aku bangga yang beliau tidak pernah malu dengan keadaan kulit beliau sebegitu dan tegap juga gagah berdiri di hadapan mengajar kami

Aku terfikir, mungkin juga atau pasti ada yang akan mengejek beliau tetapi itu tak membuatkan beliau rendah diri

Aku ?

Orang baru berkata berapa patah , jatuhnya aku tu ibarat tak mahu bangun lagi

Kadang bukan dengan perkataan , perbuatan pon aku sudah

'Dah la!! Tak nak dah bawak usrah'
'Dah la ! Kan bagus kalau tak ada usrah'

Betapa ceteknya pemikiran

Betapa tak tabahnya aku

Betapa aku langsung tidak mujahadah

ok stop

Beliau setiap kali masuk ke kelas pasti bagi mukadimah yang sangat sangat ingin menyedarkan anak anak muda

Iaitu kami kami yang sedang belajar ni

Bermula dengan 'Intifada ke-3'

dan point nya


Allah nak beri syura pada orang yang berjihad . Dan kita berkerja di dunia ini adalah untuk akhirat . Semua kehidupan kita hanyalah untuk Allah .

Memang , rasa bosan bukan ? dengan ayat ayat yang biasa didengar ini tetapi perasaan dan zou' itu datang bila ia ditutur dengan bahasa arab . bahasa syurga .

DAN


Baca ayat itu satu satu , tartil , perlahan lahan dan hayati maknanya .

Beliau juga berkata ibarat 10 dunia adalah syurga

Mampukah anda membayangkan 10 syurga itu bagaimana?

Tidak mampu bukan *mukasinis*

Kerana nya nikmat di dunia ini sangat lah banyak .

Allah .. Allah ., Allah

Itu lah dia yang membuatkan aku mula tertarik dengan beliau dan aku cuba setiap muhadoroh untuk mendenar dengan rapi apa yang beliau pertuturkan

kerana nya bahasa arab aku juga bukanlah terlalu wadhih .

:)

Manusia Ego

Celik mata , bangun dari kematian yang sebentar .

Gerak ke tandas .

Matahari mula mengintai di celah celah awan memberi cahaya

tetapi tak lama

Bergerak semula awan menutupi matahari

dan langit mula kelam

Petir kedengaran

Angin mula bertiup sepoi sepoi sejuk

Hujan turun membasahi bumi

Winter !

That's it , ramai sukakan winter . mungkin kerana sejuk . mungkin juga kerana salji . iyalah, Malaysia adalah negara di garisan khatulistiwa . jadi mana mungkin akan turunnya kapas kapas dari langit

hmm, bukan winter topic ku

tapi perkataan itu lagi

Yang sejak aku masuk tarbiyah aku rasa aku makin kenal dengan perkataan itu

EGO

dan bila dicombinekan dengan manusia

Maka jadilah ia manusia EGO

Manusia yang tidak meletakkan sesuatu di tempatnya

Manusia yang susah untuk menerima orang lain lebih dari dia maka dia menyimpan keburukan dia sorang sorang

Maka keburukan itu membusuk tanpa dibaiki

eiiiuuu teruk nye !

haha *gelakjahat*

Jangan engkau menuding jari itu kepada orang , kembali kan jari itu . Pulangkan jari itu ke diri mu

Adakah engkau ego wahai manusia ?

Di saat engkau tahu engkau juga termasuk didalam MANUSIA EGO itu

Maka sedar sedar lah diri

Kepitkan alQuran di tanganmu

Lafazkan kalimah Rabbmu

Jinakkan hati mu dengan kebaikan walaupon ia kecil

Sekecil kecil membuang plastik lolipop di jalanan ke dalam tong sampah

Genangkan matamu dengan air mata taubat

Kuatkan juga langkah mu di atas jalan perjuangan menuju Allah

Buang Ego itu Wahai Manusia

Tidak sampai satu masa engkau menyesal saat tiada sesiapa di sisi yang sanggup memimpin engkau lagi

9.57pagi
-Mafraq-

Oct 28, 2015

Bila emosi tidak stabil

Mula rasa nak marah semua orang

Mula rasa semua mende salah

Mula rasa diri tak sabar

Mula rasa semua salah diri sendiri

Mula rasa diri ni teruk sangat

Malu . Malu dengan semua orang

Dengan orang yang penyabar

Dengan orang yang ikhlas

Tidak mampukah diri ini menjadi sabar dan ikhlas ?

Sabar lah

Ikhlas lah atas semua perkara

Seandainya Goal kita adalah Allah , segala yang lain pasti akan tiada

#Senyum

Oct 17, 2015

In side Out

Ini kisah usrah ku

Murabbi kami memang biasa main game dan dia suka game

Dan bila dia ajak kami main game . Muka muka kami mula menunjukkan riak teruja

Best kan main game

Dan biasa jugak bila kita tulis something dekat kertas

Pasti kene baca in the end of the game to the all of ahli usrah

And .

The intruction is . . . .

'Semua ad buku nota usrah kan?'

'Adaaaa'

'Ok, tulis dekat situ apa yang membuatkan entunna nak mengalah'

'Mengalah??'

'Yelah, futur'

Dengan laju dan semangat nya aku mencoretkan 4 point

Dalam kepala berharap dengan tertulisnya 4 point itu akan membuatkan aku lebih bangkit

Beberapa minit kemudian . . . .

'Ok, mucid baca lah'

'Haaaa? Baca ape?'

Hati mula membuat rentak rock. Terlupa pulak setiap ape yg ditulis perlu dibaca. Tulah, semangat sangat tadi.

'Baca lah ape yg tertulis tu'

'Orang lain dulu lah'

'Ok, hanis. Baca'

Sampai turn aku .

Point pertama
Point kedua
Point ketiga

Point keempat . Krik.. Krik.. Krik

Hmm aku terdiam . Bagi aku itu point paling buruk yang sangat sangat tak patut aku rasa dan aku tak mampu lagi nak share itu dengan semua usrahmates

Sori entunna .

Masa tu hati bergendang , berdebar macam ape . Macam jumpe lain jantina je padahal hanya untuk membaca satu point .

Mungkin satu hari nnt bila aku sudah mula mampu kawal perasaan point keempat itu . Akan aku cuba share supaya dapat menguatkan lagi langkah kaki atas jalan dakwah ini .

Memang ..

Keburukan kalau boleh kita mahu simpan . Tapi hakikat andai ia adalah bau an . Pasti tiada siapa mahu dekat .

Dan kebaikan bukan untuk dijunjung dan ditunjuk .

Kebaikan diniatkan segalanya kepada Allah agar yang menilai adalah Allah bukan manusia biasa

Sep 27, 2015

Berbaki 2 hari sahaja lagi

Hati mula menanges

Ok tak apa

Aku kuat

Aku kuat

Diri memujuk hati

Selama mana lagi aku ingin lari ?

Selama mana lagi aku ingin mengikut perasaan jahiliyah ?

Kadang atau selalu aku bekukan hati supaya aku tidak ada rasa

Kerana dengan rasa boleh buat aku jatuh

Yg pada masa yang sama orang sekeliling tak boleh lihat kejatuhan aku

Tapi dengan kebekukan hati aku boleh buatkan manusia lain merasa aku tidak mengambil berat

Aku tidak faham

Jadi, harus bagaimana aku berinteraksi ?

Bagitahu supaya aku boleh menjadi manusia sepertimana yang kau inginkan

Tapi hakikatnya aku ingin menjadi seperti mana aku

Heartless

Sep 12, 2015

Sampai .

Destinasi aku bersama Egypt Air .

Sesak Rimas Runsing sedikit bila hidup di tengah kota .

Manusia dan kereta bertali arus tidak berhenti

Tapi hati aku mungkin bebas .

Bebas ?

Lari dari tanggungjawab . Memang la lega .

Pulang nya aku nanti kembali menggalas

Adakah lebih baik ?

Atau lebih teruk ?

Atau aku hanya buat tidak tahu ?

Pulang nya aku nanti

Akan ad satu pembaharuan

Berharap ia sesuai dengan jiwa ku

Pulang nya aku nanti

Pengajianku aku harus lebih rajin

Harus

Harus

Sep 7, 2015

Kosong . Itu permulaan langkah aku .

Blur perasaan aku dulu dan kini .

Keputusan tidak aku decide .

Dibuat dalam keadaan kepala yang tidak berfikir mungkin .

4.47pgi AllahuAkbar!

Subuh di pagi hari .

Aku tersenyum dalam keadaan mamai mamai tidak cukup tidur dari semalam

Apa yang aku cari ye :)

Sep 4, 2015

Sebak

Sebak kan bila kita jauh dengan family

Dengan mak ayah

Dengan kakak kakak

Dengan adik adik

Mereka memberi kita harapan

Yang sebenarnya aku rasa aku tak mampu tunaikan

Aku hanya mampu memberi mimpi , yang aku tak tahu akan jadi kenyataan atau tidak

Apa yang aku rasa

Aku sentiasa gagal

Gagal dalam semua aspek

Mak Abah dari kecil mereka tak pernah push aku

Mereka sentiasa berkata tak apa tak apa

'Mak , grad bulan 6 2017 . Lambat lagi . Lama dari orang lain'

'Tak apa, dapat belajar lebih'

'Abah, dah 2 tahun duduk sini. Bahasa arab tak pandai pandai lagi'

'Tak apa, kan masih boleh belajar dengan orang lain'

Kata kata mereka buat aku sebak

Aku nanges .

Aku nanges kerana semua kata kata itu

Kami ini bukanlah satu family yang sentiasa rapat dan sentiasa bercakap

Adakala kami bisu

Tapi jauh mendekatkan kami

Membuatkan aku mula pandai bercakap dengan abah

Aku bukan anak manja

Aku bukan cengeng

Tapi setiap perbuatan ada sebab

Setiap perasaan ada sebab

Kerana hanya kita dan Tuhan yang faham

Senyum :)

Aug 24, 2015

Dulu murabbi kedua suka lagu ni


Aku faham kenapa dia suka .

Dan apa yang dia suka , dia sangat suka berkongsi dengan kami .

Sekarang murabbi keEmpat suka lagu ni .


Dia kate kalau dia malas , dia suka putar putar lagu ni .

Tapi aku ... Aku tak ada rasa . Mungkin ada rasa nak buat , tapi aku tak bangun

Aku macam sengaja membiarkan diri begini

Atau aku bangun, aku buat rutin harian ku tapi aku tak hidup

Aku macam lali atau fikiran aku tak jejak langsung tanah

Serba salah , ye , aku serba salah dengan anak anak usrah ku

Aku tak bertanggungjawab , aku ibarat lepas tangan

Maaf . Sangat sangat maaf

Aku kata aku tak kuat ,

Murabbi aku kata , aku terlalu layan perasaan

Mungkin ye

hmm . . . .

Aug 9, 2015

Rasa ingin mempertikaikan

Tetapi tidak boleh .

Bila susah ingin persalahkan orang lain

Mana tahu diri sendiri masih kurang

Tidak bantu orang?
Tidak ikhlas?
Berkira dalam melakukan kerja?
Niat membaca quran salah?

Mana tahu ..

Mudah kan aku dalam exam Ya Allah :'(

Semoga aku lulus . Itu saja harapan aku sekarang

Aug 8, 2015

*tibe tibe*

Kalau aku bukan dalam ni , pasti aku dah boleh balik Malaysia sesuka hati

Kalau aku bukan dalam ni , sukahati aku nak ikut kepala sendiri

Kalau aku bukan dalam ni , tak payah susah susah aku nak jaga hati orang lain
Kalau aku bukan dalam ni , tak perlu tiap tiap mggu aku down

Kalau aku bukan dalam ni , tak de aku sakit hati dengar cerita macammacam dari orang lain yg ibarat nya aku rasa aku tak bertanggungjawab langsung

But itu semua 'kalau'

Islam sendiri tidak menggalakkan kita menggunakan perkataan 'kalau' kerana ia menunjukkan ibarat kita menyesal atas apa yang sudah Allah atur .

Allah mengajar kita erti Redho , Sabar , Yakin .

Kerana setiap manusia tidak lari dilanda ribut taufan perasaan yang menggila .

Itu biasa .

Itu biasa .

Senyum :)

Aug 5, 2015

Kadang kadang dan selalu nya aku jatuh .

Aku menanges .

Aku ketawa bagai nak rak hanya kerana mahu menyembunyikan kekecewaan di hati .

Kecewa kerana aku tak mampu beri yang terbaik pada mereka .

Hakikatnya mereka berhak !

Aku penat .

Aku penat mencari apakah logam ku .

Yang mampu buat aku berdiri tegak menepis segala kata .

Kata itu bukan kata caci . Tapi kata yg menggugah perasaan aku .

Yang membuat hati ku remuk .

Aku .. Manusia yang inginkan manusia lain bahagia . Seboleh mungkin aku mahu insan di sekeliling aku dapat apa mereka mahu . Aku ingin menunaikan segala harapan mereka .

Tapi adakala aku lemah . Aku juga diuji . Kadang aku tak tahan . Maka aku jadi marah , aku jadi moody , aku jadi tak tentu hala .

Maka di saat itu aku ingin melepas kan semua .

Di mana ?

Di mana insan yang mampu memikul tanggungjawab aku ini ?

Tapi .. aku terfikir seandainya aku melepaskan diri dari ini . Pasti aku makin lemah . Kerana aku melihat yang lain terus ke hadapan .

Bukan harapan ku aku ke belakang . Aku cuma berharap bantu aku . Jangan usik perasaan aku . Jangan buat aku marah . Jangan renggang kan ukhuwah kita . Bantu aku . Aku mohon .

Moga kita sama sama berlapang dada .

Jangan jadikan rutin Tarbiyah kita kosong . Kosong tiada ruh .

Mungkin aku begini kerana lack nya mutabaah ku .

Aug 3, 2015

Rumah Berhantu Syaitan Penghasut

Every single little thing yang orang buat , syaitan akan mula bisik .

Dia buat salah
Sepatutnya dia buat macam ni
Masalah apa dia
Kau ingat kau boleh cakap macam itu?
Kau tak hormat orang
Kau berderai weh
Kau tak pernah jaga perasaan orang
Kau .. Kau .. blablabla

Maka .. Terjadi lah hati yang mereput , manusia makan hati , hati yang woww merah kuning , nanah kott !

Dahsyat kan penangan syaitan .

Dia tak pernah nak bagi manusia tenang dari masalah hati .

Dia akan mula hasut .

Adik gaduh tarik rambut dengan kakak .
Kawan mula bermasam muka sesama sendiri .
Si suami mula melafazkan talaq kepada si isteri .
Si anak mula melontarkan kata kata kesat kepada ibu bapa .

Dan kadang syaitan hasut , tak payah la baca quran bukan boleh pulihkan balik hubungan manusia . Tak payah berdoa sbb bukan nya Allah makbulkan .

Tapi manusia lupa . Allah Maha Mengetahui . Setiap apa yg berada dalam lubuk hati msg msg .

Setiap manusia punya rasa sayang .

Adik sayang kakak nya .
Kawan sayang kawannya .
Suami sayang di isteri .
Anak sayang ibu bapa .

Allah sayang hambaNya selagi mana hambaNya sayang akan Allah . Tidak mendahulukan sesuatu apa pon selain dari Allah . Allah yang utama .

Segala hasutan syaitan kita tebus kita tolak dengan AlQuran . Mujahadah kan ? Untuk meneruskan 1juz sehari . Doa selepas setiap waktu solat (doa yang bersungguh dan panjang)

Manusia . Bertenang lah . Berfikir lah . Senyum lah . Rawat lah . Syaitan penghasut . Dia ingin jadikan setiap rumah mu'min di bumi ini sebagai Hantu .

Allah , bantu kami . Masih panjang perjalanan kami . Diri sendiri , ibu bapa , adik beradik , kawan , keluarga sendiri .

Bantu kami saat syaitan itu mula menggila menghasut kami . Jauhkan kami dari segala prasangka dan penyakit hati . Aku mohon Ya Allah :'(

Amiinnn .

#apamasahadapanaku

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Dulu masa aku selalu bersama keluarga . Kami kdg kdg gaduh , malas bantu mak di dapur , leka dengan movie sampai makanan yang mak masak terbiar , subuh nya liat , kain sidai lambat , tiada toleransi antara adik beradik , kedekut yang amat dan merasakan sesuatu barang itu hanya kepunyaan sendiri .

Tapi setiap kali perkara itu berlaku , mak kate 'haaa, tu setan la hasut' . Membuatkan kami take one action yang kami tak nak kalah dengan syaitan . Hahahaha , padan muka setan !

MAK .. RINDU NAK SELALU BERSAMA DENGAN FAMILY :'(

#bantuakudenganmujahadahdanmutabaahamalku

Jul 26, 2015

okay . terlayan perasaan sekejap pagi pagi buta ni .

dah 2 tahun aku tak jenguk jenguk kampung .

rumah nenek , rumah cik lela , rumah nenek tua , rumah nenek angah , rumah acik hajar

rumah rumah yang tak sah tak pergi kalau time raya . memang pusing satu kampung tu bile time raya .

Parit 3B Sungai Manik , Teluk Intan

dan dah lama jugak aku tak dengar dialek dialek banjor . rindu .

dan sebenarnye aku tak faham dan tak pandai pon dialek tu . setiap kali dulu bile nenek cakap ape ape , aku ia kan aje . dan kalau memang aku tak faham atau diam je mesti samaada maksu , cik eton, mak tua atau pakcik kasim akan translate kan . ikut lah siape yang ade dekat situ .

sangat . dulu aku tak hargai kampung . aku bising kene beratur bilik air , air tak ada , panas . tapi aku suka  bile semua kumpul . sebab time raya memang semua balik . itu aku paling suka . penuh setiap ceruk ada orang tido .

sabar . lagi setahun . untuk aku kembali ke kampung tu untuk jenguk nenek nenek .

moga ia tak hanyut ditelan zaman ,

Jul 24, 2015

Rindu sama itu kakak

Dulu masa kakak itu ada .

Aku boleh layan rajuk aku
Aku boleh buat hal ikut kepala sendiri
Aku boleh buat tak layan orang
Aku boleh diam sesuka hati
Dan kadang aku boleh main jeling

Sebab kakak tu akan backup
Dia faham
Dia tahu nak handle aku macam mana walau kadang aku tak mampu untuk sentiasa ada dengan dia saat sakit dia
Tapi banyak kesakitan kami bersama
Kerana merasai makna kesakitan

Tapi itu dulu . Aku boleh layan semua .

Dia juga tahu saat futur aku .
Terus terang aku kata .
Dia tahu bila aku susah bangun subuh .
Dia tahu bila aku lambat lambat solat .
Dia tahu bila aku mula kurung diri dalam bilik

Nanti dia akan mula jenguk dan senyum
Dengan senyuman dia saja dah buat aku terpujuk .

Ye , itu dulu .

Sekarang aku tak boleh buat semua menda tu .

Aku dah besar . Kena matang !

Aku tak boleh merajuk lama lama
Aku tak boleh terasa hati sangat dengan orang
Aku kene cure hati sendiri, balut, ikat dia kuat kuat supaya tak de siapa boleh toreh toreh dia
Aku tak boleh marah
Aku tak boleh diam
Aku kene act as orang yang peramah
Aku tak boleh ikut mood aku je
Dan paling penting! Aku tak boleh ikut kepala aku sendiri

Aku kene tahan semua perkara .

Pesan Murabbi : nak merajuk boleh, 5 min je :)

*nangesdalamdiam*

Jul 18, 2015

1 Syawal

Berbahagia lah kamu di pagi Hari Fitrah

saat kita merasakan suci ibarat kain putih

walaupon hakikat nya kita tidak tahu apa lagi dosa yang kita kumpul

sentiasa beristighfar 

maafkan kesalahan orang lain di pagi itu 

sangat sangat aku merasa puas dan tenang bila dapat bersalam dengan ramai orang , mengungkap kan kata kata maaf , terima kasih 

perasaan di hati itu tenang nya .

kita ikhlas meminta maaf dan orang ikhlas memaafkan kita .


Masjid Mujamma' , Mafraq , Jordan


Jul 17, 2015

Ramadhan #29

Malam itu takbir bergema . 

di setiap penjuru ruang segenap sudut 

di mana saja seluruh umat islam melaungkan takbir

takbir kemenangan

atas kemenangan melawan hawa nafsu 

melawan apa yang dihalal kan Allah

pstt .. patut lah kecik kecik tak boleh dapat duit raya kalau tak puasa penuh , sebab tak tahan nafsu nak makan . huahah

malam itu syaitan dibebaskan 

kembali mereka melakukan kerja kerja mereka

Ramadhan #29

dapat kah aku makna taqwa ?

jumpa kah aku makna Ramadhan bulan mulia ?

aku akhiri ia dengan kesedihan dan mengharapkan ia kembali tahun hadapan ?

beberapa bekalan yang mampu aku genggam di hati juga tangan , akan aku genggam erat erat bawa ia berjalan di duri duri dunia Syawal , Zulkaedah , Zulhijjah , Muharram , Safar , Rabiulawal , Rabiulakhir , Jamadilawal , Jamadilakhir , Rejab , Syaaban 

sudah mula merindui Ramadhan 

berkat nya , rahmat nya , malam nya yang indah


Jul 14, 2015

Kemewahan tidak menjanjikan apa apa .

Dunia bukan ?

Aku bukan lah mewah tetapi aku dapat rasakan mungkin aku dapat lebih .

Pakaian cukup.
Makanan cukup.
Duit cukup.
Malah aku berkesempatan untuk melawat negara luar.

Atau aku dikeliling oleh orang orang yang hidup nya senang .

Duit mereka yang tidak pernah putus.

Mungkin kami tidak punya istana tapi kami punya rumah yang selesa . Bukan hanya berbumbungkan canvas .

Kereta besar yang tidak perlu berhimpit . Itu adalah definisi kemewahan bagi aku .

Sampai satu masa aku takut akan masa hadapan .

Sampai satu masa yang apabila aku sudah berkeluarga mungkin hidup kami tidak mewah seperti mana aku bersama keluarga aku .

Mungkin rumah kami hanya kecil .

Mungkin kereta kami perlu berhimpit .

Ekonomi .

Aku tidak tahu masa hadapan aku bagaimana . Dengan siapa aku berkahwin . Pekerjaan mana yang aku pilih .

Tapi dari sudut hati kecil , nampak di situ aku berat untuk hidup susah .

Astaghfirullah . Nauzubillah . Hatta kepanasan yang kecil aku sudah menggelabah .

Leceh bukan?

Hatta perpindahan yang kecil ini sudah aku risau kan bagaimana kehidupan aku .
Teruk bukan?

Ya Allah .. Ampuni dosa aku yang cintakan dunia . Yang mahu kan kesenangan .

Susuri jalan hidup seorang Tabien Said bin Musayyab dan rasai lah ruh nya .

Jul 13, 2015

Ramadhan #27

Buat manusia yang sentiasa merasakan orang lain lebih bahagia

Buat manusia yang sentiasa inginkan publisiti

Buat manusia yang merasakan kerja manusia lain lebih mudah

Buat manusia yang merasakan kerja manusia lain lebih menarek

Bersyukur . Suka memandang manusia lain lebih . Mungkin kerana tidak memandang luas . Mohon ampun lah .

Hargai kerja mu sekarang .

Nikmati ia .

Buat sehabis baik .

Bukan hanya melepas batuk di tangga . Dan menyibuk nyibuk kerja orang lain .

Andai bantuan dapat kamu beri .

Beri kan ia :)

Jul 12, 2015

Ramadhan #25

Malam Ramadhan #26

Kita bukan Penghukum .

Jangan menjadi seperti mahu menghukum .

Risau kan hukuman .

Kita tak tahu tatkala kita berkata kata di hati mahupon di mulut akan sesuatu hukuman . Hakikat nya pahala nya lebih kepada si dia .

Maka . Apa yang kamu dapat ?

Dosa ? Kebaikan ibarat abu yang ditiup angin ?

Risau bukan ?

Sudah la penat membuat kebaikan , kamu pula membiarkan kebaikan itu sia sia .

Sangat sia sia .

Maka nya di dalam sesuatu perkara . Bersabar . Kesannya bukan jangka pendek . Kesannya adalah panjang .

Mungkin kebaikan yang engkau buat dilihat orang . Dipandang baik . Kebaikan dia disembunyikan atas sebab mulutnya .

Maka sabar lah !

Ramadhan #23

Ingin aku bicara kan kembali mengenai Taqwa .

Yang aku banyak jumpa di dalam Ramadhan .

Makin berjalan waktu , mungkin aku makin fahami . Aku berharap manusia lain juga faham apakah itu Taqwa .

Dulu aku juga begitu , orang yang tak memaknai Ramadhan . Hanya berkata kata mengenai Ramadhan . Biarkan hari hari di dalam Ramadhan berlalu begitu sahaja . Meraikan raya .

Kali ini , aku tak mahu Ramadhan itu pergi . Hari hari di dalam Ramadhan membahagiakan walaupon di awal nya aku diuji .

Cuma . . . Satu perkara .

Di dalam muhadhoroh aku tidak fokus . Kemengantukan yang melampau .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Taqwa

هو الخوف من الجليل والرضا بالقليل والعمل بالتنزيل والاستعداد ليوم الرحيل

Baca satu persatu secara perlahan lahan . Dalami bahasa Jannah .

Takut kepada Allah dalam setiap perkara . Redho walaupon sedikit . Beramal dengan sistem Islam . Bersedia menghadapi hari Kiamat .

Redho walaupon sedikit . Mendalam makna nya . Kadang atau selalu kita mengeluh atau mungkin tidak sengaja mengeluarkan kata kata .

'Alaaa, ni je ke makanan kita hari ni?' Mungkin kerana biasanya kita hidup dalam kemewahan hingga kan saat jalanan ingin meminta kita takut mahupon teragak agak untuk menghulur kan duit . Bahkan kita memberi alasan , beribu beribu alasan keluar dari mulut ibarat air yg mencurah curah .

Mungkin juga kita mahukan kesempurnaan dalam hidup . Kurang baju beli , kurang kasut beli . 
'Kurang' bukan 'tiada' .

اتقوا الله

Bertaqwa lah kamu kepada Allah !

rindu awan

Ramadhan #21

Minggu yang menarik .

Pagi nya di Mafraq

Malam nya di Irbid

Kota yang penuh cahaya selepas taraweh

Kedai kedai yang dibuka

Hidup . Mereka hidup selepas taraweh hingga sahur nya

Bukan di kota ku tidak hidup . Mungkin penghuni nya lebih selesa di rumah .

Itu cerita kota .

Ini cerita hati .

Hypothesis nya . Lebih banyak kita bergerak , lebih lancar otak bergerak , lebih kuat hati di dalam .

Kerja yang lama bertangguh aku mampu siapkan . Kekuatan yang aku perlu untuk menancapkan kaki itu dianugerahi Tuhan .

Alhamdulillah .

Kekuatan tak lama boleh bertahan , maka bertebaran lah untuk mencari lebih banyak kekuatan .

Jul 6, 2015

Ramadhan #19

Hari itu aku dikira keluar masjid awal . Ramai orang di perkarangan luar itu . Kereta juga masih banyak . Aku lihat anak anak kecil yang comel comel mengikuti bapa mereka . Masuk ke dalam kereta dan pulang .

Apabila dibaca mungkin itu hanya panorama biasa . Normal . Tapi bagi aku ia mengesani . Bagaimana si anak kecil dipupuk perasaan suka akan masjid . Bagaimana si anak kecil di ajar kehidupan di masjid .

Memori ku melayang .

Ramadhan di Malaysia . Berbuka nya . Taraweh nya . Masjid nya . Aku rindu .

Adik yang selalu aku ikut ke masjid sbb lalu jalan lalang lalang .

Kadang kalau kakak balik hujung minggu kami pergi berdua . Mak selalu dah pergi awal lagi .

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Jul 4, 2015

Ramadhan #17

Taqwa

Patutlah Ramadhan di sinonimkan dengan Taqwa

Taqwa adalah perkara utama yang ingin dicapai di dalam Ramadhan

Kerana di dalam nya adalah bulan Rahmat, Maghfirah dan Perlepasan dari api neraka .

Di dalam nya manusia lebih berhati hati mungkin . Untuk menjaga beberapa perkara . Paling kurang adalah dia menjaga puasa nya dari berbuka bukan pada waktunya .

Dulu kecil kecil ada juga main puasa separuh separuh . Tapi bila dah besar , tahu kewajipan puasa . Maka tak ade lagi istilah puasa separuh hari .

Di dalam nya setiap manusia pasti ada target . Di dalam nya boleh jadi buat hamba yang jarang jarang mengaji akan boleh khatam quran . Di dalam nya boleh jadi buat hamba yang sangat kurang bangun malam nya akan mula bangun malam . Di dalam nya manusia akan lebih baik membuat kebaikan .

Semua itu mentashjik setiap hamba Allah untuk terus berada dalam kebaikan . Dan dalam hal itu taqwa akan lebih mudah dibentuk dalam diri .

Maka itu lah makna nya Ramadhan adalah bekalan di bulan lain . Taqwa yang diterapkan dalam diri berharap akan dapat dikekal kan . Kebaikan yang dilakukan sepanjang sebulan berpuasa berharap akan terus diistiqamahkan . Seandai nya seseorang manusia itu mengambil lewa akan hal ini maka tiada makna Ramadhan bagi diri . Kerana bulan lain hanya akan menjadi seperti biasa

Ramadhan #15

Bulan malam itu cantik .

Cantik sangat .

Kemana aku pergi rasanya hanya ingin memandang bulan .

Malam itu kami jalan bertiga

Tiga . Tiada keempat .

Cepattt sangat masa berlalu .

Ramadhan sudah mencapai ke angka 15

Tercapai atau tidak target aku ?

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

-tilawah 1hari 1juz
-mencuba sabar
-sentiasa senyum
-qiam 3x seminggu atau lebih
-taraweh di masjid berlainan
-ifthor di banyak2 tempat
-mencuba membantu orang lain selagi mampu
-sahur setiap hari
-mencari makna bulan Ramadhan adalah bekalan untuk 11 bulan akan datang
-mencari ruh Ramadhan
-hafaz 1 surah dari juz 27
-mengulang juz 30 (jika mampu)
-menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna
-sentiasa berdoa
-study awal

*TANDASOAL*

Jun 29, 2015

Ramadhan #13

رمضان شهر صبر

Kedengaran si Imam menuturkan kata kata di corong microfon .

Tergamam si Makmum .

Betul kan . Ramadhan adalah bulan kesabaran .

بين الناس وبين نفسك

Di ta'kid kan kesabaran terhadap manusia dan juga diri sendiri .

ولربك فاصبر

Dan kerana Tuhanmu maka bersabar lah . The point is and the solution is Sabr :)

Jangan dikesali masa lampau . Jangan ditakuti masa hadapan . Hargai masa sekarang . Nikmati ia dan jangan lepas kan ia begitu sahaja .

Tutup kan kekecewaan hati mu dengan menayang kan nikmat Tuhan .

Betapa Allah beri banyak nikmat .

Dari saat bangun pagi , sampai di Mujamma' terus naik bas dan sampai ke kelas . Ditambah nikmat dengan kefahaman di dalam kelas Asalib Bahas .

Di petang hari Allah rezekikan seseorang memberhentikan kereta dan menumpang kan hingga ke destinasi yg ingin dituju . Berpeluang berTaraweh berbumbungkan langit dan bulan mengambang bersama senyuman di kecil yang peramah . Tidak dilupa angin sedap sedap sejuk yg bertiup atas aturan Tuhan .

. . . Kerana Kebahagiaan yang dicari adalah dari dalam . Dalam jiwa . . .

Jun 27, 2015

Ramadhan #11

Perasaan mencari Ramadhan dan memaknainya makin berkurang

Tidak !! Bukan itu yang aku mahu

Ingin saja aku katakan pada dunia 'WALLAHI ANA SO'IM'

Tapi itu hanya jeritan dalaman . Luaran nya aku hanya membiarkan suasana berlaku seperti bulan bulan lain . Aku tidak mencegah , aku tidak menegur .

Aku diam .

Itu hakikat .

Dan aku buat .

Hati bengkak , aku rasa hati itu makin bengkak .

Dengan prasangka , dengan kegeraman pada manusia

Aku lemah kerana aku tidak mampu berbuat apa .

Aku hanya membiarkan . Sampai satu saat 'lantak lah apa yg kau buat, aku dah tak kesah walaupon kau itu anak didik dakwah aku'

Aku dah tidak peduli akan amal harian dzatiyah nya kerana aku yakin dia mampu berdiri sendiri dan dia sendiri ingin berdiri atas kaki sendiri

Tidak mengapa :)

*Hilang lah wahai prasangka , bulan Rahmat ini tiada syaitan yang menghasut . Jadi dari mana datang perkara perkara buruk ini

Jun 26, 2015

Rindu . .

Stress jugak kalau perasaan tu datang . Jadi tak fokus dalam kerja kerja seharian . Kadang rasa sampai macam time tu jugak nak fly ke masa masa tertentu , tempat tempat tertentu .

Ibarat macam orang yang tak sabar dan terburu buru dalam sesuatu keputusan .

Dan bila fikiran mula melayang , hati mula tak betul dan segala tingkah laku manusia lain akan buat kan kita sakit di hati

Maka , untuk mengubat nya dengan diam dan sabar .

Maka , mula juga untuk makan hati sendiri .

hmm, mungkin orang lain lebih sakit nya dari kita 

mungkin ..

maka bulan Rahmat ini lah untuk kita asuh hati tu betul betul

dengan didikan Tarbiyah Ramadhan

Moga hati itu kuat :)

Cameron 2014

Ruuul Jadeed 1.0

Mesir

Zoo Taiping 200?

USIM 2012

Sabak Bernam

Sungai Manik, Teluk Intan

Jun 25, 2015

Ramadhan #8

Seminggu sudah Ramadhan; Jiwa masih dijajah?

Pernah kita duduk sendiri bermonolog dalam mencari hakikat sebenar Ramadhan yang Allah hadiahkan saban tahun?
 
Adakah kita melakukan amal di bulan mulia ini kerana sudah menjadi kebiasaan umum atau adat semata, sehingga saat menjelang ‘aidil fitri’ nanti ia menjadi anti klimaks kepada setiap amal ibadah kita? 
 
Cuba jujur dengan hati adakah kita telah sepenuhnya bersungguh-sungguh dan beriltizam di bulan ini untuk merealisasikan sasaran ‘menjadi orang yang bertaqwa’ yang Allah ar-Raheem telah sasarkan dalam al-Baqarah ayat 183?

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa"
 
Ramadhan bukanlah sekadar ‘bulan puasa’ malah ada mesej yang lebih besar yang Allah ingin sampaikan; bulan al-Quran.
 
Cuma sejauh mana kita benar-benar merasai al-Quran adalah hadiah termahal sebagai ‘rawatan' untuk segala permasalahan kehidupan yang kita hadapi?

Carilah masa untuk selalu berinteraksi dengan diri sendiri dan bermonolog sejauh mana kita telah memberi ruang kepada hati untuk 'menghadam' dan menghayati segala mesej dalam al-Quran.
 
Kerana mesej al-Quran hanya akan menjadi basyirah iaitu khabar gembira buat mereka yang menerima Allah sebagai Rabb dan Illah serta yakin wujudnya ‘alam ghaib’.
 
Selagi mana kita tidak menerima perkara ini, maka usah pelik jika kita menemui dialog orang Islam di bulan Ramadhan yang berbunyi:
 
“Mat, jom pi solat..”
 
“Pi la..” (Baca: Mat tidak menunaikan solat)
 
Tiba waktu berbuka puasa, Mat berbuka puasa seperti orang lain.
 
Hakikatnya, solat adalah rukun Islam yang lebih awal disyariatkan berbanding ibadah puasa.

Tetapi realiti saat ini, sebahagian umat Islam hanya melaksanakan amalan puasa. Ada juga yang mengatakan sekurang-kurangnya dia berpuasa walaupun dia tidak mengerjakan solat.

Aduhai, di manakah kefahaman tentang nilai rukun Iman dan Islam yang sebenar dalam masyarakat tatkala aturan kehendak manusia mendahului aturan-Nya?
 
Kini sudah hari kelapan Ramadhan. Masa berlalu tak pernah menunggu kita.
 
Ragam yang dijangka setiap kali Ramadhan mula kelihatan. Ini bukan lelucon tetapi ini adalah suatu senario yang menjadi kebiasaan yang menggusarkan hati mereka yang 'hidup'.
 
“Pembaziran makanan”

“Banyak tidur”
 
“Mula kejar diskaun terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan"

"Pemilihan pakaian raya yang tidak syarei”
 
“Lalai dengan buang masa yang lama di laman sosial"

"Peruntukan masa yang lama di bazar Ramadhan atau dapur”
 
“Mengumpat”
 
Segalanya kerana jiwa yang masih dijajah oleh tiga penjajah berkuasa besar iaitu syaitan yang dilaknat Allah, hawa nafsu dan diri sendiri.
 
Syaitan.

Ia adalah penjajah pertama yang menjadi seteru terbesar manusia. Misinya sepanjang di dunia untuk mengajak manusia kepada mendurhakai Allah.

Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Oleh kerana Engkau telah menghukum aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan menghias dan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,dan aku akan menyesatkan mereka semuanya” [al-Hijr 15: 39]
 
Segala perancangan 'penjajah' telah termaktub di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
 
Apakah engkau tidak melihat keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: sebagai Tuhan yang diutamakan dan dipatuhinya, lalu dia disesatkan oleh Allah biar pun dalam keadaan dirinya berilmu dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu tidak ingat dan insaf? [al-Jaatsiyah 45: 23]
 
Itulah sebesar-besar 'penjajah'.
 
Saat jiwa dijajah oleh diri sendiri; mereka buta walaupun celik, pekak walau punya sepasang telinga.
 
Dua jenis penjajah ini mempunyai strategi yang pelbagai untuk semua lapisan dan tidak terlepas juga buat mereka yang memperoleh 'segulung ijazah'.
 
Saat kita menjadi hamba kepada nafsu; ilmu tidak lagi berfungsi menjadikan mereka bijak. Mata yang celik tidak menjadikan mereka melihat dan telinga yang ada menjadikan mereka tuli.
 
Segalanya berpunca daripada hati yang telah mula buta.

Inilah penangan nafsu.
 
Ayuh kita kembali kepada fitrah dan tunduk patuh pada perintah Allah  dalam keadaan jiwa yang 'merdeka' agar amal kebaikan terasa ringan untuk dilaksanakan terutama di saat 'syaitan dirantai'.
 
Ramadhan, ajarkan kami menjadi hamba Rabbani agar ia menatijahkan istiqamah (konsistensi) sehingga bertemu Illahi.
 
Moga Syawal yang bakal dirai adalah manifestasi iman dan kemerdekaan jiwa yang hakiki.

"Orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang yang berusaha membaiki amalannya" (Al-Ankabut : 69)

#AkuDanRamadhan

-copypaste-

Jun 23, 2015

Ramadhan #6

Berlari lari . Ehh , sampai pertengahan jalan berhenti seketika . Berfikir . Apa yang dikejar ?

Mula menoleh ke belakang mencari sebab tanpa menginjakkan kaki

Bukan solat di masjid yang banyak dikejar

Bukan berbuka dengan makanan yang banyak dikejar

Tetapi yang mahu dikejar adalah taqwa sebagai bekalan di dalam ibadah ibadah itu

Ibadah puasa
Ibadah taraweh

Jun 20, 2015

Ramadhan #3

Pagi sahur aku dihidupkan dengan muka muka .

Kesabaran di pagi hari mula diuji , sakit . Ya, sakit !

Allah uji itu .

Akhirnya aku biarkan .

Hingga berlalu petang . Berbuka pertama kami serumah di rumah kami sendiri .

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah . Nikmat padaMu Ya Allah atas makanan yang banyak .

Niat aku untuk buat karipap dibantu . Hakikat nya aku bukan lah power tapi disebabkan aku berniat .

Indah nya .

Tepung diuli oleh housemate . Berhenti kami ke taraweh .

Balik semua turun padang menyiapkan karipap bersama inti .

Sekejap . Ya, sekejap saja sudah siap semuanya . Itu lah kuasa amal jamaie .

Jazakunallahu khairann .

Terubat pagi aku .

Semoga aku tidak lupa akan Ruh Ramadhan yang aku cari :)

Jun 18, 2015

Ramadhan #1

Target Ramadhan ku pada tahun ini adalah menjadikan Ramadhan lebih bermakna .

Mencari ruh Ramadhan .

Mencari makna Ramadhan adalah bekalan untuk 11 bulan akan datang .

Maka nya dengan itu aku perlu bersabar untuk melalui Madrasah Tarbiyah Ramadhan .

Hari pertama sudah diuji dengan kesabaran yang tinggi . Perasaan yang kacau bilau

Akhirnya alhamdulillah aku berjaya menghabiskan 1 hari Ramadhan tapi bila masuk pagi hari kedua aku mula rindu . Tapi tak sanggup untuk kembali merasai perasaan yang amatt mendidik jiwa .

Moga hari ini lebih baik dan aku lebih kuat untuk bersabar

Demi Surga yang dikejar dan redho Allah yang ingin diraih .

#Ya Allah , Engkau berikan lah kesabaran yang tinggi kepada sahabat sahabat aku juga . Aminn

Soifi

Soifi ..

Musim panas ..

Aku suka dia

Bila manusia mula berkurang

Dalam kelas tak sampai 20 student

Jangka masa belajar juga pendek

Cuaca yang menyeronokkan

:)

Jun 12, 2015

Sakitnya hati bila kita tak mampu beri yang terbaik

Sakitnya hati bila kita rasa dia sudah berpaling

Rasa ingin melepaskan semua

Lepas tangan atas tanggungjawab ini

Meringankan bahu atas beban beban

Hilang amal jamaie

Hidup nafsi nafsi

Mudah bukan ..

��OASE DAKWAH
Kamis, 11 Juni 2015

Menjadi Luar Biasa Itu Keharusan
Oleh: Rochma Yulika

Tak cukup menjadi manusia biasa untuk mengusung dakwah ini ke depan. Tantangan semakin besar maka butuh manusia-manusia yang bermental pejuang bukan bermental pecundang.

Tantangan dakwah makin sulit, maka dakwah butuh manusia-manusia yang berjiwa besar bukan manusia yang suka omong besar.

Tantangan dakwah semakin berat maka dakwah butuh manusia-manusia tangguh bukan manusia berjiwa rapuh.

Apakah kita puas menjadi manusia biasa saja ?

Ternyata tak cukup menjadi orang BAIK untuk menjalani kehidupan tapi kita juga harus menjadi orang yang KUAT, tegar, dan TANGGUH. Menjadi orang baik butuh kesabaran. Menjadi orang kuat butuh ILMU dan keberanian.

Mari kita tegakkan panji-panji Islam.
Mari kita usung bendera kebenaran.

Semangat tak kunjung surut meski maut kan menjemput.
Langkah pun gegap gempita meski nyawa kan jadi taruhannya.

Begitulah jalan dakwah mengajarkan kepada jiwa-jiwa tangguh.
Yang tak kenal gentar menghadapi musuh.

Jihad kan jadi jalannya.
Syahid yang kan jadi cita mulia dalam hidupnya.

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar.

Divisi Tarqiyah Imaniyah PSDM ODOJ
DTI/43/11/06/2015
oasedakwah@gmail.com

Jun 7, 2015

Sang Pemimpi

Aku belajar dari filem itu bagaimana harus bermimpi 

Impian yang dengan usaha ingin jadikan ia satu kenyataan

Betapa banyak mimpi mimpi aku

Akan ku coretkan mimpi mimpi itu di sini supaya suatu masa nanti ia akan mengembalikan semangat aku dan supaya tidak hilang ditelan masa

..............................................

Aku bermimpi menjadi pengarah kepada filem filem kehidupan . Yang menceritakan kehidupan dari segala genap segi . Yang akan merasakan manusia supaya hidup . Dan tahu apa itu kehidupan . Perjalanan hidup yang Allah sudah atur . Setiap gerak geri manusia . Setiap peredaran dan setiap pusingan dunia .

Kehidupan , ada yang miskin , ada yang kaya , ada juga yang sederhana . hidupnya tidak susah dan tidak pula terlalu senang . 
Kehidupan , ada yang agama nya sempurna , ada yang agama nya kurang . Ada yang hati nya bersih ada juga hati nya hitam berkarat tapi masih boleh dicuci .

Pelbagai .

.............................................

Kini aku di Sarjana Agama . Bila nanti aku sudah habis pengajianku dengan reputasi yang bagus aku impikan untuk menyambung pelajaranku ke peringkat Master dalam bidang yang masih aku kaji apa yang harus aku teroka . Habis master ku , aku ingin mencari pekerjaan sebagai modal membina sebuah rumah yang mengumpul kan anak anak yang suci , yang kekurangan mahupon kehilangan . Akan aku didik anak anak itu nilai nilai kemanusiaan , kepentingan Tarbiyah , hidup berdikari .

Dalam peningkatan usia mereka , akan ku bina Individu Muslim dalam diri mereka . Maka nya mereka akan mula berdikari . Pendidikan mereka tidak aku lupa .

Maka nya aku tidak boleh bermalasan belajar , harus meningkat kan muaddal !

.............................................

Mimpi ku lagi aku ingin segala pakaian adalah hasil tanganku sendiri . Pernah ku ceritakan perkara ini pada teman teman , tapi mereka mungkin tidak percaya . Tidak ku buka kedai menjahit tapi aku hanya mahupon pakaian yang dijahit hasil tangan sendiri .

............................................

Aku juga pernah bermimpi untuk melakukan ini semua sekali , tetapi mungkin kesibukan akan memusnahkan mimpiku . Doaku Allah mencukup kan waktu waktu aku . Supaya tanganku adalah seperti sotong , yang boleh menggapai manusia manusia di luar sana . Hidup nya lurus , punya cita cita yang mampu melakukan semua perkara dan tidak terhad pada sesuatu saja .

:)

"Patutlah dulu guru bertanya apa cita cita kita"

Jun 1, 2015

Perjalanan Mencari Chenta #3

Kembali

Pulang

Perjalanan yang singkat

Akhirnya Allah hanya menguji kesabaran

Sejauh mana kita ingin tetap bersabar atas jalan ini

Mungkin ada beberapa jawapan sudah dijumpa

Mungkin juga masih ada yang tersangkut

Mungkin juga ada yang tidak terkeluar

Mungkin juga ada yang tidak terfikir dek akal

Hujung nya si ukhty membisik kan di telinga 'keberkatan bukan pada fizikal'

Allahu .. Walau pernah ku tahu dan ku faham apa maksud itu tapi tatkala si ukhty membisikkan pada ku

Aku rasa kasih nya pada ku sebagai ukhty

Terima kasih Tuhan

Terima kasih

Bantu aku , aku tidak mahu kembali ke lumpur itu walau sekeliling aku lumpur

Aku tidak mahu terpalit walaupon aku di lumpur

Kelakar bukan !

Entah mengapa aku yakin aku akan kembali :'(

Keberkatan

Keberkatan bukan pada fizikal

Berkat itu tidak pada kaya nya dia

Berkat itu tidak pada bahagia nya dia dengan gelak tawa

Akan tetapi berkat itu pada syu'uri

Keimanan

Bila dia merasai iman , segala nya cukup bagi dia

Di situ lah keberkatan apabila dia beriman

May 31, 2015

Perjalanan Mencari Chenta #2

'Asyik cakap hal Tarbiyah je'

Itu kata kata

Mula perlahan

Mula bicara seperti manusia 'biase'

Ada perkara yang dicari dan diharap kan tapi pasti tersalah expect

-centric Allah-

Apa yang Allah beri itu lah yang terbaik buat masa terbaik

Walau kita rasa kadang kita tak dapat apa

Percayalah ! Terus percaya dengan Allah

Kita berdoa supaya sentiasa thabat dan ingat akan Allah

Ini lah wasilah nya . Kesukaran dan kebuntuan membuatkan kita terus thabat dan ingat akan Allah

Unik

Taajub

Menarik

-Wish To Get More Then What I Expect-

Perjalanan Mencari Chenta #1

Pengembaraan bermula . . .

Keluar dari kepompong kesenangan hidup

Keluar dari lumpur pentas pentas cereka

Keluar dari bingit bingit adu domba

Keluar dari kobang manusia lain

Tapak kaki dilangkaki

Berbekal kan sebuah beg

Tidak dilupa bekalan bekalan jasmani

Hati yang cuba digosok akibat karat dibawa bersama

Berharap hati itu dapat dijernihkan sedikit demi sedikit sepanjang perjalanan

Dunia ini bukan milik kita

Apatah lagi sebuan binaan

Mahupon anggota

Itu semua hanya lah milik Allah yang hakiki

Ibarat kita adalah peminjam

Tapi kita berlagak angkuh

Malah kita menganggap itu milik kita

Kita menyangka itu milik kita

Kita tak sedar kita akan terpaksa melepaskannya suatu masa nanti

Bukan 'terpaksa' malah perlu

Ini baru sedikit dan kecil

Sudah mahu mengadu domba

Sudah mahu rebah menyerah

Apa yang kita mahu kan sebenarnya ?

Kesenangan dunia ? Yang hanya kadang satu tahun , dua tahun

-hakikatmanusiaego-

May 29, 2015

Hati meronta , memberontak ingin pulang ke malaysia

Ibarat hati hilang . Jasad tiada .

Dimana kah kehidupan ?

Ketenangan yang dicari

Diri yang ego

Sana mulut pembawa

Sini diam memendam

Tiada keputusan di tangan sendiri

Walau dirai

Di hujung pasti bukan milik

May 21, 2015

Ada satu kisah ingin aku cerita sebelum aku lelapkan mata pada hari lahir ku .

Aku baru perasan kami dah lama bersama .
3 tahun .
Boleh pusing 3 kali Tajmik .
Dari 6 jadi 5 .. Dari 5 jadi 4 .. Dari 4 jadi 6 ..
Harungi jalan dakwah dan tarbiyah ini .
Bila kami pemula *inibukanriak* ,

Pergi mantiqah luar sendiri
Bila ada meeting, daurah, mabit, mukhayyam, muktamar, nadwah
Seboleh mungkin jagalah sirr dan hazar itu
Tika itu kami berdiri sendiri

Tatkala siang berhati hati
Tatkala malam berjaga jaga
Hatta tika itu tiada ikhwah yang mampu kami minta murakib kan
Hatta tika itu juga A'adiyat muncul tidak muncul

Dan tika itu , adat di atas jalan ini . Pasti ada halangan .
Ada perasaan mampu aku tahan ,
Ada perasaan tidak mampu aku tahan
Dan lumrah andai dalam usrah air mata menitis
Sampai satu kali di atas bumbung itu , aku menanges ter esak esak atas ketidaktahanan itu
Mungkin expectation aku terlalu tinggi tika itu hingga sekali dikerling dijeling aku sudah rebah

Saat itu tangan tangan mereka menyentuh bahu ku , memeluk aku kuat . Sang murabbi mendengar penuh perhatian
Dan aku lega . Aku rasa semangat mereka .

Kini .. Kami masih bersama dan aku harap kita akan tetap bersama atas liku liku jalan ini . Jalan ini masih panjang . Apa yang kita lalu semalam baru mukaddimah . Sedangkan episode 1 belum bermula .

Bagi mereka yang lain . Mereka yang lain kini makin memahami jalan ini . Aku makin lega kerana mereka yang lain akan sama sama rasai pahit manis apa yang kami rasai tapi mungkin sedikit berbeza kerana zaman.

Dahulu setiap sekecil kecil perkara Kenape kami berbuat begitu dan begini biarkan ia nya tersingkap sendiri bersama masa .

Buat ukhty ukhty yang dari awal kita bersama .
Ukhty Hero
Ukhty Fafirru Ilallah
Ukhty Magnet Islamis
Kita sama sama membesar. Dari sekecil kita as mutarabbi hingga kini menjadi murabbi. Dari semain main kita dalam taman hingga matang matang dalam meeting. Bawa lah hati entunna di mana saja entunna berada. Kerana dalam hati itu lah terletak kunci Dakwah dan Tarbiyah kita ♥

Jazakumullah kheir kerana menjadi sahabat Dakwah Tarbiyah ana, Usrahmates, Jaulahmates, bakal housemates, Classmates dll
Dengar soalan soalan merapu ana dalam usrah
Dengar ana punya fikiran yang kadang betul tak betul bahana banyak berfikir
Dengar luahan hati ana sampai ana rasa kadang entunna bosan je :P
Dengar kata kata ana yang kadang ana sendiri rasa 'nothing nya aku cakap mcm ni'

Tidak bermakna ana tak post something dekat insta, fb ana lupa entunna
Kita punya kisah susah juga payah diungkap
Tapi kekal dalam perasaan ruh dia dan memory

Kini kita ada hadiah dari Allah , ukhty comel & ukhty WafaZulfah . Moga kita terus terikat atas ikatan akidah

Lastly that is deep in my heart kata
Ukhty Murobbi -> Selamat berfikir bersama degup nafas penuh imani

May 13, 2015

Dalam dunia dakwah ni

Hidup kita ingin memberikan yang terbaik as diri sendiri

Bukan nye bertarung melawan meraih hati hati manusia dengan bersikap seperti orang lain

Sekejap menjadi orang itu

Sekejap menjadi orang ini

Lama lama hilang arah tuju

Lama lama langsung tak tahu apa identity diri

Dan sampai akhir bila kecewa tidak mendapat penghargaan , mula terpinga dan NOTHING

Langsung tidak meraih pahala percuma

May 8, 2015

Selalu bila ku berada di awanan

Aku rasakan awan itu ibarat kapas walau hakikat sebenar aku tidak tahu rasa dia apa

Aku cuma tahu ia berwarna putih yang kadang kala punya warna kelabu

Kadang aku berimpian untuk duduk dia atas awan . Tapi itu mustahil . Kerana hidup manusia di atas tanah . Bumi

Kudrat ku sebagai manusia hanya mampu melihat . Tatkala di hati mendongak ke langit . Tatkala dia dalam kapal gergasi merenung ke luar jendela .

Pabila aku bercerita impian ku . Aku ditertawakan tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu apa yang aku rasa

#CoretanDiLangit

Titisan Air

Sebenarnya hati batu ni , ego yang tinggi ni tak pandai nak menunjukkan sayang pada orang

Cuma berharap orang faham kita sayang dia

Dan sebenarnya paling tak suka bila kena jauh dengan family

dah tak rasa kesenangan di rumah

dah tak rasa goyang goyang kaki

dah tak rasa kerja kita hanya pusing mesin, sidai kain, angkat kain, lipat kain, menyapu

dan paling seronok tak payah masak sebab kakak akan masak

dan seronok sangat bila kakak nak keluar, mesti dia akan angkut kami adik adik

iu lah kesenangan kesenangan di rumah yang buatkan hati berat menjauh

bila dah sampai di satu tempat yang kita rasa tugas kita berat sangat

ibarat bebanan batu batu besar

fikiran mula berselirat , bagai masalah tiada penghujung

hakikat diri sendiri yang tidak pandai bermain masalah

#MoodNakBalikMalaysiaLagi

Hikmah yang Allah beri buat aku di pagi buta bertemu si peramah Philipine membicarakan mengenai kerja nya . Hingga sampai satu tempoh si peramah bertanya 'enti Muslim' ?

Na'am, Ana Muslim. Enti?

Ana kristian .

Saat itu aku blur, terpaku, terdiam . Rezeki Allah menemukan aku dengan si peramah Kristian . Tidak aku bertanya lebih atas sebab bahasa pengantara . Andai di salah faham . Susah di kemudian hari .

Tetapi si peramah tahu mengenai Syahadah, Solat . Dan si peramah sendiri berhajat ingin kembali kepada fitrah Allah . Islam .

Alhamdulillah3x Aku ucapkan . Moga si peramah kuat .

Saat itu aku berfikir . Bukan hanya dikatakan 'budak Tarbiyah, lihatlah qudwah dia' . Tetapi hakikat 'Muslim, lihatlah qudwah dia'

Mungkin di sesuatu kawasan . Tempat yang kecil . Dikelilingi Muslim . Yang dipandang adalah Jemaah , Usrah .

Tetapi hakikat besar ingatlah kita adalah Islam. Yang apabila kita bermusafir kita tidak bawa nama Jemaah atau title 'budak Tarbiyah' . Apa kita bawa adalah Islam .

Maka Qudwah di mana mana

Apr 15, 2015

Bila makin besar

Makin lama dalam Tarbiyah

Adakala ada yang terlupa apakah rasa di awal Tarbiyah

Mungkin dah lupa hingga sudah tiada rasa ingin menjadi lebih baik

Hingga tiada rasa semangat

Hingga sekecil perkara tidak pandai ingin atasi

Selamat lah . . .

Buangkan sikap buruk sangka..

Buruk sangka (su'u dzan) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk/tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini. 

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” 

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Ibnu Kathir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.

Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang berkata : “Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”.

Wallahuaklam. ..

Apr 1, 2015

Aku suka menjadi seorang pemerhati

Yang memerhati gelagat manusia

Yang memerhati kehidupan manusia

Bahagia melihat mereka

Mereka bagai hidup

Tetapi pelik

Adakah aku tidak bahagia?

Adakah aku tidak hidup?

Ok. The End

Mar 28, 2015

berakhir

sudah . berakhir kisah itu .

hari ini dan hari kemudian cerita itu akan berhenti

kerana ia memang tiada penghujung

hanya dikepil sebagai memory

walau hakikat berharap nya aku akan hilang nya memory

tetapi Tarbiyah Allah itu Maha Luas

tidak semua perkara kita ingin tahu kita tahu

dan tidak semua perkara kita ingin kan penyelesaian akan selesai

cuma senyum dan terus berjalan

teringat kata kata seorang ukhty " jika mampu berlari , berlari lah . jika tidak mampu , berjalan . jika tidak mampu lagi merangkak . jika tidakk mampu merangkak , mengensot pon tidak mengapa asal kan tidak berhenti "

senyum . hidup ini andai tiada pelangi mana kan ceria langit nan biru .

inilah pelangi hidup ku

terima kasih kerana memberikan pelangi itu walaupon aku tahu tatkala pelangi hilang , si langit akan kembali biru

:)

#MogaAllahMudahkanUrusan

Mar 21, 2015

10.17a.m

Allah akan aku mencuba ingat moment ini .

Dengan izin Engkau Ya Allah

moment moment berlawan rasa .

moment moment debaran memikul tugas besar .

yang aku janji dengan diri aku ingin memberikan yang terbaik buat mereka .

yang akan aku anggap ibarat anak , adik sendiri , sahabat rapat .

yang aku membina diri bersama sama mereka .

aku ingin memberi mereka rasa bahagia yang berterusan walau nanti akan ada tangis nya jua .

aku usaha !

aku akan usaha !

ke mana arah tuju ingin aku bawa mereka ..

kembali pada Allah , menggapai redho nya . moga aku sendiri tidak lost .

berdoa penuh pengharapan . moga Allah bantu langkah langkah kami .

amiin amiin amiin ya Rabb

dan moga tiada rasa rasa mazmumah di hati . riak takabbur berlagak hebat . hapuskan itu semua

Mar 8, 2015

Pernah tak dengar bila dulu kecik kecik si gugurl suka pakai baju lelaki dan bila si boboy suka pakai baju perempuan

Dan bila dewasa seiring dengan pertumbuhan .

Perwatakan berubah, pakaian berubah.

Dan akhirnya si gugurl menjadi perempuan dan si boboy menjadi lelaki

Mengikut syariat . Mengikut anjuran Islam

Dalam Tarbiyah . Mungkin dulu si dia bertudung pendek, stokin nya hilang sentiasa, tidak kenal apakah itu handsock.

Dengan pertumbuhan dan pembelajaran, dia kini tahu apakah makna menutup aurat.

Dan bonus buat dia untuk tahu tujuan hidup. Untuk tahu kenapa dia diciptakan. Dan dia perlu menyebarkan kemanisan yang dia rasa dalam Tarbiyah.

Meskipun dalam Tarbiyah tak semua manis. Pasti ad pahit, masam, masin.

. . . . The End . . . .

Seronoknya bermimpi

Seronok kan bermimpi

First bulatan dengan naqibah baru diminta kita bermimpi

Dan tika itu aku terus bermimpi

Sebenarnye berfikir untuk mimpi kan apa

Ia buatkan kita berada dalam satu ruang impian

Yang kita harapkan menjadi satu kenyataan.

Dan untuk jadikan mimpi itu kenyataan

Bukankah kita akan berusaha?

Feb 23, 2015


ruh yang meresap membangkitkan hati hati yang leka

mengharapkan tidak terus leka

untuk terus berbulatan membina Individu Muslim

yang tidak akan pernah berhenti hingga hujung

di setiap maratib amal pasti disusuli dengan Individu Muslim

di tingkatan Baitul Muslim

di tingkatan Masyarakat Muslim

di tingkatan Kerajaan Islam

di tingkatan Daulah Islam

di tingkatan Empayar Islam

dan akhirnya Ustaziatul Alam

semuanya memerlukan pemantapan Individu Muslim

yang perlu diasah , digilap dalam bulatan

bukan lah juga bermakna siapa yang tidak ber bulatan itu tidak mampu untuk membina Individu Muslim dalam diri

tetapi bukan kah dulu Rasulullah sendiri berkumpul di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk membina akidah para sahabat

*masing masing punya jalan sendiri :)

Hari Hari , Hari Baru

Dalam Tarbiyah aku sedar hari hari adalah hari baru

kerana hari hari inginkan perubahan

dari satu perkara ke satu perkara

mana yang sudah stabil ingin di istiqamahkan

setiap hari juga punya azam

azam yang ingin dikekalkan semangat nya

yang ingin diingati dalam kepala

walau selalu juga lupa

ingin ditulis takut dibaca orang lain

dan akhirnya kadang kadang lupa

tapi aku suka akan hari hari , hari baru

perasaan fresh dan inginkan something lebih baik

kerana kita sedar dalam Tarbiyah lebih ramai orang yang lebih baik dari kita

lebih tinggi amal nya

lebih rabbani hati nya

dengan perasaan yang ingin menjadi seperti orang orang sedemikian

buat kan aku rasa hari hari , hari baru

:) *senyum*

lupakan lah segala mustawa kerana yang dinilai hanya keikhlasan

:) *senyum*


Feb 20, 2015

Hakikat nya

Aku fahami

Mereka terus berjalan

Dan seseorang di belakang

Kerana apa yg menggerakkan adalah iman

Bukan semangat

Bukan lagi keinginan

Bukan juga keperluan mahupon kehendak

Allah tuntuni lah kami mahupon mereka . Aku mahupon dia .

Terus sedar !

Pulang bersama perkara semalam

Kisah semalam

Bila akan tiba masa

Pergi bersama perkara esok?

Bercakap laju menutur kata kata

Tiada tersekat walau sepatah

Tetapi telinga ibarat pekak tidak mendengar

Hati ditutup tidak ingin dimasuki

Sementara itu . . . . .

Orang lain terus membuka telinga, menadah hati, membulat mata supaya sedar akan hakikat hari ini

Tiada siapa yang salah

Hanya perlu mencari penyelesaian dan memasuki keadaan

Moga terus

Moga terus

Tidak berhenti

Tidak berpaling

Terus

Moga

Doa buat mereka yang terus

Feb 14, 2015

semalam

semalam rindu keluarga sangat sangat

memory lama berputar putar di jendela kepala

terpancar wajah wajah lama

opah , atuk , nenek lelaki , nenek perempuan , pak ngah , mak ngah

ALFATIHAH buat mereka .

moga di tempat yang sebaik nya di sisi Mu ya Allah .

terpancar jugak panorama yang menenangkan

pokok hijau , sawah hijau .

sungai mengalir deras

RINDU



....................................................................................

kerana keluarga yang paling memahami

rajuk kita

sedih kita

gembira kita

kemahuan kita

marah kita

tidak mengapa .. inilah kehidupan yang cantik .

yang Allah mahu uji

yang mana jika baik adalah nikmat

yang mana jika buruk juga adalah nikmat

Selamat Pulang akak

Back For Good

kakak itu sudah pulang , kembali ke tanah air tercinta meneruskan derap derap langkah dalam perjuangan dakwah dan tarbiyah

kembali ke pangkuan keluarga untuk terus meluncur laju membantu rantai rantai dakwah

meramaikan generasi muda yang mampu bekerja

Allah !

moga kakak itu kuat , moga kami kuat

...............................................................................

selepas ini satu cerita baru akan dibuka

satu buku baru akan dicatat

perasaan pelbagai itu harus

takut, gementar, harapan, bahagia, prasangka tak kan pernah lari dari diri aku

apa apa pon aku harus berdiri !

moga moga moga aku berdiri , berjalan dan berlari .

Tausiah terakhir dia adalah Jadikan dakwah ini satu kehidupan bukan satu kerja yang kita perlu komited dengan nya .